Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Ogos 2015

Aku dan Isu Minggu Ini: Derma 2.6 Billion

Apa nak jadi ni.
Satu dunia memandang kita.
Kalau dulu kisah kapalterbang hilang.
Kini kisah duit berbillion billion yang hilang.
Pada sesetengah orang duit tu taklah banyak mana.
Tetapi bagi kebanyakan rakyat marhaen seperti aku,
yang nilaian duit ringgitnya semakin menyusut hari ke hari,
nilai billion adalah sangat2 besar.
Seumur hidup pun makan tak habis.

Dulu rakyat dihambat dengan GST.
Harga barang naik mendadak.
Minyak petrol pun asyik naik sahaja.
Dan ketika rakyat diperah,
para pemimpin hidup bermewah-mewah.
Joli sana-sini.
Beli jet baru.
Buat majlis kahwin tahap dewa.
Rakyat bising kerana pemimpin cakap tak serupa bikin.
Rakyat disuruh berhemah bila berbelanja,
tetapi bukan mereka.
Sampai sekarang GST masih menjerat leher.
Kanan kiri atas bawah depan belakang.
Semua kena GST.
Entah bilalah keadaan akan berubah.


Isu hutang 1MDB masih samar-samar.
Kata duit masih ada.
Kata duit dah bawa balik.
Kata duit simpan kat bank di Singapura.
Kata itu bukan duit rakyat.
Kata itu tidak melibatkan simpanan duit rakyat.
Sampai sekarang semua orang keliru.
Bekas TPM sendiri pun keliru.
Belum habis keliru pasal 1MDB.
Satu lagi pendedahan tiba-tiba jadi viral.
Ada bukti kemasukan duit RM 2.4 billion dalam akaun perdana menteri.
Akaun peribadinya bukan akaun parti.
Katanya itu cerita lama.
Katanya itu duit guna untuk pilihanraya umum.
Mula-mula semua orang menafikannya.
Lepas itu satu demi satu babak wayang ditayangkan.


Orang yang mendedahkannya ditangkap.
Laman web yang mendedahkannya dihalang daripada diakses.
Pemiliknya cuba diekstradisi.
Kemuncaknya ialah bila TSMY kehilangan jawatan.
Orang dalam parti terkejut.
Orang luar parti terkejut.
Orang Johor lagi terkejut.
Perdana menteri tiba-tiba membuat rombakan kabinet.
Azalina dilantik semula menjadi menteri.
Ahmad Maslan pula dilantik menjadi menteri penuh.
Beberapa MP dalam PAC yang sedang menyiasat 1MDB diberi jawatan dalam kabinet.
Bukan seorang tetapi 4 orang.
Penyiasatan terhenti setengah jalan.
Ada yang kata,
tak susah rupanya nak naik jadi menteri.
Akal pendek takpa janji pandai kipas.
Kabinet kerajaan dah jadi kabinet 1MDB.
Semuanya bekerja untuk Najib.
Bukannya bekerja untuk bangsa, agama dan negara.


Tak semena-mena.
Ketua hakim negara pun hilang jawatan.
Beberapa pegawai kanan SPRM ditahan.
Mereka dituduh membocorkan rahsia kertas siasatan.
Tun Mahathir pun dikatakan 'takut' dengan perkataan 1MDB.
Beliau kata tak nak lagi menyebutnya.
Ke dalam kang perginya.

Juga tak semena-mena.
SPRM buat kenyataan mengemparkan.
Wang 2.6 billion dalam akaun perdana menteri bukan wang 1MDB.
Itu wang derma iklas.
Derma daripada penderma timur tengah yang dirahsiakan.
Kes selesai.
Dan buku siasatan ditutup.


