Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Julai 2015

Aku dan Suka Duka Raya 2015

Dua minggu sebelum hari raya.
Aku order t-shirt raya dengan Sarcasteek.
2 helai t-shirt yang ingin aku gayakan ketika berhari raya.
Kali pertama dahulu,
dua hari dah dapat barangnya.
Itu baru Poslaju namanya.
Tetapi kali ini aku silap.
Mungkin kerana kesibukan menjelang raya,
hampir seminggu barang aku terperap di Poslaju JB.
3 hari aku tunggu.
Barang aku tak sampai2.
Dua hari sebelum raya mereka suruh aku ambil sendiri.
Itupun tanpa notifikasi.
Aku check diinternet baru tahu statusnya.
Pagi Khamis bersungguh2 aku ke Poslaju Kulaijaya.
Tetapi ofis dah tutup rupanya.
Mereka berhari raya lebih awal.
Maka berhari rayalah aku tanpa t-shirt Sarcasteek.


Perayaan hari raya tahun ini kusambut sederhana.
Tetapi jiran2 sekampung emak aku tetap seperti selalu.
Walaupun masing2 mengeluh barang mahal.
Walaupun masing2 mengeluh nilai duit  makin kecil,
Makanan tetap melimpah-ruah.
Tradisi membakar bunga api dan mercun tetap diteruskan.
Berdentam-dentum sepanjang malam.
Betul juga kata Ahmad Maslan.
GST tak menjejaskan kemeriahan raya.


Hari raya pertamaku berkisar disekitar rumah emak dan emak mertuaku.
Dikeliling keluarga dan sanak-saudara.
Juga makanan kegemaran yang hampir sama setiap tahun.
Tahun ini dah makin berkurangan bilangan sampul raya dikeluarkan.
Anak2 saudara ramai yang dah bekerja.
Jadi semakin kurang duit raya yang keluar.
Tentunya anak2lah yang paling suka sekali.
Sampul duit raya semakin banyak.
Hasil kutipan pun semakin tebal.


Petang hari raya aku ke stesen minyak.
Isi minyak dan juga angin untuk persediaan balik kampung.
Semasa aku isi angin salah satu tayar kereta aku,
aku perhatikan seperti ada kebocoran pada nut tayar.
Macam2 usaha aku buat tetapi angin masih juga keluar.
Kalau aku biarkan pasti pancit tayar aku.
Usaha terakhir aku ialah telefon kawanku yang buka kedai tayar.
Macam-macam usaha dia ajar,
tetapi angin tetap keluar jugak.
Nasib baik ada sealer pada penutupnya.
Jadi angin berhenti keluar bila aku ketatkan penutupnya.
Malam itu juga aku bawa kereta balik ke rumah.
Esok paginya kawan aku akan tengokkan.


Awal pagi raya kedua.
Pomen aku dah tunggu dikedainya.
Dia sanggup buka kedai semata2 kerana aku.
Dan dah namanya pomen.
Dalam masa 3 saat selesai masalah.
Dia cuma ketatkan nut yang longgar.
Itu sahaja.
Nak aku perjelaskan.
Pomen aku berbangsa Cina.
Yang dah lama aku kenal.
Dia tak pernah menipuku.
Dia jujur dan ikhlas dalam perniagaannya.
Dia pun tak nak ambil upah.
Dia ikhlas menolong.


Bila kereta dah selamat untuk berjalan,
aku bertolak balik kampung.
Pukul 9 pagi aku dah masuk highway.
Kereta memang banyak tetapi perjalanan adalah lancar.
Rombongan kami ada 6 kereta kesemuanya.
30 orang kesemuanya.
Memang takut kalau saudara tahu kami yang nak datang.
Boleh roboh rumah.
Lokasi pertamaku.
Kampung Permatang Tulang, Sungai Rambai.
Ada open house dirumah saudara sebelah ayah mertuaku.
Salah seorang anaknya adalah artis rakaman.
Dior nama glamournya.
Genre K-Pop.
Selalu juga masuk tv, majalah juga suratkhabar.
Lagu2nya hanya untuk golongan muda.
Aku tak pandai nak layan lagu2 K-Pop nyanyiannya.
Cuaca masa itu memang panas terik.
Tetamu yang datang pun ramai.
Ada durian dan rambutan dihidangkan.
Tetapi cuaca memang menjengkelkan.
Rasa tak nak keluar daripada kereta.
Nak duduk dalam aircond sentiasa.


Selepas ke open house,
kami mula menziarah saudara-mara ayah dan emak mertuaku yang lain.
Jalan Hj Jaib Muar.
Melawat makcik yang sedang tenat.
Kena kanser tahap empat.
Dua hari selepas kami pulang,
beliau meninggal dunia.
Ceritanya agak tragis.
Arwah memang dah lama kena kanser payu dara.
tetapi dia rahsiakan daripada pengetahuan semua orang.
Anak2nya diberitahu oleh arwah ayahnya sebelum ayahnya meninggal dunia.
Beberapa kali anaknya bawa kehospital,
tetapi arwah enggan menjalani rawatan moden.
Arwah lebih memilih rawatan haemopathy berbanding chemotherapy.
Diakhir hayatnya,
kansernya merebak ke tulang belakang.
Masa kami melawatnya,
arwah terbaring dikatil diruang tamu.
Arwah hanya mampu membuka mata bila dipanggil.
Nasib baik salah seorang anaknya adalah jururawat.
Dia yang menjaganya.
Dia pasang IV Drip juga CBD.
Aku tak sangka,
itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya.
Arwah suaminya adalah bekas pesakitku masa aku di Hospital Muar dahulu.
Beliau menghidap sakit 3 serangkai termasuk buah pinggang.
Beliau meninggal kira2 5 tahun lepas kerana kemalangan jalan raya.
Al-Fatihah untuk kedua2 arwah.


Selepas menziarah,
kami berpindah ke Jalan Hj Abd Rahman.
Melawat sepupu wife aku.
Orang kaya.
Baru berpindah ke rumah baru.
Banglo 8 bilik.
Siap dengan kolam renang.
Siapa kata orang kita tak pandai berniaga?
Siapa kata orang kita asyik minta dipayung?
Ini buktinya.
Dia bukannya ahli politik.
Dia bukannya ahli majlis.
Tetapi perniagaannya pelbagai.
Kebun kelapa sawitnya luas.
Bisnes sewa khemah.
Bisnes homestay.
Ada rumah sewa 6 pintu.
Pendek kata memang kaya-raya.


Selepas itu kami bergerak ke Kampung Sungai Sudah pulak.
Cuaca masih panas terik walaupun hari dah petang.
Sempat juga aku melelapkan mata.
Kuih raya juga air bergas aku dah tak pandang.
Dapat bantal dan tidur sekejap kira OK dah.
Sebelum maghrib aku berpindah ke lokasi terakhir.
Taman Sri Sulong di Parit Sulong.
Perjalanan biasanya setengah jam terasa sangat jauh.
Kenderaan sangat banyak.
Jem hampir disetiap simpang dan lampu isyarat.
Nasib baik ini kawasan abang ipar aku.
Dia bawa kami ikut jalan2 dalam.
Jalan pintas untuk menuju ke Parit Sulong.
Jalan2 kampung yang tiada lampu isyarat.
Kalau ikut Waze,
hampir semua jalan mengalami kesesakan.
Line Celcom pun sama.
Line 3G ke laut perginya.
Sia-sia sahaja upgrade.


Selepas isyak,
kami bertolak pulang.
Singgah dulu makan malam di warung mamak.
Makan nasi goreng dengan telur goreng pun 5 ringgit sepinggan.
Air teh tarik pun rasa macam air kosong sahaja.
Tetapi lapar punya pasal.
Tak kuasa nak komplen.

Perjalanan balik terasa sangat jauh.
Nak keluar pekan Parit Sulong jem.
Nak keluar tol Yong Peng pun jem.
Nak lepas Simpang Renggam pun jem.
Wife dan anak2 semua dah terlelap.
Tinggallah aku tersengguk2 dibelakang stereng.
Alhamdulilah.
Lepas tengah malam barulah sampai rumah.


