Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mei 2015

Aku Hanya Seorang Doktor Episod 2


Aku bukan seorang superhero.
Aku hanya seorang doktor.
Kerjaku menyelamatkan nyawa.
Tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
Tak kira siapa yang datang meminta bantuan.
Doktor merawat sedaya upaya.
Tanpa mengharapkan balasan.
Dan sebagai doktor hospital kerajaan,
kerja2 kami jarang dihargai.
Sangat jarang orang datang mengucapkan terima kasih.
Apatahlagi memberi penghargaan.
Yang mereka tahu,
komplen itu dan ini.
Doktor lambat datang.
Doktor tak nak senyum.
Doktor curi tulang.

Ini antara contohnya.

Pesakit Keenam.
Masa ini aku kerja di unit kecemasan Hospital Kulai.
Hospital Kulai letaknya sangat hampir dengan lebuhraya.
Lebuhraya PLUS antara Sedenak dan Kulai adalah kawasan maut.
Kalau kena musimnya,
setiap hari mesti ada kemalangan.
Tak dibawa ke unit kecemasan,
aku kena buat post mortem di bilik mayat.
Masa on call aku banyak terima kes kemalangan di lebuhraya ini.
Tak kira pukul berapa.
Pagi petang tengahmalam,
Awal pagi pun ada.
Tetapi satu kes yang aku tak boleh lupa ialah kes yang ini.
Masa tu hari cuti umum.
Polis trafik bawa satu kes kemalangan.
Datang siap dalam beg mayat yang berwarna hitam.
Yang selalu aku buka masa buat post mortem dibilik mayat.
Sebab polis trafik ingat dia dah mati.
Seorang pelajar UTM.
Perempuan.
Umur awal 20-an.
Jatuh daripada motosikal.
Kaki kanannya hancur sampai paras peha.
Tetapi kuasa Allah.
Dia hidup lagi.
Masa aku merawat dia di bilik kecemasan,
dia masih boleh bercakap.
Luka dikakinya memang teruk.
Tulang tibia juga lututnya hancur.
Tetapi anggota badan lain, muka dan kepalanya takda apa2.
Lepas aku masukkan darah dan berjaya stabilkan dia,
Aku hantar dia ke hospital besar.
Khabarnya dia selamat.
Syukur alhamdulilah.
Panjang umurnya.

Pesakit Ketujuh.
Juga kes di unit kecemasan.
Seorang lelaki cina lewat 50-an.
Khabarnya ketua samseng.
Tatoo penuh dibadan.
Dia ditikam 2 kali diperut.
Masa sampai di unit kecemasan,
Nyawanya tinggal nyawa2 ikan.
Ada 2 luka yang dalam diperutnya.
Aku langsung tak beri harapan kepadanya.
Borang sijil mati pun dah disiapkan.
Satu yang aku hairankan.
Ramai sungguh polis datang melawatnya.
Polis pangkat2 besar semua berkerumun di unit kecemasan.
Masing2 sibuk menyampaikan berita ketua samseng ditikam.
Tetapi nyawanya masih panjang.
Aku dan pasukan berjaya menstabilkan keadaannya.
Polis semua terkejut bila aku beritahu dia dah sedar dan boleh bercakap.
Dia siap boleh ingat lagi siapa yang menikamnya.
Lepas keadaannya stabil,
Aku rujuk dia ke hospital besar.
Lepas seminggu pakar forensik daripada hospital besar telefon aku.
Dia ucap tahniah kepadaku.
Sebab pesakit itu baru meninggal dunia.
Dia baru siap buat post mortem.
Mati kerana jangkitan kuman didalam darah.
Sampai sekarang aku tak tahu siapa dia sebenarnya.
Langsung tiada wakil keluarga datang mencariku.

Pesakit Kelapan.
Juga di unit kecemasan hospital daerah.
Seorang lelaki cina.
Umurnya mungkin belasan tahun.
Tetapi tatoo dah penuh dilengan.
Dia datang ke unit kecemasan terjerit2.
Darah memancut2 keluar daripada pergelangan tangannya.
Khabarnya dia bergaduh.
Tangannya hampir putus ditetak dengan senjata tajam.
Masa itu aku berdua dengan seorang pembantu perubatan.
Aku berjaya memberhentikan darah dan sedang bersiap untuk menjahit lukanya.
Tiba2 dua orang kawannya datang dan menariknya keluar.
Tanpa ucapan terima kasih,
Tanpa sempat aku bertanya apa2,
Dia dah dilarikan.
Aku tak tahu kemana dia pergi mendapatkan rawatan.
Selang seminggu seorang lagi lelaki cina dibawa ke unit kecemasan.
Khabarnya dia ditemui separuh mati didalam kebun kelapa sawit.
Khabarnya dibelasah cukup2 oleh geng samseng yang sebelum ini.
Mereka ingatkan dia dah mati.
Dia dijumpai dalam paya.
Badannya penuh lumpur.
Badannya bau najis dan air kencing.
Sebelum aku buat apa2,
Aku suruh attendan mandikan dia dulu.
Siram dengan hos air dipili bomba.
Bila dah bersih barulah nampak kesan2 lebam seluruh badannya.
Luka2nya semua dah kering.
Nak jahit pun dah tak boleh.
Selepas 2 kes melibatkan samseng ini,
Polis telah membuat tangkapan besar2an.
Aman sikit hidup aku masa on call selepas itu.

Pesakit Kesembilan.
Kes ini berlaku di wad bersalin.
Waktunya pukul 4 pagi.
Aku sedang sedap tidur walaupun on call.
Jururawat wad bersalin call aku.
Ada seorang pesakit 'tak nak bersalin'.
Masa aku sampai di bilik bersalin,
Terdengar suara perempuan menjerit2.
Macam kena histeria.
Langsung tak nak baring dikatil.
Nak balik rumah katanya.
Wanita warga Rohingya.
Langsung tiada dokumen.
Tetapi anak dah masuk 5 orang.
Nurse kata,
Jalan dah bukak 10 cm.
Dah lebih 30 minit tak juga keluar baby nya.
Dia menjerit2 panggil emaknya.
Suruh baring tak nak.
Suruh mengangkang tak nak.
Puas bidan dan jururawat memujuk.
Dia seolah2 tak nak keluarkan bayi tersebut.
Maka nurse daripada wad sebelah aku panggil.
Nurse daripada wad satu dan dua aku panggil.
Seorang pegang tangan kanan.
Seorang pegang tangan kiri.
Seorang pegang kaki kanan.
Seorang pegang kaki kiri.
Seorang menekan perut.
Manakala aku bersedia menyambut bayi.
Alhamdulilah.
Pukul 6 pagi baru selesai semuanya.
Bayinya taklah besar sangat.
Tetapi aku terpaksa hantar ke hospital besar kerana lemas.
Kerja gila.
Rasa nak hantar surat berhenti masa tu jugak.
Memang tak berbaloi dengan gaji yang aku dapat.
Warga asing pulak tu.
Kalaulah ibu ini meninggal dunia,
Ataupun bayinya meninggal dunia,
Jenuh aku nak tulis surat tunjuk sebab kat kementerian.
Walaupun bukannya salah aku,
Tetapi kena masuk juga dalam statistik.
Kena hadir Mortality Review.
Tapi nasib baik dia tak mati.
Keesokkan harinya aku tengok dia selamba sahaja.
Dia kata dia tak ingat apa yang jadi semalam.
Pelik kan?

Bersambung lagi dalam slot Akasia esok.


2 ulasan:

  1. Kaki hancur? Tangan hampir putus? Baby lemas? Napas saya pulak sangkut2 imagine rupa bentuk.

    BalasPadam
  2. Syabas , doctor !
    Memang tak berbaloi dengan $$$$
    tapi Insya Allah, berbaloi di akhirat.
    Barakallah fikk...
    Subhanallah!

    BalasPadam