Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Ogos 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini


Petang hari Jumaat yang lepas,
aku kena memandu keluar daerah.
Ke Puncak Perdana Shah Alam.
300km daripada rumah.
Ada satu event besar perlu aku hadiri.
Banyak jemputan open house aku korbankan.
Kelas tambahan PT3 pun aku suruh anak aku 'tuang'.
Semuanya demi anak saudara aku yang seorang ini.
Memandangkan masing2 ada urusan dan perancangan masing2,
giliran aku pula bawa emak dan bapa mertua aku.
Cucu saudara aku yang sulung pun aku bawa sekali.
Bolehlah menjadi penghibur sepanjang perjalanan.
Anak2 aku rajin melayan dia.
Jadi dia langsung tak meragam.


Sampai di RnR Ayer Keroh,
sebahagian saudara aku sedang menunggu.
Jadi aku berkonvoi 3 kereta menuju Shah Alam.
Semakin menghampiri lokasi,
kenderaan semakin banyak.
Jalan semakin membingungkan.
Maklumlah ini pertama kali aku melalui jalan ini.
Ada Waze pun tak boleh nak pakai.
Sebab lokasi tujuan tak cukup spesifik.


Pukul 8.30 malam.
Aku tiba dilokasi persinggahan.
Tuanrumah dah sediakan satu rumah homestay untuk kami.
Rumah teres lot tepi 4 bilik.
Budiman Homestay namanya.
Lokasinya di U10 Alam Budiman Shah Alam.
Rumahnya luas.
Biliknya kemas dan selesa.
Ada ruang tamu, ruang makan,
juga ruang keluarga ditingkat atas.
Setiap bilik ada penghawa dingin juga kipas.
Ada mesin basuh.
Ada peti sejuk.
Ada sterika.
Ada juga peralatan untuk memasak.
Walaupun lebih 30 orang diisi,
tidak terasa sempitnya.
Tempat letak kereta pun banyak.
Tak sampai mengganggu jiran2.


Sebelum bertolak,
Chef Yatie dah siapkan makanan untuk semua orang.
Habis periuk belanga besar2 diangkutnya.
Malam itu semua orang kekenyangan.
Ayam Masak Kicap, Sayur Lemak Labu dan Sambal Belacan.
Apa lagi nak?
Esok paginya ada sarapan Nasi lemak dan Nasi Goreng.
Kalah duduk hotel 5 bintang.


Lepas makan malam,
sebahagian saudara perempuan menyiapkan gubahan hantaran.
Simple sahaja.
5 dulang kesemuanya.
Permintaan pihak perempuan.
Tak nak hantaran banyak2.
Maklumlah jauh.
Susah nak bawa.
Malam itu juga,
ada saudara-mara yang duduk sekitar KL/Shah Alam datang menziarah.
Kemeriahannya macam duduk kat rumah sendiri.


Pagi hari Sabtu.
Makin ramai saudara-mara yang hadir.
Yang datang daripada Johor pun ada.
Bila dikira,
lebih sepuluh kereta mengiringi rombongan meminang.
Rombongan paling besar setakat ini.


Pukul 11 pagi.
Kami bertolak ke rumah pihak perempuan.
Lokasinya tak jauh daripada rumah homestay rupanya.
Pihak lelaki semuanya bersemangat dengan baju melayu.
Pihak perempuan pun sama.
Lengkap bersongkok dan bersampin.
Tapi majlisnya simple sahaja.
Semuanya dah dipersetujui sebelum kami datang.
Jadi kedatangan kami sekadar menyempurnakan adat sahaja.
Pihak lelaki diwakili oleh YB Maamat Saleh yang dah sangat biasa dengan tugasnya.
Pantun2 semua dihujung lidah sahaja.
Pihak perempuan pula diwakili oleh abang dan adik-beradiknya yang lain.
Dah namanya orang muda.
Semuanya direct to the point.
Tak payah nak berkias2 bagai.


Pukul 1 tengahari.
Majlis akhirnya disempurnakan.
Selepas majlis berakhir,
semua membawa haluan masing2.
Ada yang terus balik ke Johor.
Ada yang sambung pergi beraya.
Ada yang pergi shopping di Jalan TAR.
Manakala aku rehat dirumah homestay sampai petang.
Cadangnya nak beraya rumah kawan di Ampang.
Tetapi baru aku teringat.
Hari ini aku kena kerja.
Anak2 nak pergi sekolah.
Jadi pukul 3 petang,
aku pun bertolak balik ke Johor.

Pukul 10 malam.
Aku selamat sampai di rumah.
2 minggu lagi.
Ada sambungan kisah cinta di Kuantan.
Ada rombongan pengantin lelaki nak menyerang Kuantan pula.
Kesudahan kepada cerita ini.

Salam hujung minggu kawan2.


3 ulasan:

  1. wah... simple dan meriah....

    otomen tu .. buat hantaran jugak ke..?!.. hehehee

    BalasPadam
  2. meriahnye .....
    semoga semua selamat ...

    BalasPadam
  3. seronoknye berkumpul ramai2 camni mesti riuh rendah jadinye....selamat bertunang pada anak buah Doc

    BalasPadam