Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Julai 2015

Aku dan Viral Minggu Ini

sumber: Sarawak Report
Kusangka hujan hingga ke petang
Rupanya panas ditengah hari
Kusangka ditahan para petualang
Rupanya disergah pemberi bukti

Ku sangka hujan hingga ke petang
Rupanya lebat hingga ke malam
Rakyat di sini tunggang-langgang
Para petualang duduk berdendang

Kusangka hujan hingga ke petang
Rupanya panas ditengah hari
Kusangka dia hanya berhutang
Rupanya cash pun dibawa lari

Kusangka salji turun di Kangar
Rupanya hujan menyiram bumi
Para petualang tersenyum lebar
Diatas bot seronok sekali


Udang galah di Tanjung Tualang
Hitam-hitam sitampok manggis
Petualang bukan sebarang petualang
Ini petualang panglima bugis

Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Semua bukti sudah kau dapat
Pemberi bukti yang kau cari?

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Duit negara habis kau joli
Harta negara kau bedal seorang

Dua tiga kucing berlari
Berlari bersama encik gajah
Mana petualang hendak dicari
Rupanya menyorok dalam kain Kak Mah



Pergi ke bazar mencari capati
Capati mamak kuahnya kari
Bonus FGV nak sedapkan hati
Tak tahu lepas raya nak kena lagi

Lepat pisang apam balik
Telur masin ikan gelama
Orang nak raya tak bagi balik
Rebat tol malam raya pertama

Balik raya bawa bahulu
Cadang nak makan dengan sepupu
Enam akaun dah kena beku
Polis cakap nak siasat dulu



Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang negara rakyat yang bayar
Kena kerja sampai ke mati

Baju melayu kain sampin
Baju kurung berwarna warni
Rosak negara kerana pemimpin
Rosak pemimpin kerana bini

Baju raya berwarna warni
Boleh dipakai bertukar ganti
Rosak pemimpin kerana bini
Merana rakyat kerana GST

Kuih raya buat sendiri
Buat dengan tepung GST
Rakyat sudah tak mampu berdiri
Hari-hari bayar GST



Terlebih dahulu ingin aku nyatakan.
Pantun seloka diatas bukan ciptaan aku.
Aku kutip daripada FB Dr Maza.
Dia yang mulakan.
Lepas tu diikuti oleh tukang2 komen yang lain.
Memang meriah disana.

Tetapi cuba buka dan follow tread Datuk Seri Najib.
Penuh dengan sumpah seranah.
Penuh dengan maki hamun.
Walaupun ini bulan Ramadan,
rakyat Malaysia memang langsung tak kisah.
Masing2 meluahkan perasaan masing2.

Aku sekadar pemerhati.
Nak percaya 100% macam susah nak percaya.
Nak kata fitnah sepenuhnya pun susah juga.
Aku tunggu dan lihat.
Juga teruskan berdoa.
Semoga Allah memberi petunjukNya.
Yang benar pasti benar.
Yang salah pasti akan nyata akhirnya.

Kesimpulannya senang sahaja.
Untuk raya tahun ini.
Anak-anak tak nak baju baru.
Wife pun tak nak langsir dan perabot baru.
Aku pun tak nak kereta baru.
Kami cuma nak Perdana Menteri yang baru.

Najib Tun Razak.
Muhyiddin Yassin.
Najib dah nazak.
Muhyiddin baca Yaasin.

Salam Ramadan kawan2.




1 ulasan:

  1. Rakyat dah bersuara tapi yg di sana buat tak indah....bagos pantun2 nye Doc tak jemu di baca


    BalasPadam