Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Oktober 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini


Pada satu petang isnin yang sibuk.
Ada lebih kurang 10 pesakit sedang menunggu giliran.
Masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an.
Pertama kali datang mendaftar diklinikku.
Datang ditemani isterinya.
Beliau seorang yang berpelajaran tinggi.
Sedang mengambil PHD di universiti tempatan.

" Doktor, saya nak mendapatkan second opinion daripada doktor. "
Lalu beliau pun bercerita.
Sakit bahu yang kronik.
Sakit2 sendi yang berulang.
Sakit2 sendi yang berpindah2.
Ada doktor kata Frozen Shoulder.
Hantar dia buat fisioterapi.
Ada doktor kata Gout.
Ambil ujian darah.
Dan akhir sekali beliau dah berjumpa pakar Rheumatologist di USM.
Seronegative arthritis katanya.
Tapi dia masih tak berpuashati dengan penyakitnya.
Macam2 persoalan berkecamuk difikirannya.
Satu lagi rasanya dia pun ada juga jumpa Dr Google.
Istilah2 perubatan banyak yang dia tahu.

Selama 15 minit bersama denganku.
Rasanya di lebih banyak bercakap daripada aku.
Level pengetahuan tentang penyakitnya hampir sama denganku.
Jadi tak banyak yang aku boleh offer kepadanya.
Lagipun dia dah sampai level subspecialist.
Setakat doktor cabuk macam aku apa lagi opinion yang aku boleh beri?

Jadi nasihatku kepadanya.
Penyakitnya bukan level aku untuk beri nasihat.
Kena jumpa doktor yang lebih tinggi levelnya.
Pakar Perubatan.
Pakar Rheumatologist.
Bukannya doktor cabuk seperti aku.

Ini bukan pertama kali.
Dah banyak kali.
Pernah sekali seorang lelaki datang klinik awal pagi.
Bila jumpa aku,
Dia pun nak minta pendapat tentang penyakit.
Bukan penyakit dia.
Tetapi penyakit abangnya yang sedang berada di wad hospital.
Tanya apa yang perlu dilakukannya.

Panggilan telefon.
Pesanan ringkas.
Whatsapp.
Komen dalam blog.
Email.
Macam2 soalan aku terima.
Yang senang nak jawab.
Yang pening nak jawab.
Yang takda jawapan pun banyak.

Ilmu kedoktoran sangat luas.
Setiap penyakit tak semestinya perlu makan ubat mahal2.
Kadang2 sedikit nasihat dapat membantu.
Aku mungkin tak kaya mana.
Ilmu aku pun tak setinggi mana.
Tetapi aku harap sedikit ilmu yang aku ada.
Aku dapat sebarkan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga ianya menjadi amal jariah yang berkekalan.



4 ulasan:

  1. Terlalu tinggi ilmu agaknya Doc. Inilah Melayu, inilah Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis..Zaman dh berubah, skrg ni tak pelik utk lihat jumlah besar yg ada dg,ma,phd.entahlah..

      Padam
  2. Saya cuma berdaya komen ini saja, Doc ; "Hmmmmmmmm....."

    BalasPadam
  3. Salam bro..dia tgh masuk air tu a.k.a BUCK.

    BalasPadam