Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Oktober 2015

Aku dan Cerita Majlis Perkahwinan Ady&Zarith

Ini sambungan daripada kisah yang ini.


Wife aku adalah anak bungsu daripada 6 beradik.
Maka majlis perkahwinannya adalah yang terakhir dalam keluarga Hj Yusop.
Majlis perkahwinannya bukan sahaja yang terakhir,
tetapi juga yang terbesar dan paling meriah.
Hampir semua saudara-mara jauh dan dekat dijemput untuk meraikan perkahwinannya.
Hampir semua saudara-mara datang.
Maklumlah majlis terakhir dirumah keluarga Hj Yusop.
Masing2 sponsored seorang sedikit.
Ada yang menaja live band.
Ada yang menaja set karaoke.
Ada yang menaja kumpulan kuda kepang.
Ada juga acara joget lambak.
Pendekkata 3 hari 3 malam majlisnya.
Kalahkan perkahwinan anak pak menteri.


Bagi abang ipar aku yang ini,
ini adalah majlis perkahwinan anaknya yang pertama.
Juga satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ini.
Jadi seperti majlis perkahwinan wife aku,
majlis ini juga dibuat secara besar-besaran.
Seluruh saudara-mara, sahabat handai juga jiran-tetangga dijemput.
Malah seluruh kampung dijemput.


Majlis pernikahan diadakan pada malam Sabtu.
Satu rumah penuh dengan saudara-mara.
Tak cukup di dalam rumah,
di dalam khemah pun penuh dengan saudara-mara dan jiran tetangga.
Abang ipar aku sendiri yang mengahwinkan anaknya.
Sebak juga rasa bila mendengar suara abang iparku.
Ditambah lagi bila tok kadi suruh baca lafaz menyerahkan anak kepada suaminya.
Aku dah terbayang diriku sendiri pada saat ini 10-15 tahun lagi.
Mungkin tak bersuara aku masa itu.


Pada firasat dan pemerhatianku,
abang dan kakak ipar aku adalah tuanrumah yang terbaik.
Majlis perkahwinan anaknya cukup sempurna.
Daripada hal yang besar-besar hingga kepada hal-hal remeh,
semuanya telah dipersiapkan dengan sempurna sekali.
Perancangan dibuat lebih 6 bulan rasanya.
Dan kami mula merewang dirumahnya sebulan sebelum majlis.
Macam-macam perkara kami buat bersama-sama.
Abang ipar, kakak ipar, anak2 saudara semuanya saling membantu.
Sesekali aku pun turut sama.
Menolong membungkus buah tangan untuk diberi kepada para tetamu.


Bagi abang dan kakak ipar aku,
urusan majlis perkahwinan dibuatnya sendiri.
Sambil dibantu oleh saudara-mara yang lain.
Masakan untuk para tetamu diketuai oleh tukang masak tersohor di sini.
Kata wife orang yang sama memasak untuk majlis kami 20 tahun yang lalu.
Nasi Briyani, Daging Kurma, Rendang Ayam, Paceri Nanas juga Kuah Dalca.
Semuanya sedap.
Ada juga pilihan Nasi Putih dengan Sayur Nangka Masak Lemak, Ulam-ulaman dan Ikan Kering.
Kalau malu nak tambah nasi memang rugi besar.
Kakak ipar aku juga merebus ubi kayu untuk dicicah dengan Sambal Tumis.
Ada juga Roti Jala cicah Kari disediakan secara live.
Minuman pula ada 7 jenis.
Pendek kata makanan memang mewah.


Ketika aku sibuk memasak dibelakang,
tetamu dah mula datang berduyun-duyun.
Suasana memang cukup meriah.
Tak menang tangan aku tengok abang aku bersalaman dengan tetamu yang datang.
Bila tugasku dah selesai dibelakang,
aku turut berada didepan.
Sesekali aku ditugaskan menemani abang iparku.
Menjadi bodyguard, menghulur buah tangan juga menerima sampul sumbangan.
Bila penat berdiri aku duduk.
Bila dah penat duduk aku berdiri.
Daripada 3 petang hinggalah selesai majlis kira-kira jam 6 petang.


Bila tetamu dan jiran tetangga dah mula pulang,
tinggallah saudara-mara dekat yang tinggal.
Kamilah yang menolong mengemas apa-apa yang patut.
Kehulu kehilir,
lepas maghrib barulah siap mengemas.
Masa itu barulah terasa penatnya.
Lutut bagai nak tercabut.
Kepala pun dah ingat nak bantal sahaja.


Bila suasana mula sunyi,
aku teringat kepada anakku.
Anak perempuanku yang seorang.
Aku terfikir,
adakah aku seberani abang iparku untuk membuat majlis sebegini hebat?
Adakah aku sehebat abang iparku untuk mengatur majlis sebegini lengkap?
Aku tak pasti.
Nak melafazkan akad untuk mengahwinkan anakku pun aku tak sanggup.
Semuanya masih terlalu awal.
Anakku baru nak ambil periksa PT3 esok.
Biarlah dia fikir pasal pelajarannya dahulu.
Yang lain-lain aku serahkan kepada Yang Maha Berkuasa.


Bulan 12 nanti abang ipar aku yang lagi satu akan buat majlis yang sama jugak.
Kali ini khabarnya akan dibuat didalam dewan.
Makanan pun diuruskan oleh katerer.
Jadi dapatlah kami sekeluarga berehat sedikit.
Apa-apapun,
kami ikutkan sahaja.
Kalau suruh tolong,
kami akan menolong sedaya-upaya.
Kalau suruh masak sekali lagi pun,
aku sanggup.
Ada resepi baru untuk dicuba.

Salam hujung minggu kawan-kawan.


4 ulasan:

  1. Saya dah uruskan 3 perkahwinan adik2 saya dan semuanya masih ada cacat cela. Saya tak pandai nk uruskan. Utk anak sendiri nnt, confirm saya guna wedding planner saja. Terpaksalah saya kumpulkan duit dr sekarang.

    Doc, your girl is a bright girl. She will embrace PT3 with courage, confident and love. I believe that success is her twin. Amiin.

    BalasPadam
  2. waktu saya kawin dulu2 .... urusan kebanyakan sy urus sendri...cuma bab majlis dan kerja kawin mengedar kad di kampung diuruskan oleh mak sedara saya ..... memang majlis sy ringkas dan tak besar ....

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada abang ipar saudara. Dah dapat menantu :D

    BalasPadam