Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Aku dan Wordless Wednesday

Aku Menyokong Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin

KENYATAAN MEDIA

YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah 
memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan
sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, 
pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan 
dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas 
sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya 
daripada kabinet dengan hati yang terbuka. 
Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik 
dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, 
saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan 
dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. 
Selama saya berkhidmat, 
sa…

Aku di Ecru Tuckshop

Dulu dekat dengan ofis aku, Ada tempat lepak yang bagus. Restoran berhawa dingin yang katanya halal. Ada roti bakar. Ada kopi pekat. Ada makanan berat untuk tengahari. Ada makanan ringan untuk petang. Tetapi bila restoran tu berpindah ke tempat lain, aku dah kehilangan tempat nak melepak. Nak ke restoran didalam Aeon mahal sangat. Jadi balik2 ke restoran mamak sebelah ofis aku. Naik jemu tekak aku. Sehinggalah aku diperkenalkan ke tempat ini.

Sekali pandang, Aku ingat ini kedai jual sparepart kereta. Sekali pandang juga, Aku ingat restoran bukan melayu yang punya. Sehinggalah anak aku beritahu. Bila cikgu dia belanja berbuka puasa di sini bulan lepas. Barulah aku yakin dan pasti. Ini restoran halal milik melayu.

Hari ini hari terakhir anak sulungku pulang bercuti. Esok dah nak balik kolej dah. Dia kata teringin nak makan spaghetti. Jadi bila Secret Recipe dah diragukan kebersihannya, Aku tergerak nak ke restoran yang ini. Khabarnya boleh tahan rasa kuah spaghetti di sini.

Pertama kal…

Malaysia Tanahair-Ku

Negara-ku Malaysia,  Tanahair-ku,  Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu Darah tumpah dan aku dilahir


Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek,  tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal Aku survive,  aku ke sekolah,  aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku


Setelah dijajah oleh satu bangsa,  dijajah pula oleh dua bangsa lagi Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah,  berkat kesedaran,  berkat perjuangan,  berkat perpaduan Bangsaku dibebas,  Merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah den…

Aku dan Suka Duka Raya 2015

Dua minggu sebelum hari raya.
Aku order t-shirt raya dengan Sarcasteek.
2 helai t-shirt yang ingin aku gayakan ketika berhari raya.
Kali pertama dahulu,
dua hari dah dapat barangnya.
Itu baru Poslaju namanya.
Tetapi kali ini aku silap.
Mungkin kerana kesibukan menjelang raya,
hampir seminggu barang aku terperap di Poslaju JB.
3 hari aku tunggu.
Barang aku tak sampai2.
Dua hari sebelum raya mereka suruh aku ambil sendiri.
Itupun tanpa notifikasi.
Aku check diinternet baru tahu statusnya.
Pagi Khamis bersungguh2 aku ke Poslaju Kulaijaya.
Tetapi ofis dah tutup rupanya.
Mereka berhari raya lebih awal.
Maka berhari rayalah aku tanpa t-shirt Sarcasteek.


Perayaan hari raya tahun ini kusambut sederhana.
Tetapi jiran2 sekampung emak aku tetap seperti selalu.
Walaupun masing2 mengeluh barang mahal.
Walaupun masing2 mengeluh nilai duit  makin kecil, Makanan tetap melimpah-ruah.
Tradisi membakar bunga api dan mercun tetap diteruskan.
Berdentam-dentum sepanjang malam.
Betul juga kata Ahmad Maslan…

Aku dan Syawal 1436

Ada mata pandanglah keindahan Ada mulut berbudilah perkataan Ada hati berilah kesayangan Ada salah dan silap sudilah maafkan

Sungguh cantik sirama-rama Hinggap seekor didepan mata Kini Syawal telah menjelma Tangan dihulur maaf dipinta

Masih dalam mood beraya. Jadi kita beraya dulu. Salam kosong kosong daripada saya sekeluarga.

