Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Aku Dan Orang Yang Paling Dipercayai di Malaysia

Dah banyak kajian aku jumpa. Di dalam juga di luar negara. Doktor masih lagi dipercayai oleh masyarakat. Doktor masih lagi paling dipercayai oleh masyarakat. Ranking no satu lagi. Sebab itu masih ramai yang berminat nak gelaran doktor. Doktor perubatan terutamanya. Tak dapat melalui saluran yang betul. Banyak lagi saluran lain boleh dicuba. Doktor perubatan elektronik. Doktor Google. Doktor Facebook. Doktor Mickey Mouse.
Paling baru aku jumpa di FB. Satu status yang dikongsi beramai-ramai di FB. Ini sekadar contoh. Ada banyak lagi nasihat doktor2 diFB. Banyak hanya guna logik akal. Langsung tiada kaitan dengan ilmu perubatan yang dipelajari. Bacalah dan nilai sendiri.



Aku dan Tazkirah Hari Ini

Kenapa kita perlu baca Al-Quran dalam bahasa Arab meskipun kita tak memahaminya?
Ini adalah sebuah cerita yang indah. 
Ada seorang lelaki Muslim yang telah tua.
Beliau tinggal di sebuah ladang di pinggiran sebuah bukit. 
Beliau tinggal bersama seorang cucu lelakinya yang masih belum baligh. 
Setiap pagi selepas solat subuh datuk ini akan duduk di meja dapurnya 
sambil membaca Al-Qur'an. 
Cucunya yang gemar meniru perbuatan datuknya dalam banyak perkara 
juga membaca Al-Qur'an yang telah dihadiahkan dan diajar kepadanya. 
Suatu hari si cucu bertanya, 
"Atuk! Adik cuba baca Qur'an macam atuk tapi adik tak faham 
dan apa yang adik tak faham adik cepat lupa. 
Adik lupa  sebaik saja tutup buku Qur'an ni. 
Apa gunanya baca Qur'an macam tu? "
Datuknya tanpa menjawab sepatah pun soalan cucunya 
itu bangun dengan perlahan untuk mencapai sebuah bakul rotan yang terkait rapi, 
guna untuk menyimpan arang dapur. 
"Nah! Ambil bakul arang ni ke sungai dan bawa balik air sebakul ke …

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu ini.
Dah 10 Ramadhan.
Sekejap sahaja masa berlalu.
2-3 hari ini,
cuaca memang sangat panas.
Siang dan malam sama sahaja.
Kalaulah aku budak kecil.
Aku mungkin asyik keluar masuk bilik air sahaja.
Mandi.
Berendam.
Berkumur-kumur.
Dan kalau tak larat,
aku mungkin puasa sekerat hari sahaja.
Tetapi aku dah tua.
Kena gagahkan juga.
Malu dengan anak2.
Malu dengan Allah.


Hujung minggu ini.
Aku berusaha membersihkan taman tepi rumah aku.
Dah berbulan tak berkemas.
Dah jadi hutan.
Rumput dan pokok bunga dah sama tinggi.
Tapi belum pun pukul 9 pagi.
Bahang matahari dah seperti waktu tengahari.
Tapi memandangkan raya pun dah dekat,
aku gagahkan juga.
Walaupun dalam hati nak berendam aje dalam kolah.
Sedang aku menebas pokok ditepi pagar,
ada kontraktor menebas rumput lalu.
Aku tegur dia,
dia tegur aku.
Lalu aku suruh dia tolong tebaskan rumput laman aku.
Tak sampai setengah jam.
Selesai.
Jimat sikit peluh aku.
Tak jadi nak berendam dalam kolah.


Sebelah petang aku menyambung semula …

Aku dan Wordless Wednesday

Dah hampir sebulan,
tak khatam2 jugak...


Aku dan 18.06.71

18 Jun.
44 tahun yang lalu.
Aku selamat lahir ke dunia.
Disebuah perkampungan melayu di Mukim Ayer Hitam Muar.
Walaupun bersalin di rumah,
dan disambut oleh mak bidan kampung,
aku lahir sihat walafiat.
Syukur Alhamdulilah.
Tak susah emakku nak melahirkan aku.

44 tahun yang lalu.
Abahku menunggang motosikal kapcai C70nya ke pekan Bakri.
Beliau pergi ke balai polis.
Tujuannya untuk mendaftarkan kelahiranku.
Nak dapatkan surat beranak.
Walaupun namaku agak common,
tetapi ejaan namaku unik.
Sebutan dan ejaan orang jawa katakan.

Aku dilahirkan dalam keluarga susah.
Aku anak kedua.
Abahku bekerja berkebun nanas masa itu.
Emakku surirumah sepenuh masa.
Rumahku rumah kampung.
Masa lahirku tiada bekalan air dan api.
Mandi air parit depan rumah.
Minum air hujan yang ditadah.
Lampunya lampu minyak tanah.
Dapurnya masih guna kayu api.

