Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Ogos 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini


Hujung minggu ini aku berehat-rehat di rumah sahaja.
Dan bila anak-anak tahu minggu ini takda nak ke mana-mana,
maka mereka pun mengatur rancangan.
Menjemput kawan-kawan sekolah untuk datang beraya.
Sebenarnya dah beberapa kali mereka merancang,
tetapi program asyik tergendala sahaja.
Maklumlah.
Tuanrumah pun nak pergi beraya jugak.


Walaupun sekadar kawan anak-anak nak datang,
nak tak nak kenalah buat persiapan.
Mengemas rumah serba-sedikit.
Memasak makanan serba-sedikit.
Tak seronok kalau kena makan kuih raya sahaja.
Aku masak Spaghetti Daging sebagai memenuhi permintaan.
Aku juga buat Nasi Goreng Cina.
Manakala wife mengGoreng Ayam guna rempah kari yang diimport daripada Pulau Pinang.
Memang terangkat menu kali ini.


Lepas sembahyang Jumaat.
Kawan anak-anak mula sampai.
Ada yang dihantar sendiri oleh ibubapa masing-masing.
Ada juga yang berkenderaan sendiri.
Hampir 30 orang kesemuanya.
Termasuk seorang guru pengiring daripada asrama sekolah.
Meriah memang meriah.
Tetapi budak-budak zaman sekarang.
Bila berjumpa kawan-kawan.
Nombor satu mesti nak ambil gambar.
Selfie dan wefie.
Lepas tu makan.
Lepas tu ambil gambar lagi.
Lepas tu makan.
Cukup masa balik.


Selepas habis budak-budak balik.
Aku bergegas pulang ke kampung.
Ada majlis Aqiqah cucu saudaraku yang ke-3.
Ada bacaan Yaasin dan Tahlil.
Lepas tu ada majlis potong jambul.
Dua ekor kambing disembelih.
Dimasak manis.
Lalu dijamu kepada jiran tetangga yang hadir.
Lepas habis majlis,
aku bergegas balik semula ke rumah.
Anak-anak ada sekolah ganti pada pagi Sabtu.
Ada sambutan hari raya disekolah.


Hari Sabtu aku pun duduk rumah sahaja.
Cuci kereta.
Cuci kandang kucing.
Wife pulak takda.
Dia pergi reunion dan perjumpaan hari raya kawan-kawan sekolah lamanya.
Dia ada juga mengajak aku.
Tetapi ini kawan sekolahnya masa di tingkatan menengah rendah.
Aku tak kenal mereka.
Jadi aku biarkan sahaja wife pergi sorang2.
Dia bukannya ada ex-boyfriend masa sekolah dulu.
Takda nak jealous.
Lepas ambil anak-anak balik sekolah,
aku repeat ke Restoran Ecru Tuck.
Aku try Meatball yang sekali pandang macam jemput-jemput sahaja.
Aku juga try Kuey Teow Chicken Soupnya.
Memang boleh datang lagi.
  

Balik rumah aku terus mengadap tv sampai malam.
Tengok Masterchef Australia S7 secara marathon.
Sekarang dah episod ke 50.
Dah hampir menuju ke final.
Dah tinggal 8 orang peserta.
Ada sekali tu hakim jemputannya datang daripada Malaysia.
Dia buat roti jala.
Tetapi dah dimodenkan.
Gila berselera orang Australia makan dengan kari.
Aku kagum dengan kesungguhan orang Australia dalam bidang masakan.
Umur 9 tahun dah pandai masak macam-macam.
Buku-buku resepi dibaca dan dikaji.
Pakar-pakar masak menjadi idola mereka.
Semua benda boleh dijadikan hidangan.
Malah semut pun boleh jadi hidangan lazat.

Sehari dua ini badan aku dah mula meragam.
Bermula dengan sakit tekak.
Lepas tu demam.
Lepas tu batuk.
Kini badan dah sakit-sakit.
Dah 2 papan Paracetamol aku telan.
Rasanya aku nak kena ambil MC sehari dua ini.


1 ulasan:

  1. Meriah juga tu Doc.... Bila MC, kena rehat Doc...bukannya buat aktiviti di rumah tau. Tapi, bisnes sendiri ni, tak ada pula nak susah hati boss nak pantau appraisal kan....

    BalasPadam