Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Julai 2015

Aku di Ecru Tuckshop


Dulu dekat dengan ofis aku,
Ada tempat lepak yang bagus.
Restoran berhawa dingin yang katanya halal.
Ada roti bakar.
Ada kopi pekat.
Ada makanan berat untuk tengahari.
Ada makanan ringan untuk petang.
Tetapi bila restoran tu berpindah ke tempat lain,
aku dah kehilangan tempat nak melepak.
Nak ke restoran didalam Aeon mahal sangat.
Jadi balik2 ke restoran mamak sebelah ofis aku.
Naik jemu tekak aku.
Sehinggalah aku diperkenalkan ke tempat ini.


Sekali pandang,
Aku ingat ini kedai jual sparepart kereta.
Sekali pandang juga,
Aku ingat restoran bukan melayu yang punya.
Sehinggalah anak aku beritahu.
Bila cikgu dia belanja berbuka puasa di sini bulan lepas.
Barulah aku yakin dan pasti.
Ini restoran halal milik melayu.


Hari ini hari terakhir anak sulungku pulang bercuti.
Esok dah nak balik kolej dah.
Dia kata teringin nak makan spaghetti.
Jadi bila Secret Recipe dah diragukan kebersihannya,
Aku tergerak nak ke restoran yang ini.
Khabarnya boleh tahan rasa kuah spaghetti di sini.


Pertama kali masuk,
Aku dah suka dengan suasananya.
Warna-warnanya menenangkan.
Hiasan dalamannya sedap mata memandang.
Ada ruang berhawa dingin.
Ada lagu2 tanpa lirik berkumandang.


Pilihan menunya agak banyak.
Ada masakan tempatan.
Ada masakan barat.
Ada snack.
Ada juga roti bakar.
Pilihan minumannya pun banyak.
Tetapi yang penting sekali.
Harganya sangat berpatutan.
Banyak bezanya dengan harga makanan didalam AEON.


Memandangkan aku masih kenyang,
Aku try roti bakar.
Anak perempuan pun try snack sahaja.
Nak ke open house kawannya petang ini.
Manakala Spaghetti pilihan wajib anak bujang aku.
Kalau tidak 'kempunan' kata orang jawa.


Keseluruhannya,
Tak menghampakan.
Suasana 9/10.
Makanan 8/10.
Layanan 8/10.
Harga 9/10.
Di sini ada kawasan sofa untuk duduk2 sambil membaca.
Kawasan merokok pun ada disediakan didepan restoran.
Dan satu lagi,
WiFi di sini memang pantas.
Laju giler.
Akhirnya aku jumpa.
Restoran milik melayu yang setaraf dengan milik bukan melayu.
Sempurna daripada segi dekorasi, pilihan makanan juga harga yang berpatutan.


Lokasi restoran mudah sahaja.
Bersebelahan dengan AEONKulaijaya.
Sederet dengan OCBC Bank.
Kalau dah biasa ke Manhattan atau Vivo dalam Aeon,
Suasana di sini adalah lebih baik.
Harga makanan pun jauh lebih murah.
Cubalah try.


Salam hujung minggu kawan2.




4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Buka 8:30 pagi hingga 10 malam.
      Tak pasti pulak tutup hari apa...

      Padam
  2. kelihatan nyaman aje suasana nya...mknnya pun mcm sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni nak try Meatball.
      Katanya boleh lawan yg kat IKEA.
      Waulahualam.

      Padam