Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 September 2015

Aku dan Hujung Bulan Ini

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari terakhir bulan September 2015.
Entri terakhir untuk bulan September 2015.
Dan harap bukan entri terakhir untuk selama-lamanya.

Seorang lelaki warga Nepal.
Baru 3 bulan bekerja di Malaysia.
Bekerja di 7-Eleven.
Langsung tak tahu berbahasa Inggeris.
Bahasa Malaysianya pun langsung tak boleh difahami.
Kehidupannya banyak bergantung kepada agennya.
Juga kawan2 yang dah sedikit pandai berbahasa Malaysia.

Kali pertama datang ke klinik kira2 dua minggu yang lepas.
Ditemani seorang rakan.
Datang dengan menyewa teksi.
Sakit guling2 kena batu karang dipundi kencing.
Masa datang muka memang pucat lesi menahan sakit.
Rasanya dah beberapa hari menahan sakit.
Call agen langsung tak diangkat.
Jadi kawannya yang uruskan bawa ke klinik.
Lepas dua hari kawannya kata batu karangnya keluar.
Alhamdulilah dia kembali sihat.

Pukul 6 petang.
Seminggu yang lalu.
Dia terlibat dalam kemalangan langgar lari.
Berdarah lutut kanannya.
Lepas 2 jam,
baru agennya menjawab telefon.
Lalu dibawa ke bilik kecemasan hospital kerajaan.
Ikut kata agennya,
mereka menunggu sampai 12 tengahmalam.
Tetapi hanya pembantu doktor yang merawat lukanya.
Doktor sibuk dengan pesakit2 lain katanya.
Tidak sabar menunggu lebih 4 jam,
agennya hantar dia balik ke rumah.
Dia dibiarkan.
Seminggu tak bekerja.
Kawannya kata dia tak boleh berjalan.
Jadi bagaimana nak datang kerja?

Selepas seminggu berlalu.
Baru agennya bawa dia ke klinik aku.
Itupun sebab asyik kena marah dengan manager 7-Eleven.
Sebab dia tak datang kerja tanpa apa-apa kenyataan.
Dek kerana asyik kena marah dengan manager,
barulah agen ambil endah.
Kalau tidak dia langsung tak endah.
Dia datang ke klinik sekitar jam 6.30 petang.
Ada gauze besar dengan darah kering dilututnya.
Dia masih boleh berjalan.
Tetapi sangat lambat.
Dengan sedikit kepayahan,
aku tanggalkan gauze dilututnya.
Ada luka dalam sepanjang 10 cm di bawah lutut kanannya.
Lukanya bersih tetapi masih berdarah.
Dalam fikiranku,
luka ini sepatutnya dijahit.
Bukan hari ini tetapi minggu lepas.
Kalau tidak makan bulan untuk sembuh.

Aku panggil agennya.
Aku bising-bising kat telinga dia.
Dia kata dia kena jaga lebih 140 pekerja.
Sangat sibuk.
Takda masa nak jaga dan hantar ke klinik.
Kalau dah tahu sibuk,
carilah pembantu.
" Gaji dia kau potong.
Gaji dia kau masuk poket kau.
Tapi bagaimana kau jaga kebajikannya? "

Lama aku termenung melihat lukanya.
Apa aku patut buat.
Setakat dressing dengan Flavin seminggu pun belum tentu sembuh.
Itupun kalau tiada jangkitan kuman.
Lalu aku ambil Lignocaine injection.
Aku suntik keliling lukanya.
Aku bagi kebas lukanya.
Lepas aku cuci bersih-bersih,
aku repair lukanya.
Dan aku jahit lukanya.
10 jahitan kesemuanya.
Sebelum aku tutup lukanya,
aku suruh kawannya ambil gambar lukanya.
Nak tunjuk kepada manager.
Suruh dia guna budi bicaranya.
Sebab dah seminggu dia tak pergi bekerja.


Warga asing.
Suka betul mereka datang ke negara kita.
Walaupun gajinya kecil,
tetapi lebih baik daripada tiada langsung gaji dinegaranya.
Mereka kerja seperti robot.
Kerja siang malam.
Tiada hari rehat.
Tiada hari cuti.
Dipaksa ambil OT.
Gaji pula banyak potongannya.

Warga asing.
Ramai yang gembira datang ke sini.
Tetapi ramai juga yang dah tak gembira datang ke sini. 
Kerja banyak.
Kerja berat.
Kerja kotor.
Gaji kecil.
Barang makin mahal.
Nilai RM makin kecil.

