Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Jun 2015

Aku Masih Tak Faham Dengan GST











Aku bukan anti kerajaan.
Aku juga bukan pro pembangkang.
Tetapi perlaksanaan GST adalah sangat membebankan rakyat.
Selepas genap dua bulan perlaksanaan GST,
aku dah mula terasa kesannya.
Kesan terhadap diri sendiri.
Kesan terhadap rakyat sekeliling.
Semuanya dizahirkan dengan pendapatan klinik bulan lepas.
Lebih 70% ubat-ubatan kena GST.
Bermakna kos harga ubat naik 6 peratus.
Bil-bil utiliti juga kena GST 6 peratus.
Bermakna kos perjalanan klinik naik 6 peratus.
Dan paling sedih,
kos rawatan panel juga kena potong 6 peratus.
Bermakna pendapatan bulanan kena tolak 6 peratus.
Secara keseluruhannya,
pendapatan klinik menunjukkan penurunan ketara.
Dan kos overhead klinik meningkat.
Bulan ni dah masuk bulan Ramadhan.
Bulan depan nak raya.
Minyak pun naik 10 sen semalam.
Rakyat makin diperah.
Pemimpin masih ego dan sombong.
Langsung tak faham keperitan rakyat.
Siapa tak puashati, 
Letak jawatan.
Tetapi yang disuruh letak jawatan,
Sangat sayang dengan jawatannya.

Apa nak jadi ni?


6 ulasan:

  1. Salam bro..Mungkin iron man boleh membantu

    BalasPadam
  2. Perlu naikkan charge 6% bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6% pun tak cukup.
      Byk level kena bayar GST.
      Dan tak boleh nak claim balik.
      Itu yg saya tak faham.
      Mencanak2 naiknya...

      Padam
  3. Asalam doc....cuba doc bayangkan mak saya seorng perempuan tua yg duduk kat kampong....ape la dia tahu pasal gst...bukan saje dah tua takde pendapatan tetap tapi terpaksa gak bayar cukai gst ni....dgn orng tua pon kerajaan nak peras habis habisan.....semoga doc terus sukses

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emak saya berniaga kecil2an buat katering.
      Memang terasa sangat kenaikan harga barang.
      Untung makin kecil.
      Naikkan 6 peratus pun masih tak nampak untungnya...

      Padam