Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Jun 2015

Aku dan 18.06.71


18 Jun.
44 tahun yang lalu.
Aku selamat lahir ke dunia.
Disebuah perkampungan melayu di Mukim Ayer Hitam Muar.
Walaupun bersalin di rumah,
dan disambut oleh mak bidan kampung,
aku lahir sihat walafiat.
Syukur Alhamdulilah.
Tak susah emakku nak melahirkan aku.

44 tahun yang lalu.
Abahku menunggang motosikal kapcai C70nya ke pekan Bakri.
Beliau pergi ke balai polis.
Tujuannya untuk mendaftarkan kelahiranku.
Nak dapatkan surat beranak.
Walaupun namaku agak common,
tetapi ejaan namaku unik.
Sebutan dan ejaan orang jawa katakan.

Aku dilahirkan dalam keluarga susah.
Aku anak kedua.
Abahku bekerja berkebun nanas masa itu.
Emakku surirumah sepenuh masa.
Rumahku rumah kampung.
Masa lahirku tiada bekalan air dan api.
Mandi air parit depan rumah.
Minum air hujan yang ditadah.
Lampunya lampu minyak tanah.
Dapurnya masih guna kayu api.

Aku ingat cerita abahku.
Umur 5 tahun aku dah pandai membaca.
Dikira paling cepat berbanding rakan sebayaku.
Walaupun abahku tak hantar aku masuk tadika,
aku dikira cemerlang bila masuk sekolah rendah.
Abah kata tak payah sekolah tadika.
Bukannya belajar pun.
Belajar makan aje katanya.
Dulu aku percaya.
Tetapi sekarang baru aku tahu sebabnya.
Abahku tak cukup wang nak beli keperluan sekolah.
Masa aku didarjah satu.
Aku jadi cikgu kepada kawan-kawan sebayaku.
Bila cikgu malas nak mengajar.
Dia suruh aku ajar kawan-kawan lain membaca.
Bahasa melayu juga inggeris.

Masa aku duduk dikampung,
kawan-kawanku hanyalah buku2 sekolah.
Aku tiada kawan untuk main bola.
Aku tiada kawan untuk main perang2.
Aku keseorangan bila main basikal.
Aku keseorangan bila main parit.
Kawanku hanyalah kakakku dan sepupu perempuanku.
Yang sibuk ajak aku main pondok2 dan masak2.

Ketika umurku 10 tahun.
Aku berpindah ke tanah rancangan felda di Kulai.
Bukan sebab abahku dapat masuk rancangan felda.
Tetapi abahku menumpang tinggal dirumah makcikku.
Seorang peneroka felda.
Walaupun rumahnya besar,
keluarga makcikku juga besar.
Anaknya ada 6 orang.

Sampai sekarang aku masih tak faham.
Kenapa abahku jual rumah dan tanah dikampung,
semata-mata kerana hendak berhijrah ke felda.
Aku hidup menumpang dirumah saudara selama 5 tahun.
Makan, tidur dan membesar dirumah orang memang terasa janggalnya.
Abahku bekerja memotong kelapa sawit diladang.
Emakku pula bekerja menjual kuih.
Pendapatan mereka rasanya cukup2 makan sahaja.
Tetapi cukup untuk membesarkan aku sekeluarga.
Aku tak nampak kesusahan emak abah masa itu.
Tetapi yang aku ingat.
Baju baru setahun sekali.
Makan ayam dua kali setahun.
Seluar sekolah adalah seluar raya.
Kasut sekolah adalah kasut raya.

Aku bersyukur dilahirkan ke dunia.
Aku berterima kasih kepada abahku yang membesarkanku.
Juga emakku yang menyekolahkanku.
Ucapan terima kasih tak terhingga untuk mereka.
Kesusahan dan kepayahan menjadikan aku seperti sekarang.
Emak dan bapak tak pernah memaksa aku belajar.
Cuma pesan emak,
kalau tak nak hidup susah seperti emak dan abah,
belajarlah sungguh-sungguh.

Semalam ulangtahun kelahiranku.
Aku ingat nak diam2 sahaja.
Dah makin tua.
Kalau boleh tak nak ingat bila usia makin meningkat.
Tapi lepas terawih aku tengok penuh notification aku dalam FB.
Ada staf aku update status.
Siap ada gambar kek lagi.
Itupun gambar tahun lepas.
Dan sehingga esok paginya,
Ramai betul yang mendoakan kesejahteraan hidupku.
Kawan2 sekolah menengah.
Kawan2 seasrama.
Kawan2 masa kat U.
Kawan2 FB.
Tak terlayan aku.

Kepada kalian semua.
Terima kasih atas ingatan.
Terima kasih atas kiriman doa.
Terima kasih atas gambar kek.
Kenyang aku makan gambar kek sahaja.
Aku doakan kalian pun begitu juga.
Dipanjangkan umur.
Dimurahkan rezeki.
Juga sejahtera dunia dan akhirat.



12 ulasan:

  1. Disebabkan saya tiada fb, maka saya hanya tahu birthday Doc dlm entry blog ini saja. Selamat HariLahor, Doc. Semoga memperolehi kebahagiaan dan rahmat. Semoga dimurahkan rezeki dan terus berbakti.

    Rezeki kita semua ditentukan Allah, tapi usaha kita juga yang membuka lorong itu. You earned your success,Doc. Dan saya yakin, masih banyak lagi kejayaan yang menunggu Doc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Semoga kita sama2 mendapat keberkatan Allah.
      Dunia dan akhirat.

      Padam
  2. selamat hari lahir doc moga peroleh sejahtera di dunia dan akhirat.....suka baca pengalaman seperti ini bagaimana kesusahan tidak mematahkan semangat untuk berjaya....semoga sukses selalu soc :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sedang baca buku kisah hidup Saiful Nang.
      Kesusahan kehidupannya lebih kurang sama dengan hidup saya.
      Itu yang terpanggil nak ulas kisah hidup zaman susah dulu.

      Tunggu saya habis baca buku tu dulu.
      Nanti saya review.

      Terima kasih.
      Semoga puan pun dilindungi Allah sentiasa.

      Padam
  3. Selamat ulangtahun kelahiran doc.
    sy doakan semua yang trbiak untuk doc. (x reti nk ayat bunga2)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Ayat bunga2 tak penting.
      Yg penting niat dan keikhlasan.
      Terima kasih.

      Padam
  4. happy belated birthday DR
    memang terasa susah kehidupan yang dahulu ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesusahan mengajar kita menjadi lebih cekal dan berdaya saing.
      Saya tak malu mengaku miskin dan susah pada satu masa dahulu.

      Padam
  5. Salam bro..entry yg cool.moga panjang umur dan menjadi GP contoh khusus di kulaijaya.

    BalasPadam
  6. Salam Doc,,,
    Sebab saya tau sikit-sikit ayat bunga-bunga, bagi lah saya peluang buat begitu ye? :)

    Selamat Hari Lahir Dr. Zoul
    Semoga Umur meningkat membawa Rahmat
    Rezeki berganda membawa Berkat
    Iman naik semakin Kuat
    Bertambah pula Amal Ibadat
    Supaya Insya Allah Selamat Dunia Akhirat
    Kasih-sayang sekeluarga bertambah Erat
    Luar Dalam bertambah Sihat
    Tenaga bekerja & berjasa semakin Hebat!
    Amin Ya Qad-hiyal Hajat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran.

      Semoga tuan pun begitu juga.
      Aminn.

      Padam