Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Oktober 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Aku pernah berurusan dengan wakil sebuah syarikat pengawal keselamatan.
Entah bila aku pun dah tak ingat.
Kalau ikut perancangan mereka,
ada satu klinik lain akan buat projek ini.
Tetapi disaat-saat akhir mereka menarik diri.
Pihak hospital pun dan asyik mengejar mereka.
Mereka dah ada dateline.
Lalu pegawai ini teringat akan aku.
Beberapa kali call klinik.
Bersungguh-sungguh meminta kerjasamaku.
Soal bayaran tak belum gusar.
Yang penting projek mesti aku jalankan.

Projek ini tak besar mana.
Projek ini pun tak susah mana.
Aku perlu menjalankan ujian saringan dadah.
Keatas semua pengawal keselamatan mereka.
Yang bekerja di Hospital Sultan Ismail.
Kalau ikut nasihat pegawai mereka,
aku hantar seorang pekerja aku dah cukup.
Kumpul air kencing.
Dan hantar ke makmal.
Tak susah.
Kerja senang.
Tetapi bukan seorang.
Ada 100 orang pekerja mereka.
Yang sedang bekerja.
Yang tidak boleh meninggalkan lokasi jagaan mereka.
Lagipun lokasi tempat mereka bekerja memang jauh daripada klinik.
Kalau nak suruh datang ke klinik seorang2 memanglah payah.
Itu sebab mereka suruh aku ke tempat mereka.


Petang Jumaat.
Aku membawa semua stafku ke Hospital Sultan Ismail.
Mereka lengkap berpakaian seragam.
Ada face mask juga glove sekali.
Kedatangan aku setengah jam lebih awal.
Kelam-kabut mereka menyambut kedatanganku.
Mereka tak sangka aku akan membawa satu pasukan.
Mereka juga tak sangka aku pun akan hadir sama.
Aku nak tunjuk bahawa aku kerja sungguh-sungguh.
Juga nak tunjuk bahawa kita ini profesional.

Pukul 5 petang kami memulakan tugas.
Mengumpul air kencing daripada semua pengawal keselamatan di hospital.
Aku tak buat apa-apa.
Hanya memantau staf aku buat kerja.
Mereka pun dah sangat biasa buat kerja2 ini.
Yang penting label kena betul.
Dan sampel ditutup ketat-ketat.
Sehingga jam 8.30 malam,
hampir kesemua sampel berjaya dikumpul.
Selebihnya ada 5 orang yang gagal hadir.
Itu akan diuruskan oleh pihak syarikat kemudian.


Pukul 9 malam aku tiba di rumah.
Aku segera bergegas untuk ke Hospital Pakar Puteri pulak.
Abang ipar aku baru selesai menjalani pembedahan.
Aku nak datang melawat.
Aku nak memberi sokongan moral kepadanya dan ahli keluarganya.
Kira-kira seminggu yang lalu.
Abang ipar aku jatuh dirumah abang ipar aku yang lagi satu.
Beliau langsung tak boleh berdiri selepas itu.
Sakit yang amat sangat dikedua2 pangkal pahanya.
Pemeriksaan MRI mengesahkan puncanya.
Ada otot yang koyak pada kedua2 pahanya.
Perlu dijahit semula.
Kalau tidak lagi lambat untuk sembuh.


Pukul 10.30 malam aku tiba diwad.
Saudara-mara aku yang lain ramai yang dah setia menanti.
Bersama-sama membantu apa yang terdaya.
Juga memberi sokongan moral antara satu sama lain.
Aku tak pasti bila abang ipar boleh keluar hospital.
Tetapi aku doakan supaya beliau segera sembuh.
Lepas tengahmalam barulah aku tiba dirumah semula.
Itupun beberapa kali hampir terlelap depan stereng.

Hari Sabtu pula.
Ada jemputan menjadi ahli pengiring rombongan pengantin.
Anak saudara aku yang berkahwin minggu lepas.
Kali ini majlis bertandang dirumah pengantin lelaki pulak.
Untuk kali ini tak ramai yang dapat hadir.
Terutama yang berada diluar kawasan.
Lagipun satu keluarga berada dihospital.
Manakala emak mertua aku pun tak cukup sihat.
Jadi rombongan tak seramai seperti selalu.
Alhamdulilah.
Majlisnya sangat meriah.
Sambutan pihak lelaki agak memeranjatkan.
Layanan cukup istimewa.
Bukan pengantin sahaja yang jadi raja.
Ahli rombongan pun dilayan seperti raja.
Nasi Briyaninya sedap.
Ditambah dengan adanya Ayam Golek Berempah.
Memang tak rugi datang jauh-jauh.


Salam hujung minggu kawan2!



  

1 ulasan:

  1. Nasi Briyani + Ayam Golek Berempah = Memang TERBAEKKK !!

    BalasPadam