Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Julai 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini


Pada satu pagi Isnin yang meriah.
Seorang lelaki warga Myanmar datang ke klinik.
Umurnya baru 25 tahun.
Datang ditemani supervisor berbangsa Melayu.
Dan seorang perempuan Myanmar sebagai penterjemah.
Supervisornya datang sebagai wakil daripada kilang.
Pihak kilang nak tahu apa penyakit pekerjanya ini.
Dah seminggu asyik ponteng kerja sahaja.

Pesakit ini dah dua kali ke klinik panel yang lain.
Mengadu sakit perut dah lebih seminggu.
Doktor klinik panel hanya beri ubat gastrik.
Kali kedua pun sama.
Doktor yang melihatnya ambil masa tak sampai seminit.
Disuruh keluar dan ambil ubat dikaunter.
Minggu lepas dia ke dibawa ke hospital besar.
Doktor di OPD pun suspect sakit yang sama.
TRO Gastric Ulcer.
Ada temujanji untuk jumpa pakar bedah.
Suggest buat scope.
Tapi temujanjinya lama lagi.
Akhir bulan lapan.

Aku memang agak skeptik dengan pesakit warga asing ni.
Masalah bahasa adalah paling utama.
Diikuti dengan simptom yang bukan2.
Kadang2 3-4 kali datang klinik atas sakit yang sama.
Aku check langsung tak jumpa sakitnya.
Buat ujian darah pun sama.
Hantar ke klinik kerajaan pun diagnosisnya sama sahaja.
Kalau seorang dua aku boleh layan.
Tapi kalau berderet 6-7 orang sakit yang tak masuk akal.
Boleh naik sawan aku dibuatnya.

Tapi yang ini aku ada prihatin sikit.
Riak mukanya menyedihkan.
Mesti ada sesuatu penyakit misteri yang aku perlu tahu.
Lagipun supervisornya bawa penterjemah perempuan.
Wajahnya menenangkan.
Suaranya tak menjengkelkan.
Menurutnya dia susah nak makan.
Makanan semacam susah nak masuk dalam tekak.
Malam pun tak boleh nak tidur.
Mata tak boleh tutup rapat.
Aku perhatikan mukanya.
Raut wajahnya sayu.
Rasanya berat badannya dah turun mendadak.

Sekali pandang mukanya aku dah jumpa penyakitnya.
Alhamdulilah Allah beri petunjuk kepadaku.
Kalau aku exam final year MBBS,
mesti aku jadi pelajar cemerlang A+ punya.
Mesti boleh dapat hadiah dekan.
Agak2 korang apa penyakitnya?

Tapi sebelum aku beritahu diagnosisnya,
aku check keseluruhan badannya.
Kena berlakun sekejap.
Kena tunjuk professional.
Takda demam.
Takda darah tinggi.
Nafas dan nadinya normal.
Bunyi jantungnya normal.
Perutnya agak berangin.
Dan akhir sekali baru aku suruh dia tunjuk giginya kat aku.
Aku dah pasti penyakitnya.
Mukanya herot sebelah.
Saraf muka sebelah kanannya tak berfungsi.
Mata kanannya tak boleh tutup rapat.
Tekaknya kebas.
Tiada gag reflex.
Kerut didahinya juga hilang.
Diagnosisnya?

Ini penyakitnya.

Lalu aku bincang dengan supervisornya.
Apa penyakitnya.
Apa ubatnya.
Dan bagaimana pihak kilang boleh membantunya.
Aku berharap dan berdoa supaya diagnosis aku betul.
Bukannya sakit ketumbuhan ataupun barah otak.
Bukannya sakit misteri buatan orang.
Aku beri temujanji dalam seminggu lagi.
Nak tengok ada perubahan ke tidak.



4 ulasan:

  1. macam2 jenis penyakit tapi hari ni saya dah belajar sejenis penyakit bila baca n3 Doc ni....sian gak kat pesakit tu walau pon buka rakyat kite diorng tu tetap manusia gak....

    BalasPadam
  2. Oooo....itu penyakitnya. So kalau kena macam tu...ubatnya mc dan rehat betul2 la yer Doc.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Kita tolong orang lain, Insya Allah kita akan dapat pertolongan dari Allah swt.. Ameen... Barakallah Dr !

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... Kita tolong orang lain, Insya Allah kita akan dapat pertolongan dari Allah swt.. Ameen... Barakallah Dr !

    BalasPadam