Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Oktober 2015

Aku dan Hujung Minggu Di Kuala Lumpur


Sejak anak aku masuk kolej di Ipoh dua semester yang lalu,
aku dan famili memang tak pernah melawatnya.
Kekangan masa juga jarak perjalanan yang jauh,
menyebabkan aku berfikir banyak kali sebelum melawatnya.
Lagipun anak aku dah besar.
Dah pandai menjaga keperluan diri sendiri.
Namun kerinduan seorang ibu kepada anaknya tetap ada.
Tak kiralah besar mana sekalipun anaknya.
Anakku sekarang dalam minggu study leave.
Akan mengambil exam akhir semester minggu hadapan.
Jadi wife aku mencadangkan.
Kita berjumpa dengannya di Kuala Lumpur.
Nak beri semangat kepadanya untuk menghadapi peperiksaan.
Dah lebih dua bulan tak jumpa.
Tetapi yang paling utama.
Ada aktiviti sampingan.
Khabarnya ada jualan murah di Sogo.
Itu satu lagi tujuannya.


Pagi hari sebelum bertolak.
Wife bangun awal.
Dia nak menyediakan makanan kegemaran anak sulungnya.
Nasi Arab.
Manakala aku disuruhnya masak kuah spaghetti.
Nak buat bekal untuk makan anak-beranak dalam hotel.
Ini antara menu masakan kegemaran kami sekeluarga.
Lagipun makanan ini boleh tahan lama.
Boleh dimakan beberapa kali tanpa perlu risau basi.


Petang Jumaat.
Aku tiba dititik pertemuan.
Hotel Vistana Kuala Lumpur.
Perjalanan lancar walaupun cuaca berjerebu teruk.
Aku dah semakin hafal jalan menuju ke hotel ini.
Tak perlu buka Waze pun takpa.
Proses pendaftaran masuk sangat mudah.
Aku dah bayar secara online melalui akaun Agoda.
Aku dapat diskaun bilik 30 peratus.
Dapat free breakfast.
Dapat free parking.
Dapat free WiFi.
Lagipun aku dah ada record dengan Vistana.
Dah tak payah isi borang apa2.
Kunci bilik pun dah siap sedia.


Nasib aku kali ini agak baik.
Segala permintaan aku dipenuhi oleh pihak hotel.
Dapat bilik sebelah-menyebelah.
Dapat tingkat paling tinggi.
Dapat bilik non-smoking.
Sebelum sempat masuk bilik,
wakil housekeeping dah datang menghulurkan sejadah.
Bagus betul layanannya.
Sepanjang petang aku duduk dibilik sahaja.
Makan sambil bersembang sampai senja.
Lepas dah kenyang,
barulah berkira-kira nak keluar dari bilik hotel.


Seperti selalu,
aku naik LRT sahaja.
Menuju Sogo.
Nasib wife agak baik.
Masih ada jualan murah.
Untuk dua hari sahaja.
Suasananya kali ini agak aman dan tenteram.
Tidak macam kali terakhir bulan 6 yang lepas.
Hanya wife yang menyopping.
Aku dan anak2 tak larat nak melayan.
Aku duduk depan Sogo.
Ada persembahan live band.
Aku perhatikan.
Semakin menuju malam,
orang semakin ramai.
Macam2 orang pelik di KL ini.
Nak kata sihat nampak macam kurang waras.
Nak kata gila masih boleh berbual2.
Bangun berjoget dan menari2 tanpa segan silu.
Tak kisahlah.
Yang penting mereka tak mengganggu orang lain.
Aku suruh anak2 pandang sekeliling.
Pelbagai jenis manusia ada.
Yang senang juga yang susah dan melarat.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menyara kehidupan.
Yang penting ada usaha tanpa rasa malu dan segan.
Sementara menunggu wife,
aku duduk melepak di The Loaf.
Sambil mendengar alunan muzik live yang semakin rancak lagu-lagunya.
Restoran ini kepunyaan Tun Mahathir.
Menunya pun makanan kesukaan Tun Mahathir.
Anak2 try makan Ayam Percik dan Sandwich.
Manakala aku cuma minum Teh Ais sahaja.
Rasa masakan setimpal dengan harganya.


