Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Jun 2015

Aku di Seminar Wajib FOMEMA


Awal pagi hari Ahad yang lepas.
Aku ke hotel Grand Paragon JB.
Kena menghadiri seminar.
Tajaan Fomema, MMA dan Pejabat Kesihatan Negeri.
Seminar on Foreign Workers Medical and Chest X-ray Examination.
Sebagai doktor panel kepada Fomema,
Seminar ini dah jadi wajib.
Sesiapa yang tak hadir 2 tahun berturut-turut,
Lesen panel akan digantung.
Itu amarannya.
Tahun lepas aku dah mengelak.
Jadi kali ini memang tak boleh nak mengelak.
Sejak aku jadi panel pada 2007,
Ini kali pertama aku hadirinya.
Memang banyak perkara yang aku dah ketinggalan.
Jadi kalaupun tak diwajibkan,
Aku memang nak hadir.
Nak mengikuti perkembangan.


Disebabkan seminar ini adalah wajib,
dan peserta dikenakan bayaran,
kehadiran adalah sangat menggalakkan.
Sahabat lama aku daripada N9 pun ada sama.
Pukul 6 pagi datang menunggang motosikal daripada Jelebu.
Seminar dimulakan tepat jam 9 pagi.
Ada ucapan ringkas daripada wakil MMA.
Diikuti dengan taklimat daripada orang2 besar di Fomema.
Yang bagusnya yang turun bukannya wakil.
Tetapi orang2 atas yang selalu sain dan hantar surat rasmi kepadaku.
Itu yang aku suka.
Tak seperti mesyuarat dengan agensi2 kerajaan.
Kadang2 hanya hantar wakil yang tak tahu apa2.
Wakil yang tak boleh membuat keputusan.
Wakil yang sekadar menyampaikan.


Banyak ilmu yang aku dapat daripada seminar ini.
Daripada jutaan pendatang asing yang berjaya masuk negara ini,
Hanya 1.3 juta yang menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
Pemeriksaan ini wajib dalam tempoh 30 hari sebaik sahaja masuk ke negara ini.
Diikuti dengan pemeriksaan tahunan untuk 2 tahun berikutnya.
Selepas itu dah tak payah kecuali jika didaftar semula sebagai pekerja baru.
Daripada 1.3 juta yang diperiksa,
Hanya 2.5% gagal dalam pemeriksaan ini.
Iaitu kira2 37 000 orang terpaksa dihantar balik.
Majoriti disebabkan gagal dalam ujian X-ray dada.
Sebab itu ada persatuan majikan cuba melobi kerajaan.
Batalkan sahaja pemeriksaan Fomema ini.
Ini kerana mereka hanya nampak pertambahan kos.
Juga karenah birokrasi yang berkaitan dengannya.
Namun bagi pihak Fomema.
Bukan 2.5% isunya.
Isunya ialah 37 ribu pendatang asing yang berpenyakit.
Yang berisiko untuk memindahkan penyakit kepada warga tempatan.
Tetapi bagaimana pula dengan pendatang asing tanpa izin?
Yang masuk tanpa melalui saluran yang sah?
Apa jadi dengan mereka?
Fomema tak boleh jawab.
Kerajaan pun malas nak jawab.

Fomema mempunyai kriteria yang sangat ketat mengenai x-ray.
Sedikit sahaja abnormaliti dalam x-ray akan dikira gagal.
Dan ini menyebabkan ramai majikan tak puashati.
Sistem x-ray sekarang adalah sistem lama.
Pekerja datang ke klinik untuk x-ray.
Doktor diklinik buat laporan.
Jika kurang pasti doktor akan hantar filem ke pakar Radiologist.
Laporan daripada pakar akan menyusul kemudian.
Untuk setiap x-ray,
filem x-ray wajib dihantar ke pejabat Fomema di Kuala Lumpur dalam tempoh 14 hari.
Di Kuala Lumpur,
ada satu panel Radiologist yang akan menilai semula filem x-ray tersebut.
Ada yang salah diagnosis.
Ada yang under reporting.
Ada yang over reporting.
Ada juga filem x-ray yang tidak mematuhi piawai.
Jadi isu timbul bila pekerja yang sebelum ini telah diluluskan,
selepas beberapa bulan dikira gagal kerana x-raynya salah baca.
Majikan marah dengan Fomema.
Fomema menyalahkan doktor.
Doktor pula menyalahkan Fomema.
Masa berbulan-bulan diambil kerana isu logistik,
filem x-ray boleh hilang ditengah jalan.
Aku dah banyak pengalaman.
Pekerja yang sebelum ini telah diluluskan,
selang beberapa bulan aku dapat surat daripada Fomema,
pekerja terpaksa digagalkan kerana ada abnormaliti dalam x-ray beliau.
Walaupun ianya bukan Acute PTB,
dan kadang2 sekadar parut atau luka kecil diparu-parunya,
panel radiologist tetap menggagalkannya.
Kelam-kabut majikannya nak buat rayuan.

Ada cadangan supaya semua x-ray dibaca oleh pakar radiologist.
Klinik hanya ambil gambar,
dan pakar radiologist yang beri report.
Bukannya doktor GP yang dikatakan kurang pengalaman.
Ini telah dipersetujui oleh Fomema.
Doktor GP pun setuju.
Radiologist pun setuju.
Tetapi kerajaan tidak mahu menanggung kos tambahan.
Majikan pun tak mahu menanggung kos tambahan.
Fomema pun tidak boleh menaikkan kos kepada majikan,
kerana ianya telah tertakluk pada perjanjian dengan kerajaan.
Maka baliklah ke square one.

Terkini.
Klinik2 yang ada pusat x-ray digalakkan bertukar ke sistem digital.
Tak perlu ambil filem.
X-ray terus masuk dalam sistem.
X-ray terus dihantar secara dalam talian ke Kuala Lumpur.
Tak perlu hantar filem lagi.
Urusan reporting jadi lebih cepat.
Sistem ini dah ada sekarang.
Ada 40% klinik dah bertukar kepada sistem ini.
Kosnya 60 ribu ringgit.
Dan sekali lagi.
Kos ini kerajaan tak nak tolong tanggung.
GST sudah pasti.
Majikan pun tak nak tanggung.
Sekiranya klinik dah update ke sistem ini,
Fomema kata dia tak boleh beri jaminan.
Fomema akan hantar lebih ramai pekerja untuk pemeriksaan.
Bayarannya pun tetap sama.
Tak berubah.
25 ringgit seorang.
Jadi buat apa pening kepala nak kira untung?
Kerana ianya memang tak menguntungkan langsung. 


Sessi pagi diakhiri dengan sessi soal jawab.
Aku jangkakan akan ada soalan2 panas.
Tetapi bila head boss yang buat confession dulu,
doktor2 kat bawah semuanya dah malas nak tanya macam-macam.
Fomema dah 3 kali bertukar board of directors.
Kerajaan nampak Fomema dah buat untung yang banyak.
Untung atas angin.
Itu betul masa mula2 dahulu.
Masa itu kos tak tinggi.
Jadi Fomema kaw-kaw buat untung.
Dah lebih 10 tahun kadar upah tak dikaji.
Doktor masih dapat 60 ringgit sahaja.
Ini realitinya.
Pemeriksaan kesihatan yang sama diperlukan untuk pelajar2 asing belajar di sini.
Kosnya ialah 250 ringgit seorang.
Tetapi untuk pekerja2 asing,
kerajaan tetapkan kosnya ialah 180 ringgit sahaja.
Tak lebih dan tak kurang.
Alasannya?
Social contract. 
Doktor tak boleh fikir untung sahaja.
Dan ada desas-desus terbaru.
Beberapa syarikat besar cuba nak mengambil alih tugas2 Fomema.
Pada harga dan kos yang lebih rendah.
110 ringgit sahaja katanya.
Boleh buat di one-stop center mereka.
Di situ jumpa doktor,
di situ ambil darah,
di situ buat x-ray.
Memang mudah urusannya.
Tetapi wujud isu monopoli.
Doktor2 GP hilang bahagian.
Makmal kecil2 hilang bahagian.
X-ray yang masih guna analog juga hilang bahagian.
Seperti aku jangkakan.
pekerja asing adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan.
Golongan kapitalis hanya nampak itu sahaja.
Tujuan utama untuk menjaga keselamatan rakyat ditolak ke tepi.

Aku bukannya tak suka pemeriksaan Fomema.
Kerjanya tak leceh.
Staf aku boleh buat semuanya.
Key in data pun staf aku boleh buat.
Aku cuma ambil darah sahaja.
Tetapi pesakit2 aku yang ada yang sengsara.
Kena tunggu lebih lama.
Bayangkan kalau seorang 10 minit,
kalau sekali datang 20 orang?
Bilik air jangan ceritalah.
Hari ini tukar pintu,
esok harinya dah patah.
Sampah sarap buang merata-rata.
Bau badan dan kasut jangan ceritalah.
Boleh pengsan kalau suruh mereka buka kasut.


Pukul 2 petang baru habis sessi pagi.
Lepas makan tengahari aku cabut.
Sessi petang aku tuang.
Aku telah diberi kelonggaran.
Petang adalah sessi bersama pakar radiologist.
Revision tentang cara2 nak membaca x-ray dengan betul.
Memandangkan klinik aku takda mesin x-ray
Dan aku tak cadang nak beli mesin x-ray,
aku skip sessi ini.

Salam Ramadhan kawan2!



3 ulasan:

  1. ms keje receptionist dl pun sy penah kene marah pasal acute ptb punya result.
    hahaha... kelakar!

    sy bukannya doktor, tp menadah juga telinga.

    BalasPadam
  2. Mata saya terbuka.luas baca entry ni.

    BalasPadam