Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Julai 2015

Aku ke Gedung Tekstil Jakel Skudai


Pukul 4 petang hari Jumaat.
Aku tiba di Jakel Skudai yang letaknya bersebelahan dengan Plaza Angsana.
Gedung ini saaangat besar.
Sebaris kedai 10 pintu jadi milik mereka sahaja.
Ada 3 tingkat kesemuanya.
Ada juga khemah besar didirikan untuk menjual karpet mega.
Pendek kata semua kelengkapan raya ada di sini.
Seperti yang diiklankan ditv,
Orang memang ramai datang ke sini.
Kenderaan penuh disekeliling bangunan.
Manusia jangan ceritalah.
GST langsung tak menjejaskan kuasa membeli rakyat kita.
Kenaikan harga minyak pun sama.
Raya lebih penting.
Cerita ekonomi lepas raya nanti cerita lepas raya.


Aku ingat tahun ini nak recycle sahaja baju raya tahun lepas.
Tapi anak2 tak setuju.
Wife pun tak setuju.
Lagipun anak2 masih lagi membesar.
Baju tahun lepas dah tak muat.
Seluar dah singkat.
Baju dah ketat.
Tak macam bapaknya.
Baju melayu 10 tahun dulu masih boleh pakai lagi.


Tahun ini nampak gayanya kena beli baju raya Nabil.
Takpun baju raya Aaron Aziz.
Macam2 warna ada.
Macam2 jenis kain ada.
Harga paling murah RM 99.00.
Harga paling mahal RM 199.00.
Siap dengan butang dan kain sampin 'percuma'.
Pilih punya pilih warna,
Kebanyakan saiz dah takda.
Jadi tahun ini warna tak sedondon nampaknya.
Tak kisahlah.
Yang penting tahun ini aku bergaya seperti Aaron Aziz.


Dengan setiap pembelian,
Aku diberi satu borang.
Ada cabutan bertuah.
Tak payah jawab soalan ke apa.
Tulis nama dan no telefon sahaja.
Ada rezeki nama naik.
Boleh beraya kat luar negara.


Nasib baik wife tak ajak naik ke tingkat atas.
Kalau tidak berbuka puasa dalam kedai gamaknya.
Tapi sebelum balik,
Aku pusing2 kat kedai2 lain di sekitar Jakel.
Ada banyak kedai2 baru dibuka.
Kedai2, butik2, juga jenama2 tudung yang selalu masuk tv,
Semua ada kedainya disekitar Jakel.
Sediakan duitnya sahaja.

Sebelum balik,
Aku singgah ke Bazaar Ramadan di Plaza Angsana.
Ini kali pertama untuk tahun ini aku ke bazaar Ramadan.
Memang betul.
Harga makanan dah mencanak naiknya.
Nasi Ambeng dah RM 6.00 sebungkus.
Ayam golek dah RM 22.00 seekor.
Bubur nasi dah RM 4.00 semangkuk.
Tapi nak tak nak kena beli jugak.
Kalau tidak nak makan apa?
Pak menteri kata,
kalau tak nak bayar GST,
cari barang yang tak kena GST.
Pak menteri kata,
kena pandai memilih.
Kena jadi pengguna yang bijak laksana.
Boikot kedai menjual barang yang mahal.
Tapi sana-sini semuanya mahal2 belaka.
Pak menteri kata,
kalau dah tak suka duduk Malaysia,
pindah sahaja ke planet Pluto.
Aku memang ada cadangan nak pindah.
Tapi nak pergi naik apa?
Minyak pun dah mahal.
Tak cukup bajet nak isi penuh tank kereta aku.

Salam hujung minggu kawan2.





4 ulasan:

  1. Ada jugak kroni2 pak menteri yg bagi saranan tahun ni kalau bole jgn balik raya dikampong...jimat minyak...jimat tol....terkedu saya yg mendengo....kalau la ada planet lain yg bole dihuni kompom saya pindah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea sangat bernas.
      Tak payah balik kampung.

      Idea sangat bernas.
      Mati masuk neraka.
      Sebab derhaka kepada orang tua.

      Padam
  2. sy belum sempat jejak Jakel & Angsana lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak datang,
      kena awal.
      Seboleh2nya saing dengan jaga bukak pintu.
      9:30 pagi.
      Parking senang.
      Manusia pun belum ramai.
      Lepas tu boleh duduk situ seharian.
      Memang shopping sakan.

      Padam