Hari raya ketiga dan ke empat.
Aku duduk dirumah sahaja.
Aku dan wife sekadar menunggu.
Ahli2 keluarga untuk datang bertandang.
Hari raya aku lebih suka duduk rumah.
Mengemas apa2 yang patut.
Memasak apa2 yang patut.
Masa keluarga belah wife datang,
aku tolong wife memasak.
Ayam Masak Lemak juga Daging Masak Black Pepper.
Sayur Capcai juga Sambal Belacan.
Masa keluarga belah aku yang datang,
aku juga yang tolong wife memasak.
Nasi Goreng Cina,
Yong Tau Fu,
juga Ayam Masak Black Pepper.
Tengahmalam masing2 dah kepenatan.
Tetapi puas sebab dapat menjamu tetamu yang datang.


Untuk raya kali ini,
aku jarang tengok tv.
Aku langsung tak baca suratkhabar.
Aku juga jarang bukak Whatsapp.
Sesekali aku buka FB.
Ada cerita SarawakReport dah kena blocked.
Ada cerita Yana Shamsudin cuci bilik air.
Ada cerita Chef Wan mengamuk di Twitter.
Kononnya saudara-maranya tak nak menolong kerja2 rumah.
Bangun lambat dan asyik nak makan sahaja.


Sepanjang aku duduk di rumah,
ada beberapa kumpulan budak2 datang beraya.
Dulu aku benci budak2 yang datang beraya.
Aku malas nak melayan.
Leceh.
Tetapi sekarang aku redha kalau ada budak2 datang.
Mereka datang bawa rezeki.
Aku cuba melayan mereka seadanya.
Beri kuih, beri air minuman.
Layan sembang2.
Dan budak2 ni cukup selesa bila datang rumah aku.
Mesti ada yang nak tumpang ke tandas.
Yang tumpang sembahyang pun ada.
Aku selalu pesan dengan anak2.
Zaman dahulu kala,
inilah tradisi yang aku amalkan.
Pergi beraya ke rumah jiran2.
Kadang2 sampai ke kampung sebelah.
Dapat 20 sen, 50 sen dah kira besar sangat masa itu.
Yang penting masa itu kita belajar menghormati orang tua.
Belajar memberanikan diri menegur orang yang kita tak kenal.
Cuma masa itu dapat duit bukannya nak simpan.
Kumpul untuk beli mercun.
Kumpul untuk main tikam-tikam.


Hari ini dah Raya kelima.
Hari ini aku nak berehat di rumah.
Kembalikan tenaga untuk masuk ofis esok.
Esok wife dah mula bekerja.
Esok anak2 dah kembali ke sekolah.
Maka kembali semula ke rutin asal.
Ada hutang perlu dibayar.
Ada bil perlu dibayar.
Ada yuran perlu dibayar.



Salam AidilFitri kawan2.

10 ulasan:

  1. di rumah mertua di kampung pun saya suka layan budak-budak yang datang beraya.
    meriah dan macam2 cerita semasa berkenaan kampung tu yg kita boleh tahu - ye lah, kita bukan selalu tinggal situ - hari minggu je baru balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidil Fitri Mr Abdooss.
      Kampung tuan di mana ya?

      Padam
    2. Saya? Kampung KL je.. Kg Pandan.. :)
      Tapi balik raya ke kampung isteri di Slim River... :)

      Padam
    3. Saya? Kampung KL je.. Kg Pandan.. :)
      Tapi balik raya ke kampung isteri di Slim River... :)

      Padam
  2. Salam Syawal ke 6, Dr. Meriah juga cerita hariraya ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidil Fitri Kakcik Nur.
      Semoga raya Kakcik pun meriah juga...

      Padam
  3. Salam Aidilfitri.. seronok baca kisah duka doc di hari raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam AidilFitri untuk Seri Kandi juga...

      Padam
  4. salam aidilfitri doc...ringkas dan padat
    baju tu cantik, opis dia blakang opis saya kihkihkih

    raya kali ni puas makan buah2an tempatan selain dari lauk raya dll
    kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam AidilFitri untuk Elly sekeluarga.

      Padam