Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Jun 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu ini.
Dah 10 Ramadhan.
Sekejap sahaja masa berlalu.
2-3 hari ini,
cuaca memang sangat panas.
Siang dan malam sama sahaja.
Kalaulah aku budak kecil.
Aku mungkin asyik keluar masuk bilik air sahaja.
Mandi.
Berendam.
Berkumur-kumur.
Dan kalau tak larat,
aku mungkin puasa sekerat hari sahaja.
Tetapi aku dah tua.
Kena gagahkan juga.
Malu dengan anak2.
Malu dengan Allah.


Hujung minggu ini.
Aku berusaha membersihkan taman tepi rumah aku.
Dah berbulan tak berkemas.
Dah jadi hutan.
Rumput dan pokok bunga dah sama tinggi.
Tapi belum pun pukul 9 pagi.
Bahang matahari dah seperti waktu tengahari.
Tapi memandangkan raya pun dah dekat,
aku gagahkan juga.
Walaupun dalam hati nak berendam aje dalam kolah.
Sedang aku menebas pokok ditepi pagar,
ada kontraktor menebas rumput lalu.
Aku tegur dia,
dia tegur aku.
Lalu aku suruh dia tolong tebaskan rumput laman aku.
Tak sampai setengah jam.
Selesai.
Jimat sikit peluh aku.
Tak jadi nak berendam dalam kolah.


Sebelah petang aku menyambung semula tugasan aku.
Kali ini mengemas sangkar kucing-kucingku.
Dah berbuih mulut wife aku menyuruh.
Tetapi baru kali ini aku larat membuatnya.
Kira punya kira,
dah 10 ekor kucing aku rupanya.
Aku cadang nak pisahkan.
Jantan duduk satu apartment.
Betina duduk satu apartment.
Duduk pun jauh-jauh.
Aku tak larat kalau mereka membiak lagi.
Ada cadangan nak buat BTL.
Ada juga cadangan nak suntik perancang.
Tapi aku tak sampai hati.
Ada juga cadangan nak hantar kucing2 ke pasar.
Tapi aku tak sampai hati.


Hujung minggu ini aku makan free sahaja.
Aku bawa anak2 berbuka puasa dikampung.
Hari Jumaat makan nasi ambeng di rumah emak mertua.
Dan semalam berbuka di rumah emak sendiri.
Ini kali pertama selepas 10 hari Ramadhan berlalu.
Berbuka dikampung memang seronok.
Memasak ramai2.
Makan ramai2.
Cuma tak seronoknya tak dapat berterawih seperti selalu.
Di taman aku masjidnya ada aircond.
Aku biasanya datang awal.
Ambik port betul2 depan aircond.
Jadi imam nak baca surah panjang2 pun aku tak kisah.
Yang penting aku selesa.
Bila dah selesa taklah rasa penat sangat.

Salam hujung minggu kawan2!




8 ulasan:

  1. Ambik port betul2 depan aircond.
    Jadi imam nak baca surah panjang2 pun aku tak kisah.
    Ni statement win...hehehe

    BalasPadam
  2. Salam...menyinggah jap..

    Sedap nasi ambeng tu...husband suka nasi ambeng...di Pasar Ramadhan Batu Gajah ada dijual...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan istimewa Jawa Johor.
      Lauknya kena lengkap.
      Makan dalam dulang beralas daun pisang.
      Pergh...

      Salam singgah.

      Padam
  3. betol tu Doc cuaca di melaka pon tersangat la panas dan berbahang....cik boss sy pon tak larat nak kemas laman sendiri awal2 dia dah upah bebudak vietnam tolong bersihkan laman dan cuci lantai luar....kalau ada rezeki mingu2 depan balik pontian rumah mentua bole la saya pekena nasi ambeng dan air katirah pojaan hati :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air Katira Abu Bakar JB.
      Terbaik.

      Padam
  4. kucing kucing pi la antar mandulkan...saya rasa encik berkemampuan...jadi tidakla terbeban dgn populasi yang bertambah yg mungkin membeban encik sekeluarga. Harus hukumnya dalam Islam....terima kasih

    BalasPadam
  5. kucing kucing pi la antar mandulkan...saya rasa encik berkemampuan...jadi tidakla terbeban dgn populasi yang bertambah yg mungkin membeban encik sekeluarga. Harus hukumnya dalam Islam....terima kasih

    BalasPadam