Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Ogos 2015

Aku dan Lawatan ke Kilang Bateri Tampoi


Susah betul bila ada anak dara dan anak bujang kat rumah.
Ada sahaja projek bila habis periksa.
Dan projek yang ini memang dah lama tertangguh.
Projek melawat Kilang Bateri.


Ini bukan sebarang kilang.
Asalnya memang sebuah kilang.
Tapi dah diubahsuai.
Dah jadi tempat membeli-belah.
Menjual barang-barang jenama tempatan.
Juga akan menjadi tempat melepak yang happening.


Khabarnya mula dibuka sejak bulan Ramadhan yang lalu.
Cuba cari mereka di Instagram dan FB.
Mesti jumpa punya.
Lokasinya pun mudah sahaja.
Jalan Tampoi.
Berdepan dengan Taman Damansara Aliff.
Dekat juga dengan Plaza Angsana.
Dibuka pada setiap hari.
12 tengahari hingga 12 tengahmalam.


Tetapi masa aku sampai tadi,
Proses ubahsuai masih giat dijalankan.
Gerai2 baru 40% penuh.
Walaupun belum dibuka sepenuhnya,
Banyak juga kedai2 jenama tempatan yang sudah dibuka.
Tanya anak2 aku.
Mereka lebih kenal jenama tempatan daripada aku.
Kalau semua kedai dalam ini dibuka,
memang akan jadi syurga terutama untuk anank-anak muda.


Selain gerai2 menjual baju dan pakaian,
Ada ruang makan yang sangat berwarna-warni.
Lebih 10 gerai dah mula berniaga.
Semua jenis makanan ada.
Makanan tempatan, 
Makanan barat,
Makanan ringan,
Aiskrim,
Cereal,
Pisang goreng pun ada.


Ada ruang luas untuk bermain skateboard.
Ada litar untuk bermain kereta bateri.
Ada kedai gunting rambut.
Ada ruang untuk menyedut vape.
Ada juga pentas untuk membuat persembahan.
Dan kalau dibuka sepenuhnya,
Rasanya penuh sesak tempat ini dengan pengunjung.


Dibahagian luar pun sedang diubahsuai.
Sementara menunggu wife,
Aku minum cendol sambil duduk diatas bumbung.
Ada banyak kontena sedang diubahsuai.
Mungkin akan dijadikan ruang untuk berniaga.


Apa yang aku perhatikan.
100 peratus peniaga adalah bumiputera.
Para pengunjungnya juga orang muda belia.
Aku menjadi orang paling tua di sini.


Ruang parking banyak disediakan dibelakang bangunan.
Surau pun disediakan dibelakang bangunan.
Semuanya masih dalam pembinaan.
Khabarnya bulan 10 nanti baru dibuka secara rasmi.


Selepas dua jam di sini,
Aku berpindah ke Plaza Angsana pulak.
Aku tunggu bulan 10 nanti untuk datang lagi.
Masa itu suasana mesti lebih meriah.
Lebih banyak gerai.
Lebih banyak pilihan.


Berita gempar di FB dan Whatsapp petang ini.
Sultan Johor mengarahkan nama Kulaijaya ditukar semula kepada Kulai.
Nama Nusajaya pun khabarnya akan ditukar.
Sultan mungkin tak nak ada kaitan dengan nama Putrajaya rasanya.
Apa-apapun aku menurut sahaja.
Tiada apa2 pun bezanya.
Selepas Jumaat tadi pun ada buat sembahyang hajat.
Khabarnya Sultan titahkan buat untuk 3 bulan berturut2.
Memohon perlindungan dan keselamatan untuk negeri Johor.


Aku anak Johor.
Aku bangga jadi anak Johor.

Salam hujung minggu kawan2.

2 ulasan:

  1. Khabarnya Sultan titahkan buat untuk 3 bulan berturut2? BAGUS SEKALI. DAULAT TUANKU.
    Memohon perlindungan dan keselamatan untuk negeri Johor... AMEEEN. DAULAT TUANKU
    (saya anak Penang, tapi sokong TMJ dan Sultan Johor. DAULAT TUANKU)

    BalasPadam