Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 September 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini


Minggu lepas penuh dengan kebosanan.
Minum teh tarik kegemaran pun terasa bosan.
Semua benda jadi serba tak kena.
Ditambah lagi dengan cuaca berjerebu diseluruh negara.
Terasa dunia ini malap.
Kelabu asap.
Langsung tak nampak sinar cahaya matahari.
Keadaan dalam klinik pun sama.
Walaupun pesakit datang silih-berganti,
tiada satu kes pun yang menarik perhatian.
Semuanya kelihatan klise.
Terlalu rutin.
Kenapa boleh jadi sebegini?
Kemana perginya motivasi dan semangatku?


Seperti biasa hari Jumaat hari yang kutunggu2.
Hari cuti.
Tak payah masuk ofis.
Tetapi pukul 8.30 pagi dah sampai diklinik.
Aku kena hadir ke program pemeriksaan kesihatan tahunan.
Rutin setiap tahun.
Projek usahasama dengan sebuah kilang berhampiran klinik.
Aku pernah bercadang untuk menarik diri.
Aku suruh mereka cari doktor daripada klinik lain.
Tetapi mereka kata mereka lebih selesa denganku.


Petang hari Jumaat.
Aku mencari aktiviti diluar kebiasaan.
Sebelum maghrib aku dah sampai di Senibong.
Aku ke restoran yang aku biasa pergi.
Aku order makanan yang biasa aku makan.
Beberapa minggu lepas ada satu cerita keluar diFB.
Ada pelanggan yang tak berpuashati dengan bil yang dikenakan.
Makanan yang dibayar tak sama dengan yang diorder.
Tisu basah pun kena bayar.
Itu belum masuk GST lagi.


Restoran ini memang bagus.
Kebersihan dijaga.
Kualiti makanan memang tak boleh dipertikaikan.
Layanan pun bagus jugak.
Cuma satu perkara.
Cashier tak telus dalam mengira bil.
Main tekan aje kat mesin kira.
Dia tak tanya pun pasal tisu basah yang perlu dibayar.
Masa aku sampai kakak pelayan yang hulur tisu itu ada cakap,
tisu ini akan kena bayar.
Tapi bila dah tahu kena bayar,
aku tak guna.
Aku tinggal sahaja di atas meja.
Masa bayar bil cashier tak bertanya apa2.
Terus dia masukkan dalam bil.
Pada aku ini satu penipuan.
Boleh menjana untung secara mudah.
Sebelum ini aku main ambil sahaja.
Ingatkan percuma.
Rupa2nya kena bayar.
Tiga bungkus tisu basah untuk 2 ringgit.
Tak termasuk GST.

Satu lagi,
portion makanan ala carte memang tak padan dengan harganya.
Portion untuk 2 orang macam untuk seorang direstoran lain.
Memang jelas kuantitinya tak sebanyak ditempat lain.
Tetapi harga makanan kalau sepadan dengan rasanya aku tak kisah.
Lagipun suasana malam disini memang lain daripada yang lain.
Aku tak kisah pasal harga.
Tetapi mereka sepatutnya lebih telus dan prihatin.
Bukan main pukul rata sahaja.


Lepas Senibong,
aku melepak di Starbuck Setia Tropika.
Orang study kat library.
Anak aku study kat Starbuck.
Bukannya apa.
Saja nak mencari kelainan.
Lagipun aku bukannya baca buku pun.
Buat diskusi dengan anak pasal kertas sains PT3.
Bincang pasal sistem peranakan,
sistem pembiakan, sistem pernafasan juga perkumuhan.
Hebat soalan2 sains sekarang.
Soalan level nak masuk medik gamaknya.

Starbuck Setia Tropika memang happening.
Cukup meriah.
Tak terasa seperti berada di Malaysia.
Kanan kiri semua bukan bangsa Melayu.
Aku tahu kopi kat sini mahal.
Rasanya pun taklah sedap sangat pun.
Tapi aku suka suasananya.
Lupa sekejap pasal masalah dunia bila berada di sini.


Hari Sabtu.
Pagi2 lagi aku dah ke workshop.
Kereta aku nak minta tukar minyak hitam.
Juga buat Alignment & Balancing sekali.
Kos cuma 106 ringgit sahaja.
Walaupun kedai bukan bangsa melayu,
aku tak terasa ditipu hidup2.
Aku pernah buat servis dikedai melayu masa mula2 beli kereta dahulu.
Aku ikut sahaja cadangan kerani kat Proton Service.
Regular servis setiap 5000km hampir semua ditukarnya.
Viper tukar,
kepala bateri tukar,
spark plug tukar.
air filter tukar.
Padahal pakai Iswara sahaja.
Sekali servis dah separuh hari.
Sekurang2nya 300 ringgit melayang.
Makbul doa aku.
Workshop tu dah tutup dah sekarang.


Lepas servis,
aku ke kedai sebelah.
Cuci body luar dan dalam.
Beginilah kehidupanku.
Pusing sana pusing sini,
hidupku sekitar ahli keluargaku.
Takda hobi memancing ikan.
Takda hobi memukul bola golf.
Takda hobi mengayuh basikal.
Takda hobi memanjat gunung.


Demikianlah adanya.
Aku kena cari pengembaraan baru.
Cerita dalam blog pun semakin membosankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan