Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Oktober 2015

Aku ke Boat Noodle Sutera Mall


Pada satu malam minggu.
Selepas beberapa kali berjanji.
Akhirnya aku sampai juga ke sini.
Demi menunaikan janji anak yang baru habis PT3.
Nak mencuba Mee Sampan.
Disebuah restoran yang tersenarai dalam 10 terbaik di JB.


Restoran Boat Noodle.
Letaknya di sebelah luar Sutera Mall.
Walaupun pekerjanya semua berbangsa Cina,
tetapi telah disahkan halal oleh Jakim.
Mee Sampan.
Kalau ikut resepi asal daripada Thailand,
memang tak halal.
Macam2 benda tak halal dibubuh didalamnya.
Tetapi yang ini dah diMalaysiakan.
Jadi kehalalannya jangan diragukan.


Restoran ini memang ambil konsep daripada Thailand.
Sana-sini penuh dengan signage bahasa Thai.
Masa aku sampai restoran penuh dengan orang Melayu.
Jadi aku tak rasa janggal sangat.
Ini kali pertama aku sampai.
Pelayan terus menyuruh kami duduk.
Menu ada diatas meja.
Dan order sendiri dengan mengisi borang disediakan.


Kami datang memang nak cuba Mee Sampan.
Jadi masing2 order benda yang hampir sama.
Aku ambil Beef Noodle.
Manakala anak2 ambil Chicken Noodle.
Ada dua jenis kuah boleh dipilih.
Pathumthani atau Ayutthaya.
Satu pekat dan gelap.
Satu lagi agak cair dan cerah.
Aku mencuba kedua2nya.


10 minit kemudian.
Mee Sampan pun sampai.
Kelihatan macam Laksa Penang.
Cuma ditambah bebola daging/ayam sebiji.
Kuahnya memang likat.
Rasanya melekat.
Meenya kenyal.
Bebola dagingnya pun kenyal.
Rasanya lebih kurang macam Laksa Kedah yang aku makan masa di Jeti Kuala Perlis dahulu.
Agak manis dan tak berapa pedas.
Kalau ada 10 mangkuk,
aku rasa aku boleh habiskan.


Diatas meja ada disediakan sos ikan, sos cili manis dan serbuk lada untuk menambah perisa.
Aku tak tambah apa2pun.
Memang dah sedap pun.
Cuma satu masalahku.
Portion makanannya sedikit sangat.
Dua kali ceduk dah habis dah.
Semangkuk harga RM 1.90.
Tak termasuk 6% GST dan 5% cukai perkhidmatan.
Kalau ikut keluasan dan isipadu perut aku,
5 mangkuk rasanya baru cukup untuk sampai level kenyang.
Setakat 1-2 mangkuk takda rasa kenyang pun.


Minuman disini pun sedap juga.
Ice-blendednya sedap kata anakku.
Kopi yang aku order pun sedap jugak.
Cuma harganya agak melantun sedikit.


45 minit kemudian aku bayar bil.
Agak mahal walaupun sedap.
Agak mahal kalau nak kira perut yang tak kenyang.
Aku pasti akan datang lagi ke sini.
Selain Mee Sampan,
ada banyak lagi menu lain yang boleh dicuba.
Tetapi untuk akan datang aku tak nak order air mahal2.
Order air masak dah cukup.

Suasana: 8/10
Layanan: 7/10
Makanan: 7/10
Harga: 7/10


5 ulasan:

  1. memang 'kick' dari segi rasa dan harga

    BalasPadam
  2. tak pernah cuba makan sebab penah gak heboh kabo angin ckp tak halal...tapi kalau dah di sahkan halal dari jakim lepas ni takde la rase was2 lagi....lain kali bole cuba ni nampak sedap pulak...

    BalasPadam
  3. Melantun tu yg tak tahan tuuuuu.... :D
    Apapun, Terima kasih Doc !

    BalasPadam
  4. Hahahha..tu la pasal kan...mangkuk dia kecik amat...
    Saya belum try lagi...

    BalasPadam
  5. Rasa tak sanggup pulak makan walau disahkan halal.

    BalasPadam