Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Seorang wanita penghidap diabetes datang ke klinik. Mengadu tercucuk paku karat ditapak kakinya. " Doktor nak tengok. Ini paku karatnya. " Paku payung berkarat sepanjang satu inci diletak di atas meja. " Kakak nak cepat baik tak? " " Nanti balik kakak rebus paku ini dan minum air rebusannya. " Dengan muka selamba aku mencadangkan. " Eh! betul ke doktor? " Bersungguh-sungguh dia bertanya semula. Kalaulah dia betul-betul buat mati aku...

Salam hujung minggu kawan-kawan!


Luaskan Kuasaku Johor

Imej
Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan.

TMJ telah tunjukkan.

JDT telah tunjukkan.

Tiada apa yang mustahil.

Usaha Tangga Kejayaan.

Haters will be haters.

Ini bukan penamat.

Ini satu permulaan.

Luaskan Kuasamu Johor.

Kita jumpa di Dataran Bandaraya JB malam esok.





Aku dan Wordless Wednesday

Imej
Ceritanya di sini



Aku dan Hujung Minggu Di Kuala Lumpur

Imej
Sejak anak aku masuk kolej di Ipoh dua semester yang lalu, aku dan famili memang tak pernah melawatnya. Kekangan masa juga jarak perjalanan yang jauh, menyebabkan aku berfikir banyak kali sebelum melawatnya. Lagipun anak aku dah besar. Dah pandai menjaga keperluan diri sendiri. Namun kerinduan seorang ibu kepada anaknya tetap ada. Tak kiralah besar mana sekalipun anaknya. Anakku sekarang dalam minggu study leave. Akan mengambil exam akhir semester minggu hadapan. Jadi wife aku mencadangkan. Kita berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Nak beri semangat kepadanya untuk menghadapi peperiksaan. Dah lebih dua bulan tak jumpa. Tetapi yang paling utama. Ada aktiviti sampingan. Khabarnya ada jualan murah di Sogo. Itu satu lagi tujuannya.

Pagi hari sebelum bertolak. Wife bangun awal. Dia nak menyediakan makanan kegemaran anak sulungnya. Nasi Arab. Manakala aku disuruhnya masak kuah spaghetti. Nak buat bekal untuk makan anak-beranak dalam hotel. Ini antara menu masakan kegemaran kami sekeluarga. …

Aku dan Wordless Wednesday

Imej

Aku ke Boat Noodle Sutera Mall

Imej
Pada satu malam minggu. Selepas beberapa kali berjanji. Akhirnya aku sampai juga ke sini. Demi menunaikan janji anak yang baru habis PT3. Nak mencuba Mee Sampan. Disebuah restoran yang tersenarai dalam 10 terbaik di JB.

Restoran Boat Noodle. Letaknya di sebelah luar Sutera Mall. Walaupun pekerjanya semua berbangsa Cina, tetapi telah disahkan halal oleh Jakim. Mee Sampan. Kalau ikut resepi asal daripada Thailand, memang tak halal. Macam2 benda tak halal dibubuh didalamnya. Tetapi yang ini dah diMalaysiakan. Jadi kehalalannya jangan diragukan.

Restoran ini memang ambil konsep daripada Thailand. Sana-sini penuh dengan signage bahasa Thai. Masa aku sampai restoran penuh dengan orang Melayu. Jadi aku tak rasa janggal sangat. Ini kali pertama aku sampai. Pelayan terus menyuruh kami duduk. Menu ada diatas meja. Dan order sendiri dengan mengisi borang disediakan.

Kami datang memang nak cuba Mee Sampan. Jadi masing2 order benda yang hampir sama. Aku ambil Beef Noodle. Manakala anak2 ambil Chi…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Imej
Aku pernah berurusan dengan wakil sebuah syarikat pengawal keselamatan.
Entah bila aku pun dah tak ingat.
Kalau ikut perancangan mereka,
ada satu klinik lain akan buat projek ini.
Tetapi disaat-saat akhir mereka menarik diri.
Pihak hospital pun dan asyik mengejar mereka.
Mereka dah ada dateline.
Lalu pegawai ini teringat akan aku.
Beberapa kali call klinik.
Bersungguh-sungguh meminta kerjasamaku.
Soal bayaran tak belum gusar.
Yang penting projek mesti aku jalankan.

Projek ini tak besar mana.
Projek ini pun tak susah mana.
Aku perlu menjalankan ujian saringan dadah.
Keatas semua pengawal keselamatan mereka.
Yang bekerja di Hospital Sultan Ismail.
Kalau ikut nasihat pegawai mereka,
aku hantar seorang pekerja aku dah cukup.
Kumpul air kencing.
Dan hantar ke makmal.
Tak susah.
Kerja senang.
Tetapi bukan seorang.
Ada 100 orang pekerja mereka.
Yang sedang bekerja.
Yang tidak boleh meninggalkan lokasi jagaan mereka.
Lagipun lokasi tempat mereka bekerja memang jauh daripada klinik.
Kalau nak…

Aku dan Majlis Tautan Kasih Ady&Zarith

Imej
Tarikh: 17 Oktober 2015 Masa: 2 petang Tempat: Dewan UMNO Taman Ria, Parit Besar Batu Pahat


Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Pagi ini aku didatangi seorang pesakit.
Seorang lelaki warga Nepal.
Kali ketiga datang ke klinikku bulan ini.
Kali pertama datang mengadu sesak nafas.
Sakit dikedua-dua belah sisi dadanya.
Kali kedua kata sakit perut pulak.
Waktu kerja tak sakit.
Waktu nak tidur baru datang sakitnya.
Untuk kedua-duanya,
aku pun tak tahu apa sakitnya.
Pening jugak kepala memikirkan punca penyakitnya.
Dan bila kali ketiga dia datang atas sakit yang sama,
aku rasa nak hantuk kepala aku kat dinding.
Biar keluar satu diagnosis yang munasabah.
Biasanya kalau pesakit sebegini,
cepat2 aku hantar ke tempat lain.
Klinik pakar ataupun klinik kerajaan.
Itu yang paling mudah dan senang aku lakukan.
Tetapi aku tak puashati dengan penyakit mamat ini.
Dia bukannya pesakit panel diklinik aku.
Setiap kali datang dia kena keluar duitnya sendiri.
Bukan prinsip aku senang2 nak ambil duit orang begitu sahaja.

Mamat Nepal ni dah dua tahun duduk Malaysia.
Tapi susah sangat nak berkomunikasi dengannya.
Bahasa Inggerisnya tin…