Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Oktober 2015

Aku dan Pesakit Hari Ini


Pagi ini aku didatangi seorang pesakit.
Seorang lelaki warga Nepal.
Kali ketiga datang ke klinikku bulan ini.
Kali pertama datang mengadu sesak nafas.
Sakit dikedua-dua belah sisi dadanya.
Kali kedua kata sakit perut pulak.
Waktu kerja tak sakit.
Waktu nak tidur baru datang sakitnya.
Untuk kedua-duanya,
aku pun tak tahu apa sakitnya.
Pening jugak kepala memikirkan punca penyakitnya.
Dan bila kali ketiga dia datang atas sakit yang sama,
aku rasa nak hantuk kepala aku kat dinding.
Biar keluar satu diagnosis yang munasabah.
Biasanya kalau pesakit sebegini,
cepat2 aku hantar ke tempat lain.
Klinik pakar ataupun klinik kerajaan.
Itu yang paling mudah dan senang aku lakukan.
Tetapi aku tak puashati dengan penyakit mamat ini.
Dia bukannya pesakit panel diklinik aku.
Setiap kali datang dia kena keluar duitnya sendiri.
Bukan prinsip aku senang2 nak ambil duit orang begitu sahaja.

Mamat Nepal ni dah dua tahun duduk Malaysia.
Tapi susah sangat nak berkomunikasi dengannya.
Bahasa Inggerisnya tinggi sangat levelnya.
Bahasa melayunya pun sama.
Dia punya vocabulary sangat limited.
Untuk kali ketiga ini,
dia datang seorang diri.
Langsung takda penterjemah.
Kalau ikut hati nak suruh dia balik.
Aku malas nak melayan.
Ramai lagi pesakit lain yang menunggu.

Nasib dia baik.
Ada seorang warga Nepal sedang menunggu giliran.
Dia dah 10 tahun duduk Malaysia.
Aku panggil dia masuk kedalam bilik.
Dia setuju jadi penterjemah.
Maka lamalah aku bersembang dengannya.
15 minit lebih rasanya.


Dia dah menghidap penyakit ini lebih 2 bulan.
Agen dia dah 3 kali bawa dia ke hospital kerajaan.
Gaji dia pun dah banyak kena potong untuk tanggung kos rawatan.
Tetapi penyakitnya tak juga baik.
Kawan dia yang recommend suruh jumpa aku.
Malangnya aku tak tahu apa penyakitnya.
Nak kata sakit gastrik makan ok.
Nak kata sakit urat kerja ok.
Nak kata pemalas dia tak nak MC.
Nak kata sakit jantung sakitnya masa rehat.
Nak kata sakit paru-paru takda sesak nafas.
Nak kata jangkitan kuman langsung takda demam.
Kopi tak minum.
Teh tak minum.
Rokok tak hisap.
Alkohol tak sentuh.
Perempuan jauh sekalilah.

Melalui penterjemah,
aku dapat menasihatkannya.
Aku suruh dia jangan risau.
Anxiety Disorder mungkin satu daripada puncanya.
Aku suruh dia menjaga pemakanan.
Dan yang paling penting,
aku suruh dia kurangkan kerisauannya.
Sakit jantung bukan.
Sakit kanser pun bukan.
InshaAllah nyawanya masih panjang.
Aku pesan kat dia,
jangan buang wang pergi ke klinik sana-sini.
Simpan duit untuk bekalan balik kampung 6 bulan lagi.
Boleh beli hadiah mahal2 untuk anak isteri.


Aku harap ini kali terakhir dia datang ke klinik aku.
Aku bukan mengharap sangat duit daripadanya.
Biarlah pesakit lain yang datang takpa.
Tetapi bukannya dia.


2 ulasan:

  1. So, mmg anxiety disorder ke Doc?

    BalasPadam
  2. menarik kes Dr kali ni ...dan nasihat DR pun best ...

    BalasPadam