Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Julai 2015

Aku di Ramun Delights Kulaijaya

Ini bukan kisah Zahra.
Ini kisah kawan sekolahku.
Sara namanya.
Dia anak peneroka Felda Bukit Ramun.
Kami sama2 sekolah menengah dulu.
Lepas aku masuk sekolah asrama,
aku terus hilang khabar.
Tahun lepas aku jumpa semula dengannya.
Reunion sekolah.
Dia kini sudah berjaya.
Dia dah bergelar bussinesswoman.
Dia ada bisnes membuat dan memasarkan kuih-muih tempatan.
Bukan setakat diKulaijaya.
Cawangannya ada di seluruh Johor.
Di Kuala Lumpur juga ada.
Di Singapura pun ada.
Dia juga ada beberapa buah kilang.
Pekerjanya lebih 100 orang.
Semuanya warga tempatan.
Hebat bisnesnya.


Ini salah satu kedainya.
Lokasinya di Taman Lagenda Putra.
Bersebelahan dengan IOI Mart yang dah beberapa kali bertukar nama.
Kira2 3 km daripada plaza tol Kulaijaya.
Sempena musim raya,
Kedainya sentiasa dipenuhi pelanggan.
Banyak juga bas-bas persiaran singgah dikedainya.
Semata2 nak memborong aneka kuih di sini.
Kebanyakan kuih dibuatnya sendiri dikilangnya.
100% menggunakan tenaga kerja anak2 felda.
Confirmed buatan tempatan.
Jadi.
Sokonglah.


Dekorasi kedainya cantik.
Aku suka pilihan warnanya.
Juga kertas dindingnya.
Nampak moden.
Didalam kedainya.
Aneka kuih disusun diatas meja.
Diatas rak.
Didalam peti sejuk.
Didalam ruang kaca.
Juga diluar kedai.
Suasana memang meriah.
Rambang mata nak memilih kuih kegemaran.
Para pekerjanya juga ramah-tamah.


Khabarnya Tart Nanas disini adalah signature dish.
Khabarnya kalau beli sebalang mesti tak cukup.
Kena ulang beli dilain kali.


Kuih2 tradisional.


Kerepek2.


Kek lapis, 
Kek gulung,
Kek coklat.


Kek Lapis JDT pun ada.


Kebetulan masa aku sampai.
Tauke kedai ada bersama.
Sempatlah sembang2 sekejap.


Sara.
Kecil molek sahaja orangnya.
Tapi bersemangat waja.
Juga tinggi wawasannya.
Jadilah seperti Sara.
Bukannya jadi seperti Zahra.
Yang asyik mengeluh dan minta dipayung.
Hidup mencari peluang.
Bukan mencari alasan.

Salam akhir Ramadan kawan2.


2 ulasan:

  1. Usaha tangga kejayaan. Bukan kederat jer...doa dan attitude pun usaha juga.

    BalasPadam
  2. tahniah .... usaha tangga kejayaan

    BalasPadam