Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Oktober 2015

Aku dan Projek Hujung Minggu Ini

Hujung minggu ini aku tukar profesion.
Atas permintaan pihak pengantin.
Aku jadi tukang masak untuk majlis makan berdamai.
Mula-mula ingat gurau sahaja.
Rupa-rupanya betul.
Biasanya kalau ada majlis kahwin saudara-mara aku jadi fotografer.
Tapi kali ini aku minta jawatan lain.
Bagilah orang muda usung kamera sana-sini.
Seminggu aku mencari idea.
Nak masak apa untuk pengantin.
Pihak pengantin beri penuh kebebasan.
Tiada had bajet.
Masak apa sahaja.
Yang penting sedap.


Hari Jumaat.
Wife yang pergi ke pasar.
Beli ikan siakap juga udang segar.
Lepas tu pergi ke Econsave dan Fresh Hub.
Beli rempah ratus juga aneka sos.
Menu dah ada dalam kepala.
Cuma boleh ke tidak nak merealisasikannya.


Awal pagi sabtu.
Aku dah sampai dirumah pengantin.
Bersiap sedia untuk memasak.
Aku ada masa 3 jam.
Memasak 3 jenis masakan.
Untuk 30 orang tetamu pihak pengantin lelaki.



Anak saudaraku ramai.
Kakak iparku pun ramai.
Semuanya rajin nak membantu.
Menyiang sayir-sayuran.
Juga bahan untuk membuat hiasan.
Yang lain-lain aku buat sendiri.
Mengoreng ikan.
Menggoreng udang.
Menggoreng sayur.
Membuat sos.
Dan juga menghidang.


3 resepi ringkas.
Ikan Siakap Tiga Rasa.
Udang Goreng Black Pepper.
Sayur Chap Chai Anekawarna.
Ada ilham nak buat ayam golek.
Juga telur puyuh cucuk kat nanas.
Tapi kerjanya rumit.
Tak boleh siap dalam 3 jam.
Lagipun aku nak kelainan.
Pihak pengantin pun dah cakap.
Ikut resepi dan selera aku.


Akhirnya.
Aku melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan.
Sesekali lari daripada rutin kehidupan.
Lapang sikit kepala.


4 ulasan:

  1. Makkk oiii. Kalah katerer ni Doc. Eloklah x ada ayam golek. Pengantin nak makan segan pula nnt. Sekali sekala tinggalkan ubat ubatan dan pesakit, lega juga jiwa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple, colourful and easy to eat.
      Itu mottonya.
      Kalau tidak terkial2 pengantin nak makan...

      Padam
  2. pandai jugak ye Doc masak....saya kadang tu kecut perut jugak kalau perlu masak banyak2 ni selalu masak sikit2 je untuk keluarga...mesti sedap tu tengok je pon dah tahu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah biasa masak untuk ramai orang.
      Tetapi kat rumah sendiri.
      Ini kali pertama masak kat rumah orang.
      Segan sebab ramai yang menonton.

      Daripada usia 9 tahun saya dah mula memasak.
      Masa tu guna dapur kayu.
      Lepas tu bertukar ke dapur minyak tanah.
      Dan sampailah sekarang.
      Usia 14 tahun saya dah mula menonton rancangan memasak kat tv.
      Belajar daripada pengalaman.
      Dan guna kaedah try and error.

      Padam