Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Ogos 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Kalau ikutkan jadual asal.
Hujung minggu ini aku ke Kuantan Pahang.
Ada urusan majlis perkahwinan anak saudara aku.
Tetapi memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Aku tak dapat turut serta.
Minggu lepas aku ambil MC dua hari.
Makan Paracetamol dan Actifed banyak-banyak.
Dan duduk berehat sahaja dirumah.
Melalui group Whatsapp,
dapatlah aku tengok live majlis pernikahan di Pahang.
Lebih mudah dan ringkas.
Jauh beza dengan majlis orang Johor.
Selain akad nikah,
banyak lagi akad yang kena baca.
Pengantin lelaki,
pengantin perempuan,
bapak pengantin.
emak pengantin pun kena baca akad jugak.


Alhamdulilah.
Hari Sabtu aku dah hampir pulih sepenuhnya.
Walaupun berehat di rumah,
anak-anak penuh dengan aktiviti.
Ada nak pergi rumah kawan punya open house.
Ada nak pergi berlatih silat.
Ada nak pergi ke kelas tambahan.
Nasib baik wife boleh bawa kereta.
Jadi dialah yang kena jadi driver.


Pagi hari Sabtu.
Aku sempat memenuhi undangan ke satu majlis perkahwinan. 
Salah seorang doktor paling senior dalam rangkaian klinik.
Anak sulung.
Seorang doktor.
Berkahwin dengan engineer.
Majlis dibuat di dewan Kg Pasir.
Dan memandangkan aku menemani VIP.
Aku pun berlagaklah jadi VIP juga.
Menumpang kenderaan dia.
Siap ada driver lagi.
Kereta pun terus parking kat depan pintu dewan.
Masa aku sampai kehadiran tetamu belum ramai lagi.
Makanan pun baru sahaja dihidangkan.
Ada untung dan ada ruginya jadi VIP ni.
Nak kena jaga adat dan tertib.
Makan tak boleh ambil banyak-banyak.
Segan dengan VIP yang makan tak banyak.
Maklumlah ada banyak lagi event perlu dihadiri.


Petang Sabtu.
Aku bawa anak-anak ke Aeon.
Masing2 merengkek2 sebab dah 2 minggu asyik kat rumah sahaja.
Anak lelaki ajak tengok wayang.
Anak perempuan ajak makan pizza.
Jadi mula2 beli tiket wayang dulu.
Lepas tu singgah di Vivo Pizza.
Memang dah berkurun aku tak makan pizza.
Aku dah serik order pizza guna PHD.
Hampir 2 jam pizza baru sampai.
Itupun dah sejuk.
Kerak makin tebal.
Topping makin nipis.
Harga jangan ceritalah.
Berlainan dengan pizza di sini.
Semuanya seimbang.


Pukul 8 malam.
Aku masuk TGV Kulaijaya.
Menonton filem terbaik tahun ini.
Jalan cerita yang bagus.
Penjahat bukannya dikalangan orang Islam.
Penjahatnya bukannya orang Russia.
Penjahatnya ialah bekas agen perisik jugak.
Ditambah lagi dengan aksi stunt yang bagus.
Aksi menunggang motosikal yang bagus.
Aksi merosakkan kereta BMW baru yang menyeronokkan.
Dan yang penting,
kesudahan cerita yang memuaskan hati.
Dalam banyak2 filem Mission Impossible,
padaku inilah yang terbaik.
Walaupun ramai orang mati dalam filem ini,
takdalah adegan2 pecah kepala ataupun darah bertaburan.
Love scene pun takda.
Itu semua dah tak perlu jika jalan ceritanya menarik.
Malaysia pun ada disebut dalam filem ini.
Ada adegan di Menara Kuala Lumpur.
Ada juga kisah kapalterbang hilang.
Kisah duit 2.6 billion pun ada.
Jadi kalau ada sesiapa nak tahu mana datang duit 2.6 billion dalam akaun perdana menteri,
tontonlah filem ini.

Salam hujung minggu kawan2!




2 ulasan:

  1. byk aktiviti hjung minggu tu..

    BalasPadam
  2. Lama dah tak tengok wayang T__T keluar movie baru hapa pon tak tahu

    BalasPadam