Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Mei 2015

Aku Menulis Bukan Kerana Nama 2


Awal tahun 2014.
Aku tulis satu sajak spontan.
Takdalah bagus sangat pun.
Tetapi bila profesor di atas tulis balik sajak itu dalam status FBnya,
ianya menjadi viral dalam masa beberapa hari sahaja.
Tak senang duduk aku dibuatnya.
Ramai sahabat2 lama contact aku.
Yang bertanya khabar ramai.
Yang ucap tahniah ramai.
Tapi ramai juga yang mempertikaikan.
Bila professor ini memplagiat sajak aku.
Ramai sahabat yang cuba memperbetulkan keadaan.
Ramai sahabat yang post cerita sebenar di FB masing2.
Ramai yang suruh aku ke depan.
Tetapi aku bukan nak nama.
Aku juga bukan nak mempromosi diri.
Jadi aku sekadar duduk diam.
Biarlah Allah yang menentukan.
Lagipun aku tak rugi apa2.
Malah aku sedikit bangga.
Ramai yang mengambil kisah tentang pendapat dan pandanganku.

Lebih setahun telah berlalu.
Awal pagi tadi.
Ada sahabat memberitahu.
Sajak aku dah menjadi viral sekali lagi.
Aku memang tak tahu hujung pangkalnya.
Aku pun dah tak ambil endah.
Tapi sahabat2 FB aku memang terbaik.
Sekali lagi mereka semua bersuara.
Dan salah seorang sahabatku memberitahu,
dia telah berjumpa dengan professor tersebut.
Dia beritahu professor tersebut pasal sajak aku itu.
Dan sebagaimana aku sebut tadi.
Biarlah Allah yang menentukan.

Tengahari tadi seorang sahabat Whatsapp aku.
Professor telah memperbetulkan keadaan.
Satu status telah ditulis diFBnya.
Beliau telah mengaku itu bukan sajak ciptaannya.
Siap dengan laporan polis sekali.
Alhamdulilah.
Allah Maha Kaya.
Aku dikelilingi oleh sahabat-sahabat maya yang berani menegakkan kebenaran.
Walaupun tiada siapa menyuruh,
mereka sanggup mempertahankan hakku.

Terima kasih sahabat.
Jasa2 anda hanya Allah yang membalasnya.
Anda tahu siapa anda.

Sementara itu.

Terima kasih kepada yang menyokong.
Terima kasih kepada yang singgah.
Terima kasih kepada yang membaca.

Salam cuti panjang wahai sahabat.






3 ulasan:

  1. clap clap
    baru follow blog Dr 2 minggu
    ada kawan share di FB pasal sajak ni tadi
    penulisan Dr ringan dan ada knowledge bukan kosong
    tahniah
    walaupun Dr cabuk kononnya
    Dr dah jalankan tugas sebaiknya

    BalasPadam
  2. Dah lama mencari penulis asal.
    Tahniah.

    BalasPadam
  3. sajak bro keluar balik ( viral kembali) dalam seminggu lepas..saya baca, saya tau dah siapa penulis sebenarnya..:)

    BalasPadam