Langkau ke kandungan utama

Aku dan Nasi Arab Home Made

Aku mula terjebak dengan Nasi Arab pada musim Ramadhan tahun lepas.
Kali pertama aku pekena Nasi Arab.
Aku beli di Bazaar Ramadhan Plaza Angsana.
Aku terpikat dengan nasinya yang lembut, lemak dan panjang.
Sungguh nikmat ketika mengunyahnya.
Tak perlu lauk lain.
Makan nasinya sahaja dah cukup nikmat.


Ini Nasi Arab Saba di Cyberjaya.
Aku dah dua kali sampai ke sana.
Setiap kali pergi mesti ramai orang.
Jenuh nak menunggu giliran.
Juga harganya agak mahal.
Tapi berbaloi dengan rasa makanannya.


Ini Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari.
Aku dah banyak kali sampai.
Tapi baru sekali mencuba nasi arabnya.
Ayamnya tak berapa sedap.
Rasa seperti ayam rebus sahaja.
Nasinya pun biasa sahaja.
Tak boleh lawan Nasi Arab Restoran Saba.


Ini pula Nasi Arab aku beli di Pasar Pagi Larkin.
Dah lebih 5 kali aku beli.
Harganya pun berpatutan.
Rasanya pun boleh tahan.
Cuma lauk sampingannya tak cukup power.
Sekadar timun dan tomato yang dicincang sahaja.


Sempena menyambut Ramadhan hari ini.
Aku mencuba memasak Nasi Arab sendiri dirumah.
Wife beli bahan2nya dengan kawannya.
Beras dan rempahnya dah siap disukat.
Tinggal ikut sahaja arahan pada kotaknya.


Cuba klik diblog mereka.
Atau cari di FB mereka.
Ada penerangan lebih lanjut tentang produk ini.
Berikut adalah hasil air tangan wife petang tadi.
Dia modified sikit2 ikut selera tekak kami sekeluarga.


Nasi dan ayam rempahnya memang superb.
Apatahlagi selepas kelaparan seharian berpuasa.
Bau rempahnya menusuk ke hidung.
Nikmat mengunyah nasinya memang tak terbayang.


Ini Salad Arab.
Buat sendiri.
Sepatutnya timun dan tomato sahaja.
Tapi wife tambah nanas untuk citarasa tekak Arab Malaysia.


Ini pula Sos Harrah.
Hanya kisar tomato, bawang putih, daun ketumbar, cili padi dan perahan lemon.
Sedikit gula dan garam untuk rasa.


Bila azan berkumandang.
Kami makan dalam dulang.
Tak sampai 10 minit,
dah langsai semuanya.

Kos sekotak: RM 15
Kos bahan-bahan lain termasuk ayam: RM 15
Nikmat berbuka bersama-sama: Tidak ternilai

Tunggu resepi untuk esok pulak.



Ulasan

  1. nasi arab dari isteri doc nampak lebih mengancam....rm30 untuk 4 orang makan kira berbaloi sungguh

    BalasPadam
  2. WAHHH YG BERBUKA DLM DULANG TU TERBAIK DR ....

    PENAH ADE KAWAN JUAL TP AI BELI PUN ..SEDAP EK

    BalasPadam
  3. Confirm sedap ek? Teringin juga ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.