Aku ingat cerita abahku.
Umur 5 tahun aku dah pandai membaca.
Dikira paling cepat berbanding rakan sebayaku.
Walaupun abahku tak hantar aku masuk tadika,
aku dikir…

Aku dan Nasi Arab Home Made

Aku mula terjebak dengan Nasi Arab pada musim Ramadhan tahun lepas. Kali pertama aku pekena Nasi Arab. Aku beli di Bazaar Ramadhan Plaza Angsana. Aku terpikat dengan nasinya yang lembut, lemak dan panjang. Sungguh nikmat ketika mengunyahnya. Tak perlu lauk lain. Makan nasinya sahaja dah cukup nikmat.

Ini Nasi Arab Saba di Cyberjaya. Aku dah dua kali sampai ke sana. Setiap kali pergi mesti ramai orang. Jenuh nak menunggu giliran. Juga harganya agak mahal. Tapi berbaloi dengan rasa makanannya.

Ini Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari. Aku dah banyak kali sampai. Tapi baru sekali mencuba nasi arabnya. Ayamnya tak berapa sedap. Rasa seperti ayam rebus sahaja. Nasinya pun biasa sahaja. Tak boleh lawan Nasi Arab Restoran Saba.

Ini pula Nasi Arab aku beli di Pasar Pagi Larkin. Dah lebih 5 kali aku beli. Harganya pun berpatutan. Rasanya pun boleh tahan. Cuma lauk sampingannya tak cukup power. Sekadar timun dan tomato yang dicincang sahaja.

Sempena menyambut Ramadhan hari ini. Aku mencuba …

Aku di Seminar Wajib FOMEMA

Awal pagi hari Ahad yang lepas. Aku ke hotel Grand Paragon JB. Kena menghadiri seminar. Tajaan Fomema, MMA dan Pejabat Kesihatan Negeri. Seminar on Foreign Workers Medical and Chest X-ray Examination. Sebagai doktor panel kepada Fomema, Seminar ini dah jadi wajib. Sesiapa yang tak hadir 2 tahun berturut-turut, Lesen panel akan digantung. Itu amarannya. Tahun lepas aku dah mengelak. Jadi kali ini memang tak boleh nak mengelak. Sejak aku jadi panel pada 2007, Ini kali pertama aku hadirinya. Memang banyak perkara yang aku dah ketinggalan. Jadi kalaupun tak diwajibkan, Aku memang nak hadir. Nak mengikuti perkembangan.

Disebabkan seminar ini adalah wajib, dan peserta dikenakan bayaran, kehadiran adalah sangat menggalakkan. Sahabat lama aku daripada N9 pun ada sama. Pukul 6 pagi datang menunggang motosikal daripada Jelebu. Seminar dimulakan tepat jam 9 pagi. Ada ucapan ringkas daripada wakil MMA. Diikuti dengan taklimat daripada orang2 besar di Fomema. Yang bagusnya yang turun bukannya wak…

Aku dan Wordless Wednesday

Walaupun sekadar copy&paste...



Aku dan Pernikahan Faez&Asia

Tarikh: 13 Jun 2015
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Taman Sayong Pinang, Bandar Tenggara.

Gambar-gambar selebihnya ada di sini.

Aku ke Banafee Village Restaurant

Hari Jumaat yang lengang. Teringin nak tengok DVD baru. Furious 7 juga Chappie. Jadi lepas solat Jumaat aku ke Holiday Plaza. Syurga DVD cetak rompak. Tapi sebelum itu anak2 ajak pergi makan dulu. Belek2 Foursquare. Dicadangkan ke restoran ini. 7.6/10 ratingnya. Ada Nasi Ayam Penyet terbaik di JB di sini katanya. Jadi mari kita try.

Banafee Village Restaurant. Lokasinya di Jalan Dato Abdullah Tahir. Sebaris dengan Hotel New York. Dekat aje dengan Naza Motor. Kawasan parkingnya luas. Kalau nak basuh kereta sekali pun boleh.  Kawasan restorannya pun luas. Ada banyak kawasan tempat duduk untuk dipilih. Ada gazebo. Nak makan ditingkat atas pun boleh. Aku datang sekitar jam 3 petang. Pelanggan masih tak ramai. Tetapi pelayan-pelayan hanya tengok sahaja aku datang. Lepas 5 minit tak seorang pun datang ke meja. Aku ingatkan layan diri. Lalu aku panggil salah seorang pelayan ke meja. Barulah dia datang bawa menu besar kat aku.

Makanan memang banyak pilihan. Ada masakan melayu. Ada masakan ci…