Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Jun 2015

Aku dan Riang Ria Putrajaya Kuala Lumpur 3


Hari terakhir di Kuala Lumpur.
Sebelum balik,
kita sambung jalan-jalan di sekitar Sogo.
Jam belum pun pukul 10 pagi.
Kawasan Sogo dah jem.
Kereta berpusu-pusu menuju tempat parking.
Manusia pula berpusu-pusu menuju pintu masuk ke Sogo.
Hari ini hari terakhir rupanya.
Jualan besar-besaran untuk pemegang kad.


Aku memang tak masuk Sogo.
Aku pergi ke Kompleks Pertama.
Tempat lepak favorite aku masa belajar dulu.
Tapi dah jauh sangat bezanya.
Dah tak boleh duduk2 lagi kat tangga.
Kat kawasan lobi pun dah penuh dengan kedai2.
Sana-sini menjual handphone.
Anak2 bujang aku macam bosan aje bila masuk.
Langsung tak nampak pun kedai berjenama.
Tetapi bila dah masuk kedai kasut,
masing2 senyum sampai ke telinga.
Kasut2 yang tiada di JB,
ada di sini.
Kasut2 yang hanya ada di internet,
tiba2 ada didepan mata.
Kasut2 yang tiada di Al-Ikhsan,
ada banyak di sini.
Saiz pun semuanya ada.
Dan yang bagusnya,
harganya jauh lebih murah. 


Lepas masing2 puas menjamu mata,
aku jalan-jalan tengok manusia kat sekitar jalan menuju Masjid India.
Aku tengok2 jugak mana tahu jumpa Caliphbuskers,
tapi hari ini mereka cuti agaknya.
Jalan-jalan sekitar Sogo memang sangat meriah. 
Khabarnya kalau bulan Ramadhan,
lebih meriah.
Semua kedai sibuk membuat promosi jualan besar-besaran.
Macam2 jenis kain ada.
Macam2 warna boleh pilih. 
Ini kawasan permainan aku masa student dulu.
Kompleks Pertama,
Kompleks Campbell,
Panggung wayang Odeon,
Masjid India.
Semuanya dah berubah sama sekali.


Pukul 2 petang.
Aku bertolak balik meninggalkan Kuala Lumpur.
Jalan balik menuju Seremban jem teruk.
Ada berlaku kemalangan.
Tetapi pada arah bertentangan.
Dan jem pada dua-dua arah.
Tipikal Malaysian.


Pukul 3.30 petang.
Aku tiba di Seremban.
Merehatkan kaki sekejap sebelum menyambung perjalanan.
Kalau tiba di Seremban,
aku mesti singgah ke satu warung makan depan IPRM.
Warungnya simple sahaja.
Tetapi nasi gorengnya sedap.
Kalah makanan dihotel 4 bintang.


Pukul 9 malam.
Akhirnya aku tiba di rumah.
Bercuti dalam Malaysia pada musim cuti adalah memenatkan.
Apatahlagi jika kena lalu lebuhraya.
Juga jika menuju ke bandar-bandar besar.
Untuk cuti kali ini,
aku hanya dapat buku ini.
Buku motivasi daripada Saiful Nang.
Kena baca.
Kena belajar.
Kena berani.
Kena berdaya saing.
Kemiskinan bukan halangan untuk berjaya.


Sekian.
Terima kasih.



2 ulasan:

  1. Salah Doc. Bukan dapat buku saja. Tapi dapat percutian bersama keluarga. Hanya keluarga. Tidak ternilai

    BalasPadam
  2. Hari selasa petang time saya nak balik ke melaka pon ada kemalangan di lane sebelah...lori melintang tengah jalan bersusun kereta sampai ke simpang empat...

    BalasPadam