Warga asing.
Ramai juga yang suka datang ke klinik.
Sebagai doktor.
Aku kena terima mereka diklinik dengan hati terbuka.
Aku kena rawat mereka seadanya.
Merawat pesakit tanpa kira bangsa, agama dan warna kulit.
Tetapi ada masanya aku hilang sabar dengan kedatangan mereka.
Terutama jika mereka datang secara berjamaah.
Terutama bila klinik aku dah jadi klinik warga asing.
Terutama bila warga tempatan sampai takut nak masuk klinik.
Terutama jika mereka datang dengan simptom yang bukan2.
Terutama jika bahasa mereka langsung aku tak faham.
Dan paling utama jika mereka berani minta MC denganku.
Bila mereka mula beri kata dua kat aku.
" No MC money cutting.
No MC company terminate.
Boss said take MC.
Supervisor said must get MC. "
Mereka ingat doktor ni wajib beri MC ke?


Dah hampir sebulan aku tak update status di sini.
Pesakit memang agak ramai bulan ini.
Tapi pesakit yang biasa2 sahaja.
Kehidupan pun klise sahaja.
Cuti sekolah kali ini pun aku bantai kerja.
Ada anak nak ambil PT3 bulan depan.
Jadi kaki dah dipasung sekitar Kulai sahaja.
Tak boleh jalan-jalan.
Tak boleh makan angin.
Jadi rasanya takda apa nak dicatatkan disini.
Cerita politik?
Cerita ahli2 politik?
Cerita2 Geng Baju Merah?
Cerita ekonomi?
Cerita pakar2 ekonomi?
Aku dah malas nak melayan.
Lantaklah situ.


Minggu ini jerebu memang teruk kat area Kulai.
Kalau negara jiran APInya boleh mencecah 300,
aku heran sebab area aku setakat 100 lebih sahaja.
Walaupun 100 lebih,
pemandangan memang kelabu asap.
Sana-sini kelabu.
Udara pun bau asap.
Anak-anak dah 2 hari tak payah bersekolah.
Tetapi kehidupan lain masih seperti biasa.
Tak ramai yang bertopeng bila keluar rumah.
Masih ramai yang berjogging.
Masih ramai yang berbasikal.
Masih ramai yang melepak di warung tom yam.

Hari ini aku capai level maksimum.
Pesakit nombor 15 sampai 25,
Semuanya warga Nepal.
Pesakit warga tempatan semuanya lari.
Panas hati aku.
Lain dipanggil lain yang masuk.
Lain ditanya lain yang dijawab.
Datang pun tak bawak apa2.
Surat panel pun tak bawak.
Suruh bayar tak nak.
Lepas tu komplen bukan2.
Simptom pun tak boleh nak buat diagnosis.
Last sekali mintak MC.
Makin berjerubu perasaanku.


Sudahnya.
Aku dah tak tahan.
Aku balik awal.
Aku cuti dan mogok tak masuk klinik.
Aku bawa anak2 yang tak bersekolah jalan jalan cari makan.
Cari Soto Milo di Rengit.
Cari Mee Racun di Batu Pahat.
Dan cari Nasi Lemak Beratur Cik Com di Seri Gading.
Memang kerja orang gila aku buat.
Sebab lepas maghrib hari ini aku dah masuk ke klinik semula.
Ada beberapa temujanji minta dipenuhi.

Salam bulan baru kawan2.
Selamat kembali.



6 ulasan:

  1. panjang entry penutup bulan Dr. kali ni.... hehehehe...

    kesian kan pekerja Nepal tu.... di perlakukan begitu....

    tapi tak syok nye... macam Dr kena ugut2 pulak....

    dan....

    last2 stress ....

    tapi yang best nya.....

    jalan2 carik makan.... itu saya suka....

    selamat bulan baru Dr. Zoul ... :)

    BalasPadam
  2. Teruknye luka pekerja asing ni ngeri saya tengok....tak salah hiburkan hati jalan2 cari makan untuk hilangkan stress Doc :)

    BalasPadam
  3. Saya pulak,lepas sebulan dua takber update blog,baru rasa nak menulis semula...
    Macam macam benda berlaku dlm negara..pun dah malas nak komen..
    Di tambah dgn "kewajipan" nak dengar rintihan "mesti beri MC"

    Pergi JJCM mmg best...perut kenyang, hati girang! hahaha

    BalasPadam
  4. Bila dah berdepan macam ni, tak sampai hati nak ignore yer Doc? Kalau betul genuine case, berkobar semangat. Bila dpt yg berlakon lebey, puff..lenyap semangat ditelan jerebu.
    PT3 menjelang, tp anak2 Doc semua bijak. Pasti dia pun berdebuk debak juga. Debuk debak tapi usahanya ada. Cemerlang pastinya. Amiin.

    BalasPadam
  5. Saya sokong Doc Zul 'basuh' agen tu -- memang patut pun.
    Saya pun sokong Doc 'tunjuk perasaan' tu -- sekali-sekala memang patut. Supaya tak kena tekanan jiwa melampau.. Kalau hari-hari tunjuk perasaan, miss soru oooo! :)

    BalasPadam