Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Jun 2015

Aku dan Riang Ria Putrajaya Kuala Lumpur


Khamis 4 Jun.
Aku tak masuk klinik.
Aku ambil cuti tahun.
Awal pagi lagi dah masuk lebuhraya.
Pukul 8 pagi dah sampai kat Restoran Kari Kambing 40 Hari.
Bersarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya.
Restoran ni dah amal sistem layan diri sekarang.
Dah takda pelayan datang ambil order.
Kena order kat kaunter.
Kena ambil makanan kat kaunter.
Kena bayar kat kaunter.
Mungkin sebab tak nak kena GST agaknya.


Lepas sarapan aku meneruskan perjalanan.
Cuaca pagi itu memang sangat cantik.
Jalan pun lengang.
Pukul 10.30 pagi aku dah sampai di Presinct 4 Putrajaya.
Lokasi percutian pertamaku untuk kali ini.


Ini kali ke 2 aku sampai ke sini.
Dan mungkin kali yang terakhir.
Mood nak ambil gambar dah semakin hilang.
Nak kena cari hobi baru nampaknya.
Floria kali ini memang lebih menarik.
Taman2 bunganya makin cantik.
Ditambah dengan taman musim sejuk dan taman 4 musim.
Tapi aku tak berkesempatan nak masuk.
Panjang sangat barisannya.
Walaupun kesemuanya nampak lebih cantik,
aku dah laluinya pada tahun lepas.
Jadi keterujaannya dah kurang.
Lagipun cuaca dah mula panas.
Aku malas nak jalan jauh2.


Pukul 2 petang.
Aku checked in ke hotel pilihan.
Hotel Everly yang letaknya disebelah Alamanda Putrajaya.
Aku booked hotel guna Agoda.
Aku bayar online sebelum datang ke hotel.
Jadi prosedur check-in tak susah sangat.
Lepas dapat bilik,
aku terus ke lokasi percutian ke2ku.
Alamanda Putrajaya.
Ramai sedia maklum.
Aku jarang bercuti di gunung, pantai atau laut.
Famili aku tak suka tempat2 seperti itu.
Wife dan anak2 suka tempat2 yang lebih 'eksotik' seperti ini.
Tempat yang ada ramai orang.
Tempat yang ada banyak jual barang2.
Tempat yang paling sesuai untuk terapi minda.
Tak perlu wang banyak-banyak.
Sekadar tengok, belek2 dan bertanya harga.

Lepas Maghrib.
Aku pergi ke Putrajaya Central.
Ambil anak sulung yang ikut bercuti datang daripada Ipoh.
Malam itu kami sekeluarga berkumpul semula.
Sambil tengok wayang Midnight di GSC Alamanda.
Wayang start pukul 12.40 pagi.
Cerita Tomorrowland.
Walaupun tayangan lewat malam,
panggung masih 3/4 penuh.
Dah habis tengok wayang baru teringat.
Ada perarakan bot berhias yang sepatutnya aku tengok.
Macamana boleh terlupa.


Demikian berakhir hari pertama percutianku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan