Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Jun 2015

Aku ke Banafee Village Restaurant


Hari Jumaat yang lengang.
Teringin nak tengok DVD baru.
Furious 7 juga Chappie.
Jadi lepas solat Jumaat aku ke Holiday Plaza.
Syurga DVD cetak rompak.
Tapi sebelum itu anak2 ajak pergi makan dulu.
Belek2 Foursquare.
Dicadangkan ke restoran ini.
7.6/10 ratingnya.
Ada Nasi Ayam Penyet terbaik di JB di sini katanya.
Jadi mari kita try.


Banafee Village Restaurant.
Lokasinya di Jalan Dato Abdullah Tahir.
Sebaris dengan Hotel New York.
Dekat aje dengan Naza Motor.
Kawasan parkingnya luas.
Kalau nak basuh kereta sekali pun boleh. 
Kawasan restorannya pun luas.
Ada banyak kawasan tempat duduk untuk dipilih.
Ada gazebo.
Nak makan ditingkat atas pun boleh.
Aku datang sekitar jam 3 petang.
Pelanggan masih tak ramai.
Tetapi pelayan-pelayan hanya tengok sahaja aku datang.
Lepas 5 minit tak seorang pun datang ke meja.
Aku ingatkan layan diri.
Lalu aku panggil salah seorang pelayan ke meja.
Barulah dia datang bawa menu besar kat aku.


Makanan memang banyak pilihan.
Ada masakan melayu.
Ada masakan cina.
Ada masakan arab.
Ada masakan barat.
Ada nasi padang.
Dan malangnya,
Nasi ayam penyet belum siap.
Lepas pukul 4 katanya.


Sekali lagi aku panggil pelayan untuk order makanan.
Wife nak mencuba nasi padang.
Yang lain2 order ala-carte.
Selepas 5 minit,
Ada seorang pelayan letak alat elektronik kat meja.
Sila tekan untuk layanan.
Mungkin silap aku juga.
Datang awal sangat agaknya.
Tapi khabarnya restoran ini buka 24 jam.
Betul ke? 


Ini Tomyam Seafood.
Harganya RM 15.00.
Kuahnya sangat pekat.
Agak pedas untuk tekakku.
Dah keseluruhannya biasa-biasa sahaja.


Air kelapa RM 8.00.
Air sirap + soda RM 2.80.
Air Milo Ais RM 3.20.


Ini Nasi Goreng Ayam Kunyit.
Harganya RM 9.00.


Ini Nasi Goreng USA.
Harganya RM 18.00.


Ini Nasi Goreng Thai.
Harganya RM 9.00.

Keseluruhannya layanan di sini masih boleh diperbaiki.
Untuk first time customer seperti aku.
Aku tak puashati dengan layanan di sini.
Dan satu lagi yang aku tak puashati.
Harga makanan agak mahal.
Motto " Makanan Bintang Lima Harga Kaki Lima " dah tak relevan.
Ditambah dengan GST 6%.
Dan ada pula Service Tax 6%.
Pada aku lagilah tak berbaloi.
Mungkin aku kena datang sebelah malam.
Ada live band.
Ada tarian arab khabarnya.
Barulah berbaloi.

Aku tak pasti sama ada nak datang lagi ke tidak.
Aku masih belum try lagi Nasi Ayam Penyet mereka.

Salam hujung minggu kawan2!



2 ulasan:

  1. Aru nak cuba makan kat sini.. X jadi la..

    BalasPadam
  2. Aru nak cuba makan kat sini.. X jadi la..

    BalasPadam