Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Oktober 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Pagi Sabtu yang kelabu asap.
Aku ke bandaraya Johor Bahru.
Ke Persada Johor Bahru.
Hantar anak.
Yang terpilih mewakili daerah.
Menjadi peserta.
Ke Majlis Sambutan Hari Warga Emas dan Hari Kanak-Kanak.
Peringkat Kebangsaan.


Aku tiba kira-kira jam 9 pagi.
Suasana dah meriah dan riuh-rendah.
Sana-sini penuh dengan manusia.
Ramai kakitangan kerajaan.
Ramai kanak-kanak sekolah.
Ramai juga warga tua berpakaian warna-warni.
Masing2 sedang bersiap sedia.
Menunggu kedatangan Permaisuri Johor.
Yang akan datang untuk merasmikan majlis.


Dalam suasana hingar-bingar.
Dapat juga aku cari kaunter pendaftaran.
Rugi kalau tak mendaftar.
Macam2 barang tajaan diberi kepada yang mendaftar.
Dapat buku tulis.
Dapat lampu picit.
Dapat alat tulis.
Dapat botol air.
Kupon makanan pun diberi juga.
Dapat set sarapan pagi.
Juga set ayam goreng 2 ketul daripada KFC.


Lepas ambil makanan,
Aku hantar anak masuk ke dewan.
Sebagai wakil daerah,
tempat duduk dah disediakan.
Permaisuri Johor akan datang kira-kira jam 11 pagi.
Sebelum pulang aku ronda2 dahulu kat luar dewan.
Ada banyak booth didirikan disekeliling dewan.
Pameran jabatan-jabatan kerajaan.
Juga badan-badan swasta.
Aku tak boleh nak ambil gambar macam-macam.
Manusia penuh lalu-lalang disemua lokasi.


Selepas meninggalkan anak di Persada Johor Bahru,
aku meronda-ronda sekitar bandaraya Johor Bahru sebentar.
Sana-sini semuanya kelabu asap.
Singapura dah hilang.
Jerebu memang teruk.
IPU kata sekitar 100 sahaja.
Tetapi Singapura punya bacaan mencecah 200.
Tak tahu nak percaya ke tidak bacaan IPU kita.


Sebelum balik,
aku singgah di KIP Mart Tampoi.
Beli barang basah untuk mengisi peti sejuk.
Harga ikan dan sayur dah "stabil."
Stabil tetapi tetap mahal.
Tengok harga ikan bilis pun boleh demam aku.


Pukul 1 tengahari aku kembali semula ke Persada.
Anak kata dia dapat duduk meja depan sekali.
Siap dapat bersalaman dengan Permaisuri Johor lagi.
Keseronokannya tergambar sepanjang jalan pulang.
Bercerita betapa lembutnya tangan dan wajah Permaisuri Johor.


Kalau ada yang bertanya.
Bagaimana anakku boleh terpilih mewakili daerah?
Apa jasa yang telah disumbangkan?
Sebagaimana Tokoh Kanak-kanak tahun ini.
Yang berjaya menyelamatkan adiknya daripada asrama yang terbakar,
anakku pun boleh dikira berjasa juga.
Beliau banyak kali menyelamatkan kucing2 di rumah daripada kelaparan.
Beliau banyak menyelamatkan kain jemuran daripada kena hujan.
Dan jasa paling besar sekali.
Beliau menyelamatkan makanan daripada terbuang begitu sahaja.


Malam Sabtu.
Kawan lamaku daripada Kuala Lumpur datang ke Kulai.
Ada projek besar di Johor Bahru.
Jadi sempat jugalah aku bersembang dengannya.
Maklumlah lebih setahun tak berjumpa.
Mula-mula lepak di Ecrutuck.
Lepas tu menyambung di Nasi Lemak Wak Kentut.
Bukannya makan berat pun.
Sekadar duduk dan bercerita.
Tapi tengahmalam baru balik rumah.


Sekian cerita hujung mingguku.
Salam jerebu diangin lalu.




1 ulasan:

  1. Statement ini saya suka ;
    " Beliau banyak kali menyelamatkan kucing2 di rumah daripada kelaparan.
    Beliau banyak menyelamatkan kain jemuran daripada kena hujan."
    Semoga anak Doc Zul terus jadi anak yang soleh, suka menolong kerja2 di rumah dan sayang kpd semua makhluk Allah. Ameeen. :)

    BalasPadam