Aku dan Wordless Wednesday

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pada satu pagi Isnin yang meriah. Seorang lelaki warga Myanmar datang ke klinik.
Umurnya baru 25 tahun.
Datang ditemani supervisor berbangsa Melayu.
Dan seorang perempuan Myanmar sebagai penterjemah.
Supervisornya datang sebagai wakil daripada kilang.
Pihak kilang nak tahu apa penyakit pekerjanya ini.
Dah seminggu asyik ponteng kerja sahaja.

Pesakit ini dah dua kali ke klinik panel yang lain.
Mengadu sakit perut dah lebih seminggu.
Doktor klinik panel hanya beri ubat gastrik.
Kali kedua pun sama.
Doktor yang melihatnya ambil masa tak sampai seminit.
Disuruh keluar dan ambil ubat dikaunter.
Minggu lepas dia ke dibawa ke hospital besar.
Doktor di OPD pun suspect sakit yang sama.
TRO Gastric Ulcer.
Ada temujanji untuk jumpa pakar bedah.
Suggest buat scope.
Tapi temujanjinya lama lagi.
Akhir bulan lapan.

Aku memang agak skeptik dengan pesakit warga asing ni.
Masalah bahasa adalah paling utama.
Diikuti dengan simptom yang bukan2.
Kadang2 3-4 kali datang klinik atas sakit yang sama.
Aku check

Aku di Ramun Delights Kulaijaya

Ini bukan kisah Zahra. Ini kisah kawan sekolahku. Sara namanya. Dia anak peneroka Felda Bukit Ramun. Kami sama2 sekolah menengah dulu. Lepas aku masuk sekolah asrama, aku terus hilang khabar. Tahun lepas aku jumpa semula dengannya. Reunion sekolah. Dia kini sudah berjaya. Dia dah bergelar bussinesswoman. Dia ada bisnes membuat dan memasarkan kuih-muih tempatan. Bukan setakat diKulaijaya. Cawangannya ada di seluruh Johor. Di Kuala Lumpur juga ada. Di Singapura pun ada. Dia juga ada beberapa buah kilang. Pekerjanya lebih 100 orang. Semuanya warga tempatan. Hebat bisnesnya.

Ini salah satu kedainya. Lokasinya di Taman Lagenda Putra. Bersebelahan dengan IOI Mart yang dah beberapa kali bertukar nama. Kira2 3 km daripada plaza tol Kulaijaya. Sempena musim raya, Kedainya sentiasa dipenuhi pelanggan. Banyak juga bas-bas persiaran singgah dikedainya. Semata2 nak memborong aneka kuih di sini. Kebanyakan kuih dibuatnya sendiri dikilangnya. 100% menggunakan tenaga kerja anak2 felda. Confirmed buata…

Aku dan Viral Minggu Ini

Kusangka hujan hingga ke petang Rupanya panas ditengah hari Kusangka ditahan para petualang Rupanya disergah pemberi bukti
Ku sangka hujan hingga ke petang Rupanya lebat hingga ke malam Rakyat di sini tunggang-langgang Para petualang duduk berdendang
Kusangka hujan hingga ke petang Rupanya panas ditengah hari Kusangka dia hanya berhutang Rupanya cash pun dibawa lari
Kusangka salji turun di Kangar Rupanya hujan menyiram bumi Para petualang tersenyum lebar Diatas bot seronok sekali

Udang galah di Tanjung Tualang Hitam-hitam sitampok manggis Petualang bukan sebarang petualang Ini petualang panglima bugis
Tanam pinang rapat-rapat Biar senang puyuh berlari Semua bukti sudah kau dapat Pemberi bukti yang kau cari?
Dua tiga kucing berlari Mana nak sama sikucing belang Duit negara habis kau joli Harta negara kau bedal seorang
Dua tiga kucing berlari Berlari bersama encik gajah Mana petualang hendak dicari Rupanya menyorok dalam kain Kak Mah


Pergi ke bazar mencari capati Capati mamak kuahnya k…