Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Aku dan Hujung Bulan Ini

Imej
Bismillahirrahmannirrahim.

Hari terakhir bulan September 2015.
Entri terakhir untuk bulan September 2015. Dan harap bukan entri terakhir untuk selama-lamanya.
Seorang lelaki warga Nepal.
Baru 3 bulan bekerja di Malaysia.
Bekerja di 7-Eleven.
Langsung tak tahu berbahasa Inggeris.
Bahasa Malaysianya pun langsung tak boleh difahami.
Kehidupannya banyak bergantung kepada agennya.
Juga kawan2 yang dah sedikit pandai berbahasa Malaysia.

Kali pertama datang ke klinik kira2 dua minggu yang lepas.
Ditemani seorang rakan.
Datang dengan menyewa teksi.
Sakit guling2 kena batu karang dipundi kencing.
Masa datang muka memang pucat lesi menahan sakit.
Rasanya dah beberapa hari menahan sakit.
Call agen langsung tak diangkat.
Jadi kawannya yang uruskan bawa ke klinik.
Lepas dua hari kawannya kata batu karangnya keluar.
Alhamdulilah dia kembali sihat.

Pukul 6 petang.
Seminggu yang lalu.
Dia terlibat dalam kemalangan langgar lari.
Berdarah lutut kanannya.
Lepas 2 jam,
baru agennya menjawab telefon.
Lal…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Minggu lepas penuh dengan kebosanan. Minum teh tarik kegemaran pun terasa bosan. Semua benda jadi serba tak kena. Ditambah lagi dengan cuaca berjerebu diseluruh negara. Terasa dunia ini malap. Kelabu asap. Langsung tak nampak sinar cahaya matahari. Keadaan dalam klinik pun sama. Walaupun pesakit datang silih-berganti, tiada satu kes pun yang menarik perhatian. Semuanya kelihatan klise. Terlalu rutin. Kenapa boleh jadi sebegini? Kemana perginya motivasi dan semangatku?

Seperti biasa hari Jumaat hari yang kutunggu2. Hari cuti. Tak payah masuk ofis. Tetapi pukul 8.30 pagi dah sampai diklinik. Aku kena hadir ke program pemeriksaan kesihatan tahunan. Rutin setiap tahun. Projek usahasama dengan sebuah kilang berhampiran klinik. Aku pernah bercadang untuk menarik diri. Aku suruh mereka cari doktor daripada klinik lain. Tetapi mereka kata mereka lebih selesa denganku.

Petang hari Jumaat. Aku mencari aktiviti diluar kebiasaan. Sebelum maghrib aku dah sampai di Senibong. Aku ke restoran yang a…

Otakku Beku Minggu Ini

Imej
Dah dua minggu otak beku. Takda idea baru untuk memblog. Layanlah kartun2 sarkastik hasil ilham Zunar ini. Memang terbaik.
Tunggu sehari dua lagi. Tengah mengarang sajak Geng Baju Merah.
Salam hujung minggu kawan2.

Aku dan Wordless Wednesday

Imej

Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Ini soalan PT3 ke soalan nak masuk Medik?



Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Pada suatu malam.
Aku dikunjungi seorang pesakit.
Bukan seorang tetapi ditemani seluruh keluarganya.
Seorang lelaki lewat 50-an.
Bekas kakitangan kerajaan.
Menghidap penyakit tiga serangkai.
Darah tinggi, kencing manis juga buah pinggang.
Mendapat rawatan dihospital kerajaan.
Semasa rawatannya yang terakhir,
doktor menasihatkannya supaya 'buat tapak'.
Buah pinggang dan semakin tak berfungsi.
Bersedia untuk mula dialisis pada tempoh terdekat.

Beliau dan ahli keluarganya semacam takut nak start dialisis.
Istilah dialisis ibarat hukuman mati.
Beliau dah dengar macam2 cerita.
Terutama yang menemui ajalnya tak lama lepas kena dialisis.
Semasa menunggu giliran berjumpa doktor,
beliau bertemu dengan seorang pesakit lain.
Pesakit itu mengesyorkannya makan satu ubat herba.
Katanya ciptaan seorang 'doktor' jugak.
Beliau dah mengamalkan makan ubat herba tersebut.
Katanya dah 2 tahun beliau masih belum kena start dialisis.
Beliau disuruh mencuba ubat herba tersebut.
Dan selepas s…

Aku dan Wordless Saturday

Imej
Wordless. Speechless.