Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Ogos 2015

Aku dan Resepi Daging Black Pepper

Hari itu masa mini open house.
Ada yang tanya macamana aku masak Daging Black Pepper aku.
Kebetulan hari ini aku bercuti.
Dan aku nampak sedikit daging dalam peti sejuk.
Lalu aku ulang masakan yang sama.
Khas untuk isteri dan anak-anak.
Resepinya sangat mudah.
Bahan-bahannya tak susah nak cari.


Mula-mula rebus daging dengan bawang putih, halia dan garam.
Nak cepat guna pressure cooker.
Tak sampai setengah jam.
Dah lembut dagingnya.
Lepas tu daging itu ditoskan.
Simpan sedikit air rebusan untuk jadikan sosnya nanti. 
Bila daging dah ditoskan,
gaul dengan sedikit tepung gandum dan garam.
Lepas tu goreng sehingga agak garing.


Tinggalkan sedikit minyak selepas menggoreng daging tadi.
Masukkan bawang putih, halia juga lada hitam yang ditumbuk.
Goreng hingga naik baunya.
Tambahkan sedikit air rebusan daging.
Tambahkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat.
Tambah gula dan garam secukup rasa.
Tambahkan sedikit sayuran hijau seperti buncis juga bawang besar untuk keseimbangan warna.
Hidangkan dan makan sewaktu panas.


Selamat mencuba.




2 ulasan:

  1. Adoi....tak lama lagi jadi tokey restoran la pula ni... tengok pun sedap ni Doc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada anak saudara dah tempah resepi ini untuk majlis makan berdamai tahun depan.

      Padam