Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Julai 2015

Aku ke TempatanFest 2015 Johor Bahru

Sejak dua minggu yang lalu.
Anak2 bujang aku asyik ingatkan aku.
Mereka nak pergi shopping baju raya.
Bukannya di Aeon atau Angsana.
Bukannya nak baju Levi's ataupun Giordano.
Bukan baju jenama antarabangsa.
Tetapi baju jenama tempatan.
Jenama yang hanya gah dalam internet.
Jenama yang jarang didengar di media massa.


Tempatan Fest.
Khabarnya dah lebih 2 tahun menjelajah negara.
Bazaar jenama tempatan.
Menjual produk2 hasil kreativiti anak2 tempatan.
Baju dan t-shirt terutamanya.
Untuk kali ini.
Ianya diadakan di Puteri Harbour Nusajaya.
Untuk dua hari sahaja.


Petang hari Sabtu.
Dengan gigihnya aku bawa famili aku.
Masing2 dah target jenama kegemaran masing2.
Nak beli t-shirt sehelai dua.
Kalau dapat lebih lagi bagus.
Aku tiba dilokasi kira2 jam 3 petang.
Manusia memang ramai.
Terutamanya anak muda belia.
Masing2 dengan gaya terkini masing2.
Yang datang berlenggang.
Yang pulang dengan berbagai beg ditangan.
Mereka memang datang untuk membeli.
Bukannya untuk santai mencuci mata.


Dilaluan pejalan kaki dibelakang bangunan Little Red Cube.
Sederet khemah didirikan.
Ada 100 meter panjangnya.
Didalam khemah,
gerai2 jualan dibuka dalam dua barisan.
Lokasi jualan agak sempit.
Laluan untuk berjalan kaki pun sama.
Suasana agak sesak dan gelap.
Maklumlah dalam khemah.
Tetapi itu tak jadi halangan.
Masing2 dah tahu hala tuju masing2.
Masing2 mencari jenama pilihan masing2.
90 peratus peniaga adalah bumiputera.
90 peratus memperdagangkan t-shirt jenama masing2.
90 peratus pengunjung adalah anak muda belia.


Setiap gerai ada identiti masing2.
Setiap gerai ada pengikut masing2.
Setiap gerai ada keunikan masing2.
Hampir semua jenama aku memang tak pernah dengar.
Tetapi banyak yang dah famous didalam internet.
Anak2 aku kenal kebanyakkannya.
Melalui Instagram juga FB.
Abstraxx, Akudesign, Supersunday, etc.
Nak tahu jenama tu famous ke tidak,
tengok berapa luas gerainya.
Juga berapa panjang orang beratur nak membayar dikaunter.


Tempatan Fest memang untuk golongan muda.
Orang2 tua seperti aku hanya layak duduk di tepi.
Menunggu anak2 memilih jenama pilihan masing2.
Harga barang lebih kurang sama sahaja.
RM 40 - RM 60 untuk sehelai t-shirt cotton.
RM 80 untuk t-shirt lengan panjang.
RM 100 untuk sweat shirt dan hoody.
Tiada tawar menawar harga.
Harga adalah nett.
GST included.
Dan anak kata lebih mahal jika beli online.
Setiap kali beli barang,
akan dapat satu beg percuma.
Yang unik untuk setiap jenama.
Juga akan dapat sticker jenama.
Boleh ditampal dimana2.


Aku kagum dengan kesungguhan anak2 muda ini.
Kreativiti mereka memang sangat cemerlang.
Jenama mereka sangat simple tetapi senang nak ingat.
Kebanyakannya guna bahasa mudah.
Bahasa kebangsaan.
Bahasa inggeris agak kurang digunakan.
Design t-shirt mereka pun memang cantik2.
Bukan setakat gambar tengkorak dan gambar tulang sahaja.
Design yang ada makna.
Sayangkan bangsa,
sayangkan agama,
sayangkan negara.
Aku tak sempat nak ambil gambar macam2.
Manusia terlalu ramai.
Ruang pun agak terhad.


Pukul 4:40 petang.
Aku bertolak balik.
Masing2 dapat t-shirt 2 helai seorang.
Sebelum balik sempat juga singgah tengok apa ada di dalam bangunan.
Banyak juga kedai2 berjenama dah dibuka.
Aku pernah datang sekali dulu.
Masa itu Theme Park kat dalam baru buka.
Memang dah banyak bezanya.


Apa-apapun.
Sokonglah jenama tempatan.
Belilah barangan tempatan.
Takda ruginya.


2 ulasan: