Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Jun 2015

Aku dan Riang Ria Putrajaya Kuala Lumpur 2


Hari ke2 di Putrajaya.
Dimulakan dengan bersarapan di hotel.
Dikhabarkan dalam Agoda.
Sarapan di sini sedap.
Jadi aku pun kena cuba.
Lagipun dah termasuk dalam pakej bilik.
Sumpah aku nak cakap.
Sarapan pagi di sini memang sedap.
Pilihannya banyak.
Ada Nasi Lemak.
Ada Mee Goreng Mamak.
Ada Nasi Kunyit.
Bila makan nasi lemak,
aku cuba sambal tumisnya dahulu.
Kalau sambalnya sedap,
yang lain2 mesti sedap punya.


Lepas sarapan,
masing-masing buat aktiviti bebas.
Lepas Jumaat,
aku checked out dan bertolak ke Kuala Lumpur.
Destinasi percutian ke3: 
Kompleks Sogo dan sekitarnya.
Dikhabarkan ada jualan besar2an sebelum puasa.
Dah berpuluh kali wife ajak,
baru kali ini aku dapat tunaikan.


Bila aku di Kuala Lumpur,
hanya satu hotel yang aku suka duduk.
Hotel Vistana.
Letaknya di sebelah stesen LRT Titiwangsa.
Sepanjang aku di Kuala Lumpur,
aku parking kereta kat bawah hotel.
Nak kemana2 naik LRT sahaja.
Mudah dan murah.
Tak perlu pening kepala.
Hafal sahaja peta dibawah.
Satu Kuala Lumpur aku boleh pusing.


Ini kali ke dua aku di Hotel Vistana.
Hotel ini dah makin cantik.
Semuanya nampak serba baru.
Aku pun dah tak ingat bila kali pertama di sini.
Hotel ini pun aku booked guna Agoda.
Bayar pun online sebelum datang.
Jadi proses check-in sangat mudah.
Tak payah deposit.
Tak payah nak verify apa-apa.
Tak payah nak sain apa-apa.


Aku berehat dibilik sampai Asar.
Phobia tersangkut kat jem dalam KL belum hilang lagi.
Tapi tanpa membuang masa,
aku terus ambil LRT.
Turun di stesen Bandaraya.
Dan menuju ke Sogo.
Terkejut aku.
Sogo dah jadi seperti pasar malam.
Manusia memenuhi setiap ruang.
Setiap tingkat penuh dengan manusia.
Tangga pun penuh dengan manusia.
Potongan harga memang gila-gila.
Ada yang sampai 70%.
Aku memang takda niat nak beli apa2.
Jadi aku tinggalkan wife kat situ.
Aku naik balik LRT.
Aku bawa anak2 aku ke Midvalley.


Manusia di Sogo memang luar biasa.
Talian telefon kat area situ pun boleh jem.
Line 4G aku tinggal E sahaja.
Nak call wife susah nak dapat.
Nak Whatsapp pun tak boleh.
Nampaknya salah tekaan aku.
GST langsung tak beri kesan kepada rakyat.
Kenaikan inflasi tak terasa.
Penurunan nilai ringgit langsung tak memberi impak.
Rakyat masih ada wang.
Rakyat masih ada kuasa membeli.


Daripada Sogo aku kena naik LRT ke KL Central.
Lepas tu tukar naik KTM Komuter ke Midvalley.
KTM masih ketinggalan zaman.
Nak beli tiket masih kena beratur di kaunter.
Takda mesin layan diri seperti LRT.
Lepas tu kena tunggu keretapi kat bawah tanah.
Memang sangat berbeza layanannya banding dengan naik LRT.
Tetapi Midvalley bukannya jauh sangat pun.
Sekejap aje dah sampai.
Masa menunggu lebih lama banding masa dalam komuter.


Kalau Sogo sesak dengan manusia,
Midvalley terlalu besar untuk aku jelajah.
Tapi demi anak-anak bujang aku,
aku layankan sahaja.
Aku terjumpa mainan Hulkbuster idaman aku.
Kat JB harga lebih 80 ringgit.
Kat sini cuma 40 ringgit.
Itupun siap ada kotak lagi.


Lepas isyak,
aku patah balik ke KL Central.
Wife dah balik ke hotel.
Dah pandai naik LRT sendiri.
Jadi aku sambung melepak di Nu Central dulu.
Lokasi percutian ke5ku.
Ada juga kedai mainan di sini.

Pukul 10 malam.
Aku tiba dibilik hotel.
Kawan2 KL aku semua berada diluar kawasan.
Ada yang pergi seminar.
Ada yang pergi panjat gunung.
Jadi layan tengok tv sampai tengah malam.

Demikian berakhir hari kedua percutianku.




4 ulasan:

  1. Komuter ada mesin beli tiket layan diri, cuma terhad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada nampak satu.
      Kat Midvalley.
      Tapi takda siapa nak guna.
      Mereka lagi suka berbaris.
      Kat KL Central pun sama.
      Lagi panjang barisannya.
      Tetapi masing2 berhemah.
      Takda yg potong barisan.
      Dah terbiasa agaknya.

      Padam
  2. Anak2 pun ada pengalaman baru naik komuter dan lrt. Saya pun suka Vistana juga.

    BalasPadam
  3. mesin kaunter komuter tak mesra pengguna. nak kena duit lama sahaja. syiling pun sama. Komuter ni sentiasa delay. saya sangat menyampah bila naik komuter. delay je

    BalasPadam