Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Mei 2015

Aku Hanya Seorang Doktor GP


Aku hanya seorang doktor GP.
Ijazahku hanya segulung.
Belajar pun sekadar lima tahun.
Kerjaku tak cukup glamour.
Tak seperti kawan-kawan doktorku yang lain.
Takda siapa nak panggil aku untuk ditemuramah.
Di dalam tv dan media arus perdana.
Takda siapa nak panggil aku untuk beri ceramah.
Di persidangan dalam atau luar negara.
Tetapi ada ketika wartawan cukup suka denganku.
Bila doktor GP ditangkap kerana menjual MC.
Bila doktor GP diserkup kerana menjual ubat batuk.
Bila doktor GP disergah kerana meraba dan mencabul.


Aku hanya seorang doktor GP.
Kawan2 sekampung dah ingat aku ini orang kaya.
Hartaku banyak duitku berjuta-juta.
Maklumlah kerjaku siang dan malam.
Pesakit yang datang tak pernah habis.
Jumpa sekadar 10 minit bayaran berpuluh ringgit.

Aku hanya seorang doktor GP.
Aku tak pernah layak menjadi hero.
Aku tak pernah memberi suntikan menyelamatkan nyawa.
Aku tak pernah melakukan pembedahan menyelamatkan nyawa.
Aku tak pernah mendiagnosis ketumbuhan dalam kepala.
Aku tak pernah merawat jangkitan kuman dalam kepala.
Aku hanya merawat sakit demam dan batuk selsema.
Juga scan perut nak tahu jantina.


Aku hanya seorang doktor GP.
Kerjaku senang asyik nak merujuk sahaja.
Ke klinik kerajaan ataupun hospital swasta.
Doktor2 klinik kesihatan pun rasanya naik menyampah.
Baca surat rujukan yang kononnya entah hapa2.
Kes2 mudah tak boleh nak selesai.
Kes2 susah lagilah tak nak ambil.
Tetapi bukan ini kehendakku.
Aku tahu batasan dan kekanganku.
Kalau aku rasa ada pihak lain boleh merawat lebih baik daripadaku.
Itu adalah lebih adil kepada para pesakitku.

Aku hanya seorang doktor GP.
Ahli-ahli farmasi ramai dah benci kat aku.
Aku banyak mengambil tugas-tugas mereka.
Aku doktor GP tak pandai beri ubat.
Aku doktor GP tak layak simpan ubat.
Hari-hari bising kononnya DS akan membunuh aku.
Aku akan hilang bisnes.
Aku akan hilang pesakit.
Aku doktor GP hanya pentingkan bisnes.
Tetapi bukankah mereka pun begitu juga?
Sistem sekarang dah disahkan antara yang terbaik.
Kenapa perlu diubah demi meniru negara maju?

Aku hanya seorang doktor GP.
Pak menteri kesihatan pun tak pernah menghargai kerja-kerjaku.
Aku dituduh tak pandai mendiagnosis demam denggi.
Aku dituduh suka sangat guna antibiotik.
Aku dituduh jadi punca kekebalan antibiotik.
Tiada yang baik digambarkan doktor sepertiku.
Doktor GP tak pernah bersatu.
Doktor GP sibuk dengan diri masing-masing.
Doktor GP hanya sibuk dengan bisnes masing-masing.

Aku hanya seorang doktor GP.
Para majikan pun benci denganku.
Aku dituduh tak suka merawat pesakit.
Aku cuma suka beri ubat macam-macam.
Aku suka beri ubat mahal-mahal.
Aku juga mudah sangat tulis sijil sakit.
Dan bila cukup bulan cepat2 aku hantar invois.
Tapi 3-4 bulan pun belum tentu nak bayar.
Itupun banyak sangat potongannya.
Ada management fee.
Dan kini pasti ada GST.

Aku hanya seorang doktor GP.
Dilayan macam hamba abdi oleh syarikat2 orang tengah.
Consultation cuma layak 10 ringgit.
Ubat tak boleh beri banyak-banyak.
Ubat-ubat mahal tak boleh beri.
Prosedur nak claim pula banyak terma dan syarat.
Semuanya hanya menguntungkan sebelah pihak.

Aku hanya seorang doktor GP.
Ramai pesakit yang menganggap aku tak layak.
Tak cukup bagus untuk merawat mereka.
Belum apa2 dah minta tulis surat rujukan.
Nak jumpa doktor pakar yang lebih pengalaman.
Ramai juga pesakit yang sanggup menjatuhkan maruah.
Datang berbohong cuba pula nak menipu.
Tak sakit buat-buat sakit.
Kerana malas nak pergi kerja dan minta cuti sakit.

Walaupun aku hanya seorang doktor GP.
20 tahun pengalaman telah mendewasakanku.
Aku boleh mendiagnosis penyakit hanya dengan bertanya khabar.
Aku boleh mendiagnosis penyakit dalam masa kurang 10 minit.
Tak perlu alat canggih-manggih.
Tak perlu ujian darah.
Tak perlu gambar x-ray.
Aku boleh memberi rawatan pada pesakit.
Pada masa yang singkat.
Dengan peralatan apa yang ada.
Dan dengan kos paling minimum.

Walaupun aku hanya seorang doktor GP.
20 tahun pengalaman telah menjadikan aku doktor pakar tak cukup tauliah.
Pakar perubatan boleh.
Pakar sakit kulit boleh.
Pakar kanak-kanak boleh.
Pakar tulang boleh.
Pakar sakit puan boleh.
Pakar sakit jiwa pun boleh.
Dan satu lagi kelebihan aku sekarang.
Aku pakar dalam memberi cuti sakit.


Aku hanya seorang doktor GP.
Ijazahku hanya segulung.
Belajar pun hanya 5 tahun.
Kerjaku tak cukup glamour.
Tetapi aku adalah hero kepada anak-anakku.
Itu sudah cukup membahagiakanku.
Aku tak mahu harta berjuta.
Aku tak mahu namaku dipuja.
Cukuplah dengan apa yang ada.



4 ulasan:

  1. Doc....jangan begitu. Saya yakin, selain saya dan anak saya, ramai.lagi iktiraf doc sebagai hero. You might be surprise, Doc....

    Keep it up Doc....Pasti ada hikmah yang menanti

    BalasPadam
  2. comey pulak IronMan n CapA tu... :)

    panjang sajak ni....

    (nak bisik ni : sape kata Dr tak glemer - saya polower tegar blog Dr .. )

    ceria selalu yaaa....

    BalasPadam
  3. Syabas Dr. Zoul... Barakallah fikum.. Semoga terus bekerja dan berbakti walaupun kadang2 tu macam dah hilang semangat, tapi semangat datang semula, ye tak?

    BalasPadam
  4. Terbaik!
    ( dan moga menjadi viral)

    BalasPadam