Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Julai 2015

Aku Menyokong Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin



KENYATAAN MEDIA

YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah 

memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan

sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, 

pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan 

dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas 

sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya 

daripada kabinet dengan hati yang terbuka. 

Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik 

dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, 

saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan 

dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. 

Selama saya berkhidmat, 

saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam 

mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. 

Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet 

maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. 

Sebagai Timbalan Presiden UMNO, 

saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya 

dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti 

serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

Biar hilang jawatan
Jangan hilang maruah.
Biar hilang jawatan
Jangan hilang pegangan.
Biar hilang jawatan
Jangan hilang prinsip.
Biar hilang jawatan
Jangan hilang pendirian.

Biar tiada jawatan
Jangan hilang sokongan.
Biar tiada jawatan
Jangan diri dipersendakan.
Biar tiada jawatan
Jangan negara digadaikan.
Biar tiada jawatan
Jangan UMNO dikuburkan.

Buat apa ada jawatan
Kalau prinsip diri dikorbankan.
Buat apa ada jawatan
Kalau hanya berani menjadi pak turut.
Buat apa ada jawatan
Kalau sana-sini rakyat persendakan.
Buat apa ada jawatan
Kalau negara terpaksa digadaikan.

Aku orang Johor.
Aku tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berani kerana benar.
Berani kerana yakin.
Berani kerana pasti.
Memburuk-burukkan Tun M adalah satu kesilapan.
Menutup cerita-cerita 1MDB adalah satu kesilapan.
Aku setuju dengan Tan Sri.
Kalaulah semua cerita itu tidak benar.
Beritahulah yang benar.
Bukan setakat menafikan sahaja.
Bukan setakat menunggu siasatan pihak polis.
Bukan setakat menunggu siasatan SPRM.
Bukan setakat menunggu siasatan PAC.
Mana hasil siasatannya?
Mana keputusannya?

Aku tak bodoh.
Ramai rakyat Malaysia yang tak bodoh.

3 ulasan:

  1. Benih yang baik - campak ke laut menjadi pulau, lontar ke langit menjadi bintang, jatuh ke daratan menjadi pohon yang berbuah dan rendang...
    Semoga Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dapat peluang lain untuk berjasa.
    Ameeeen.

    BalasPadam
  2. Episod drama makin panas nampak sangat sandiwara tindas menindas di situ...kipas2 jgn ckp la laju macam kipas kdk lima bilah anginnye....dasar tak tahu malu begitu la kalau anak jantan berundur la secara aman.....abis kacau bilau di buatnye...tunggukan kemarahan rakyat malaysia

    BalasPadam
  3. kami akan tetap menyokong TSMY

    BalasPadam