Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Julai 2015

Aku dan Syawal 1436


Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah perkataan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah dan silap sudilah maafkan


Sungguh cantik sirama-rama
Hinggap seekor didepan mata
Kini Syawal telah menjelma
Tangan dihulur maaf dipinta


Masih dalam mood beraya.
Jadi kita beraya dulu.
Salam kosong kosong daripada saya sekeluarga.


1 ulasan:

  1. Dr Zoul,
    Pergi ke Loyat nak beli henfon,
    Dapat yang klon bukan yang ori,
    Salah silap harap diampun,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Lenovo Oppo jenama telefon,
    Kalau nak - beli jangan dicuri,
    Sesama kita memohon ampun,
    Hari Jumaat kita berAidilfitri.

    Polis datang bersama FRU,
    Habis lari cina dan melayu,
    Bulan Ramadhan pasti berlalu,
    Datang Syawal terasa syahdu.

    PapaGomo kena gari,
    Ali Tinju pun kena juga,
    Kalau kita sibuk berkelahi,
    Malaysia kita siapa nak jaga?

    Kena hentak menjerit aduh,
    Masuk hospital bertingkat-tingkat,
    Kita semua jangan bergaduh,
    Jom pergi open house kita makan ketupat.

    BalasPadam