Pukul 9.30 malam.
Aku kembali semula ke hotel.
Masing2 gembira dengan apa yang mereka dapat.
Dan pesanku.
Takda repeat ke Sogo dan Jalan TAR lagi esok.
Malam itu tidur cukup lena.
Tilam dan bantal dihotel ini memang sedap gila.
Ditambahlagi dengan mandi air panas sebelum tidur.
Pergh! hilang terus penat memandu dan berjalan seharian.


Pagi hari Sabtu.
Aku mencuba sarapan di cafe hotel.
Orang agak ramai.
Kebanyakannya melayu.
Tak pasti daripada mana mereka datang.
Menu sarapan pagi adalah biasa sahaja.
Pilihannya pun biasa-biasa sahaja.
Rasa masakannya sekadar sesuai untuk mengalas perut.
Sambal nasi lemaknya kurang sedap.
Begitu juga dengan Kuey Tiaw Gorengnya.
Sekadar lulus sahaja.


Lepas tengahari aku checked out daripada hotel.
Anak aku balik naik LRT ke KL Sentral.
Manakala aku terus balik ke selatan.
Memang takda niat nak menyinggah ke mana2 lagi.
Perjalanan balik lancar.
Jerebu teruk sepanjang perjalanan.
API melebihi 100 dikebanyakan lokasi.
Anak2 dah berkira2 sekolah akan dicutikan.
Tetapi pada aku lebih baik ke sekolah.
Minggu peperiksaan.
Bukannya nak berlari dipadang pun.


Keluar Tol Ayer Keroh,
hujan mula turun selebat2nya.
Pemandangan agak terhad.
Tiba2 aku ternampak satu kereta terbabas didepanku.
Nasib baik aku tak bawa laju masa itu.
Sebuah kereta Wira melintang dikanan jalan melanggar pembahagi jalan.
Allahu Akbar.
Nasib baik tiada yang cedera.

Pukul 3 petang.
Aku tiba di Dataran Pahlawan.
Ramainya umat manusia.
Kenderaan pun banyak.
Tempat letak kereta penuh sesak.
Dua kali pusing baru dapat parking.
Itupun diluar kawasan.
Dataran Pahlawan juga tempat lepak favorite aku.
Macam2 benda boleh dilihat di sini.
Macam2 gelagat manusia boleh dilihat di sini.


Pusing sana pusing sini.
Dua jam juga berjalan-jalan.
Visual therapy.
Sambil window shopping.
Bila kaki dah letih,
pergi cari makan kat bawah kolong.
Makan goreng-goreng.
Aneka Nasi Goreng.
Harga baru 4 ringgit.
Kenyang.

Pukul 6 petang.
Aku baru bertolak balik ke Johor.
Perjalanan juga lancar walaupun hujan renyai2.
Pukul 9.30 malam.
Aku selamat tiba di Kulai.

Demikianlah adanya.





5 ulasan:

  1. bercuti sambil jenguk anak dan sempat pulak singgah ke melaka ye Doc...saya yg duk melaka ni kalau hujung minggu cukup bercinta nak bejalan ke dataran pahlawan...mcm yg Doc alami cukup susah nak dapat parking...pernah terjadi kiteorang duduk dalam kete lebih 30 minit semata2 nak menanti kalau2 ada kete yg keluar....huhuhuhu

    BalasPadam
  2. dataran palawan tu manjang penuh aje parkirnya

    alahai, nasib baik anak tu sudi turun ke KL jumpa di tengah2
    makcik ngan pakcik saya, anak berjauhan setakat shah alam - melaka pun dia punya visiting day, masya Allah
    sebulan tah brapa kali
    lom campur stok2 makan yang dikirim
    kadang2 dah mcm boleh bukak kedai runcit

    BalasPadam
  3. ooo the loaf tu TUN M punya ek .. bar tau nak pi jugak la ... mmg org KL pelik ... sy sentiasa risau bila ke KL .... walaupun penah menetap di KL ... sbb saya jakun

    BalasPadam
  4. dekat depan hotel vistana tu ade kedai nasi lemak daun pisang sedap....
    kedai makan kak chah x silap saya..try lah ubi kayu rebus sedap

    BalasPadam
  5. dekat depan hotel vistana tu ade kedai nasi lemak daun pisang sedap....
    kedai makan kak chah x silap saya..try lah ubi kayu rebus sedap

    BalasPadam