Selepas kenyataan SPRM itu,
wall FB meriah dengan macam2 gambar dan berita.
Tak semua rakyat Malaysia ini bodoh.
Hanya segelintir sahaja mungkin.
Itupun para pemegang jawatan besar dalam kerajaan.
Rakyat biasa macam aku tak bodoh.
Malah tak sanggup lagi diperbodohkan.
Kenyataan balas para penyokongnya nyata cuba memperbodohkan.
Derma ikhlas?
Derma politik?
Setakat seribu dua ringgit derma itu adatlah.
Tetapi ini berbilion.
Nak tulis cheque pun tak muat ruangannya.
Banyak sangat angka kosong nak dibubuh.
Ada yang kata kalau bayar cash baru kira rasuah.
Kalau bank in tak dikira rasuah.
Semalam ada wawancara dengan salah seorang menteri di tv.
Alasan-alasan untuk menjustifikasi derma 2.6 billion langsung tak munasabah.
Derma politik itu biasa.
Derma berbillion itu biasa.
Derma masuk akaun peribadi itu biasa.
Masalahnya.
TSMY pun tak tahu.
Ahli MT pun tak tahu.
Pemegang amanah parti pun tak tahu.
Atau adakah mereka sengaja buat2 tak tahu.
Persoalan bodoh aku.
Siapa yang audit duit itu?
Siapa yang urus akaun duit itu?
Tak payah declare income tax ke?
Kalaulah itu semua tak perlu,
aku nak complaint kat LHDN.
Aku pernah kena querie sebab tak declare income 75 ringgit.
Aku locum kat klinik kawan pada petang 3 hari raya 3 tahun lepas.
75 ringgit pun dikira,
kenapa derma politik tak payah nak kira?
Mana keadilannya?

Ada ahli parti mula keluarkan isu bangsa dan agama.
Derma itu diperlukan supaya UMNO kekal memerintah.
Kalau tidak parti lawan akan menang.
Melayu akan hilang ketuanannya.
DAP akan menjadi perdana menteri.
Cina akan lebih berkuasa.
ISIS akan menyerang Kuala Lumpur.
Jadi UMNO perlu ada dana.
Untuk menyekat pembangkang daripada memerintah.
Ada yang beranggapan politik hanya perlu wang.
Ada banyak wang undi mesti ada dalam tangan.
Tetapi itu dulu.
Zaman awal merdeka bolehlah.
1 undi = sekampit beras, sekilo gula, sehelai kain pelikat dan sehelai kain batik.
Tetapi kini tak lagi.
Gula-gula pilihanraya orang dah tak pandang.
Tetapi mentaliti dan pendekatan parti pemerintah masih sama.
Jadi macamana nak menang di Selangor?



Politik Malaysia kelihatan kucar-kacir dan carca-marba.
Langsung tidak nampak kedamaian.
Sana-sini penuh dengan perasaan memberontak.
Tengok FB Datuk Seri Najib.
Ramai sungguh yang suruh beliau meletak jawatan.
Tetapi ada beliau kisah?
Beliau kata ada 3 juta ahli UMNO menyokongnya.
Tetapi bagaimana pula dengan 52% rakyat yang tidak menyokongnya?

Malaysia perlukan perubahan.
Malaysia perlukan kepimpinan yang baru.
Tak guna memaki hamun depan komputer.
Tak guna mencarut dalam FB.
Tak guna berkias dalam mesyuarat agung.
Tak guna juga berarak diatas jalan raya.
Marilah kita sama-sama berdoa.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada para pemimpin kita.
Membuka pintu hati mereka untuk melihat kebenaran.
Dan nampaknya sebahagian doa kita dah dimakbulkan.
MH370 dikatakan dah dijumpai.
Itu bermakna  Allah masih menyayangi kita semua.
Sesungguhnya.
Masih ada sinar untuk kita.
Jangan putus asa.
InsyaAllah.
Pasti ada jalan.

7 ulasan:

  1. Segalanya jadi menyakitkan jiwa marhaen...

    BalasPadam
  2. nangis bila baca entry ni ....

    kita rakyat di per bodoh bodoh kan

    BalasPadam
  3. kalau betol2 la duit tu duit derma tak geti2 dermakan balik pada negara.....asyik2 kak mah dok perabih je...cebayokan utang negara yg bertingkek2 tu

    BalasPadam
  4. Susah susah je bagi kat aku je 2.6 b tu mudah mudahan ia akan masuk dalam ac maybank aku esok

    BalasPadam