Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Ogos 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini


Seorang lelaki berumur 56 tahun.
Sering hadir ke klinikku sejak 2008.
Beliau penghidap penyakit tiga serangkai.
Darah tinggi, kencing manis juga tinggi kolesterol.
Beliau seorang eksekutif disebuah syarikat milik kerajaan.
Kerjanya ialah bermesyuarat disana-sini.
Juga mengejar target syarikat kendaliannya.
Hidupnya sibuk.
Kerja pejabatnya tak pernah habis.
Stress memanjang.
Makan langsung tak pernah jaga.
Exercise jauh sekalilah.
Nasib baik beliau tidak merokok.

Empat tahun lepas.
Isterinya kena serangan angin ahmar.
Mati sebelah badan.
Percakapannya jadi pelat.
Ingatannya berkurangan.
Dan hidupnya berkisar diatas kerusi roda.
Bermakna beliaulah menjadi tempat bergantungnya.
Beliau punya anak tiga orang.
Masing-masing masih belajar dikolej.
Jadi bila beliau pergi bekerja,
isterinya tinggal keseorangan di rumah.

Kalau dulu hidupnya sibuk,
kini hidupnya bertambah sibuk.
Selain urusan diri sendiri,
beliau juga terpaksa menguruskan isterinya juga.
Beliau pernah memberitahuku,
walau jauh mana sekalipun beliau kena pergi bermesyuarat,
beliau tidak pernah bermalam dihotel.
Walau tengahmalam sekalipun.
Macamanapun beliau mesti pulang ke rumah.
Isterinya tiada siapa yang menjaga.
Aku tabik hormat dengannya.
Aku kagum dengan semangatnya.
Habis kerja terus balik rumah.
Habis mesyuarat terus balik rumah.
Kehidupannya hanyalah isteri dan pekerjaannya.

Bila beliau sibuk dengan pekerjaan dan isterinya,
kesihatan beliau mula tidak diendahkan.
Kalau aku beri ubat untuk sebulan,
dua tiga bulan baru dia datang untuk follow up.
Kalau aku beri ubat untuk dua bulan,
lagi lamalah beliau tak datang untuk follow up.
Itupun beliau datang ke klinik bukan sebab nak ambil ubat.
Beliau datang kerana simptom-simptom lain.
Sakit dada, sesak nafas,
gelap mata dan kadang2 rasa macam nak pengsan.
Masa itulah baru dia teringat nak ke klinik.
Tekanan darahnya tak pernah normal.
Setakat 200/110 itu bacaan biasa katanya.
Paras gulanya pun tak pernah kurang 15.0 mmol/L.
Beliau pernah ke klinik2 panel yang lain.
Memang asyik kena marah sahaja dengan doktor.
Aku pun pernah marah dia sekali.
Tetapi selepas aku memahami situasi kehidupannya,
Aku cuma dapat menasihatkannya.
Beliau lebih sayangkan isteri dan pekerjaaannya berbanding kesihatannya.
Dah beberapa kali aku tulis surat rujukan ke pakar jantung,
tetapi beliau asyik berdalih sahaja.
Nantilah.
Bulan depanlah.
Tangguh dululah.
Dan yang terakhir.
Beliau berjanji denganku akan masuk hospital selepas selesai majlis perkahwinan anak perempuannya.

Bulan Mei yang lalu.
Dua hari sebelum majlis pernikahan anaknya.
Beliau datang ke klinik.
Mengadu batuk dan sesak nafas.
Beliau sekadar nak ambik ubat sahaja.
Juga mengirim surat jemputan ke majlis perkahwinan anaknya.
Masa majlis perkahwinan anaknya,
aku sempat hadir.
Majlisnya memang meriah.
Warna-warni.
Dan selepas hari itu beliau terus hilang daripada radar.

Entah macamana.
Malam tadi beliau tiba-tiba muncul diklinik.
Beliau masih ceria seperti selalu.
Beliau kelihatan lebih sihat berbanding sebelum ini.
Jelas sekali berat badannya dah turun.
Lantas beliau tunjukkan aku lengan kirinya.
Dah ada AV Fistula.
Dia dah mula dialisis buah pinggang sejak 2 bulan yang lalu.

Malam selesai majlis perkahwinan anaknya,
beliau rebah.
Beliau dibawa ke klinik 24 jam dan tanpa berlengah.
Doktor terus rujuk beliau ke hospital.
Mula-mula beliau kata beliau tak nak.
Tapi doktor tu beri kata dua kat beliau,
" Lu mahu hidup ke mahu mati? "
Selepas itu beliau sering berulang-alik ke hospital.
Buah pinggangnya dah tak dapat diselamatkan.
Jantungnya bengkak dan perlu rawatan lanjut.
Selain kena dialisis 3 kali seminggu,
beliau juga makan 15  jenis ubat setiap hari.
Semuanya demi kelangsungan hidup.

Beliau berkata kepadaku.
Masa beliau terlantar dikatil hospital,
beliau sering teringat nasihat2 aku.
" Kalaulah aku dengar kata Dr Zul 3 tahun yang lalu,
rasanya buah pinggang aku masih boleh diselamatkan. "
Doktor pakar buah pinggang pun cakap perkara yang sama kat dia.
Kalaulah 2 tahun lepas pakcik datang ke hospital,
mungkin bukan begini keadaannya.

Aku masih tabik hormat kat pakcik ini.
Beliau sentiasa berfikiran positif.
Tiada langsung riak kekesalan diwajahnya.
Selepas kena dialisis ni,
Badannya rasa lebih sihat.
BP nya normal.
Gulanya stabil.
Berat badannya turun lebih 10kg dalam 2 bulan.
Kerja pejabat pun dah berkurangan.
Boss dah tak hantar meeting diluar kawasan.
Kalau hari dialisis,
Beliau dapat kerja separuh hari sahaja.
Hujung tahun ini beliau kata nak pencen dah.

Aku hanyalah manusia biasa.
Aku dah cuba sebaik mungkin.
Puas dah menasihat.
Tetapi kalau itu bukan pilihannya,
Biarlah Allah Yang Menentukan.
Perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan manusia.


6 ulasan:

  1. saya nak like.. tapi takde button like...

    sebalik cerita ni.. saya teringat kan arwah Abah saya..
    (Moga Abah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman ..AlFatihah ... Ameen..)..

    #tetiba ja sendu tengah malam

    BalasPadam
  2. Tiba2 rasa nak balik kampung peluk ayah..

    BalasPadam
  3. Terima kasih Doc... banyak benda saya belajar dari blog Zouldahan ini... Barakallah fikk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat.

      Padam