Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Ogos 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Untuk keluarga besar Hj Yusop,
majlis perkahwinan adalah aktiviti keluarga yang ditunggu-tunggu.
Tahun ini sahaja akan ada empat majlis besar dirumah yang berlainan.
Dimulakan dengan majlis yang ini.
Majlis perkahwinan Shazriq dan Nurdiyana.

Untuk keluarga besar Hj Yusop,
belum pernah ada majlis dibuat didewan.
Belum pernah ada majlis guna wedding planner.
Belum pernah ada majlis guna katering.
Semuanya kami buat sendiri.
Daripada A hingga ke Z.
Daripada urusan masak-memasak,
melayan tetamu,
menyambut pengantin,
mengemas meja,
mengemas pinggan mangkuk dan belanga,
semuanya diuruskan oleh saudara-mara dan jiran tetangga.
Tanpa mengharap bayaran.
Tanpa mengharap sebarang imbuhan.

Hari jumaat persiapan bermula.
Masa aku sampai petang itu,
jiran-tetangga dah penuh didapur.
Menyiang dan membasuh ayam,
memotong daging,
mengopek bawang,
menyusun meja dan kerusi,
pendek kata ada sahaja kerja yang perlu dilakukan,
memang sentiasa ada pekerjanya.
Sampai tengah malam pun,
suasana masih lagi meriah.
Masing-masing bekerja tanpa rasa penat.

Sepuluh tahun dulu,
aku antara yang paling rajin buat kerja.
Tapi kini tak lagi.
Aku hanya memantau anak-anak saudara buat kerja.
Masing-masing dah boleh diharap.
Lagipun aku masih belum sihat sepenuhnya.
Batuk dan selsema aku masih belum reda.


Hari Sabtu.
Majlis berlangsung dengan cukup meriah.
Ini kali keempat Pak Ngah buat kenduri kahwin anaknya.
Jadi taklah kelam-kabut sangat.
Bahagian menyambut tetamu ada yang urus,
bahagian jaga makanan atas meja ada yang urus,
bahagian jaga air minuman ada yang urus,
bahagian jaga meja pengantin ada yang urus,
jadi aku sekadar usung kamera kesana-sini.
  

Untuk majlis kali ini,
Pak Ngah aku dah tak sewa set karaoke.
Dia hanya panggil seorang DJ dengan set audio paling minimum.
Hanya lagu-lagu nasyid dan ketuhanan sahaja didendangkan.
Tiada lagu2 moden.
Tiada joget lambak.
Tiada live band.
Tiada juga sessi berkaraoke seperti tahun-tahun sebelumnya.


Untuk kali ini juga.
Ada hidangan istimewa.
Roti Jala dibuat on the spot.
Dicicah dengan kari panas-panas.
Sangat sedap.
Beberapa kali aku tambah.
Sampai terlupa nak ambil nasi.



Majlis berakhir kira-kira jam 5 petang.
Ketika jiran tetangga dah balik,
ketika saudara-mara yang jauh dah balik,
kami menyambung tugas.
Mengemas depan dan belakang.
Mengemas luar dan dalam.
Tradisi lama dikekalkan.
Periuk belanga yang besar-besar,
pengantin kena cuci.
Zaman aku dulu masak guna dapur kayu.
Periuknya lebih hitam berbanding sekarang.
Untung pengantin zaman sekarang.
Malam-malam boleh senang lenang.
Kalau tidak sakit belakang menyental bontot periuk.


Malam minggu.
Ada perlawanan terakhir liga perdana musim ini.
JDT lawan Felda United.
Baru minit ke -10,
JDT dah ketinggalan 2-0.
Pemain pun dah tinggal 10 orang.
Dan kesudahannya JDT tewas 1-2 malam itu.
Namun kalau dah rezeki tak kemana.
Saingan terdekat iaitu Pahang pun tewas juga.
Jadi JDT kekal menjadi juara Liga Super untuk kali ke-2 berturut-turut.
Dalam Whatsapp meriah dengan cerita palsu.
Johor cuti umum lagi.
Konon sumber berita dari Bernama lagi.


Hujung minggu yang memenatkan.
Demam dan batuk aku semakin teruk.
Malam lebih teruk.
Nampaknya aku kena lebih berdisiplin untuk makan ubat.
Kalau tidak kena sambung MC.



4 ulasan:

  1. Syabas JDT dan penyokong2nya... walaupun tewas kepada Felda United (saya staff Felda KL ) he he :D

    BalasPadam
  2. Salam Dr.

    Saya ada terbaca mengenai isu Dr dengan perjanjian JPA dekat entri Dr yang lama. Saya scholar JPA jugak and currently saya sdg berkhidmat dalam kerajaan tetapi dengan jawatan yang tidak setaraf dengan kelayakan saya sbg pemegang degree (sy dpt jawatan untuk kelayakan SPM). Pada awalnya saya terima offer kerja atas dasar ingin serve the bond and serve rakyat, tapi malangnya tmpt sy bekerja skrg akan dipindahkan ke Penang. Saya sudah menetap di JB dan bersuami, memikirkan keluarga, kewangan, high living cost in Penang saya decide nak letak jawatan.

    Saya bekas pelajar luar negara, and mmg x mampula nak bayar balik gantirugi biasiswa secara lump sum in 60 days. 400k tu. hum. Boleh saya taw mcm mana Dr buat rayuan untuk bayar balik secara ansuran? Dr boleh email sy di lailasukri21@gmail.com.

    Thank you Dr. Harap sangat boleh dpt guide and pandangan Dr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Laila Sukri.

      Saya simpati dengan masalah anda.
      Saya kurang pasti kenapa JPA beri jawatan yg tak setaraf dengan kelulusan anda.
      Nak berhenti dengan kerajaan tak susah.
      Hantar surat rayuan.
      Paling mudah hantar email.
      Terus direct kepada pengarah.
      JPA tak zalim.
      So far takda yg kena masuk court sebab langgar perjanjian.
      Saya dapat surat pun selepas 7 tahun saya berhenti kerja.
      Dua kali hantar surat suruh bayar,
      dua kali saya hantar surat rayuan.
      Langsung takda jawapan.
      Kali ketiga saya hantar email.
      Dalam 24 jam dapat jawapan.
      Rayuan diterima.
      Bayar ansuran tanpa interest.
      Tapi hutang saya tak banyak.
      Tak sampai 100 ribu pun.
      Jangan takut.
      Kerajaan tak zalim.
      Anda boleh argue.
      JPA patutnya sediakan kerja yg setaraf dengan kelulusan.
      Juga gaji yg sepadan.
      Bukannya ikut kekosongan.

      Semoga berjaya.

      zouldahan

      Padam
    2. Terima kasih Dr kerana sudi membalas pertanyaan saya. In shaa Allah saya akan cuba usahakan apa yang patut. Saya sangat hargai pertolongan Dr.

      Padam