Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Aku di Seminar On Functional Medicine

Awal pagi hari Jumaat. Aku dah sampai di Le Grandeur Hotel Senai. Dah dua bulan diwar-warkan pasal seminar ini di Whatsapp group. Tetapi aku buat tak endah sahaja. Aku memang agak skeptik bila orang bercerita pasal Functional Medicine. Sesuatu yang menyimpang jauh daripada apa yang aku belajar dan amalkan sekarang. Sesuatu yang aku anggap sebagai bida'ah. Sesuatu yang aku anggap sebagai satu skim untuk cepat kaya. Sesuatu yang bukannya evidence based medicine. Pseudoscience. Itulah anggapan awal aku sebelum masuk ke dalam dewan kuliah.

Kehadiran untuk seminar ini adalah sederhana sahaja. Target 100 orang. Tetapi kedatangan sekitar 60-70 peserta sahaja. Ini seminar pertama anjuran PERDIM Johor. Jadi padaku kedatangan memang agak memuaskan. Lagipun untuk menjadi peserta bukannya percuma. Kena bayar yuran penyertaan tak termasuk bilik penginapan. Yang datang pun bukan setakat doktor daripada Johor sahaja. Daripada Melaka juga Negeri Sembilan pun ada.

Seminar dimulakan agak lewat sedi…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Beberapa yang lalu. Salah seorang sahabatku menghubungiku. Mengajakku. Menjadi salah seorang AJK. Untuk satu program CME ( Continuous Medical Education ) tajaan PERDIM JOHOR. Dia tak suruh aku buat apa-apa. Cuma datang bawa kamera sahaja. Tolong ambil gambar sepanjang seminar tersebut. Mula-mula memang agak keberatan. Aku tak suka menghadiri mesyuarat. Aku tak suka berprotokol. Aku juga tak suka bersosial. Tetapi demi kebosanan menghadap warga Nepal sepanjang hari, aku beri persetujuan. Syaratnya aku nak kebebasan. Aku tak nak jadi part of AJK. Aku datang sebagai salah seorang peserta juga. Dan ambil gambar sebagai sebahagian assignmentku.

Petang Khamis. Sahabatku menghubungiku lagi. Dia mengajak aku untuk hadir mesyuarat terakhir AJK. Aku hadir bukan untuk mesyuarat. Aku hadir untuk memperkenalkan diri. Juga untuk melihat-lihat kawasan seminar. Maklumlah ini pertama kali aku digelar official photographer. Kena tengok lokasi. Kena tengok suasana. Kena tengok pencahayaan. Kena kenalpa…

Aku dan Wordless Saturday

Aku dan Majlis Pernikahan DrAsraf&DrTasha

Pada Sabtu 18 Oktober 2014. Mereka berdua ditunangkan.

Pada Sabtu 21-11-2015. Jam 10.30 pagi. Mereka berdua dinikahkan.

Kali ini aku hadir sebagai pemerhati sahaja. Dah tak larat nak usung kamera DSLR aku. Pihak pengantin perempuan pun dah pasang tiga cameramen. Cukuplah aku sebagai pemerhati sahaja.

Majlis pernikahan di Johor memang agak kompleks. Tok kadi sibuk mengisi borang-borang didepan pengantin. Tok kadi sibuk menyemak kad pengenalan para saksi didepan pengantin. Lepas tu sibuk mengambil tandatangan para saksi.
Berhelai-helai borang perlu ditandatangan.
Pada aku ianya patut dibuat terlebih dahulu. Jadi depan pengantin tinggal lafaz akad sahaja. Lebih mudah dan ringkas.

Alhamdulilah. Dengan sekali lafaz sahaja. Mereka sah menjadi suami isteri. Tahniah kepada PokDe dan MokDe. Tahniah kepada DrUddin. Tahniah kepada semua.

Bulan depan majlis dipihak lelaki pula. Majlis akan diadakan didewan. Bukan buat dirumah macam majlis PokTeh tempohari. Jadi persiapannya kurang sedikit. Dapat…

Aku dan Hujung Minggu Ini di Kuala Lumpur

Sabtu yang lalu. Aku berada di Kuala Lumpur. Aku dijemput menghadiri persidangan. Bukan Persidangan ASEAN ke 27. Persidangan lain. Yang tarikh dan tempatnya sama dengan persidangan yang di atas. Masanya memang tak kena. Presiden Obama ada di Kuala Lumpur juga masa itu. Kedatangan aku ke Kuala Lumpur seperti masuk ke zon perang. Di sana-sini kelihatan anggota keselamatan sedang berkawal. Melihat aku seperti melihat terrorist. Melihat aku seperti pengebom berani mati. Muka suspicious sahaja tengok aku. 

Bila aku memasuki kawasan Bukit Bintang, penunjuk jalan aku jadi kelam-kabut. Jalan-jalan sekitar hotel yang aku nak duduk banyak yang ditutup. Waze ajak aku ikut jalan belakang. Ikut lorong-lorong kecil dicelah-celah bangunan. Anggota keselamatan ada menunjukkan jalan lain. Tetapi dua kali pusing aku masih melalui jalan yang sama. Akhirnya anggota keselamatan beri aku masuk. Tetapi aku kena jalan kaki 200 meter untuk menuju ke hotel. Aku tanya selamat ke aku parking kereta di sini? &qu…

Aku di Doubletree Hilton JB

Pada satu petang hari cuti. Aku mendapat undangan. Untuk menghadiri Dinner Talk. Biasalah cerita-cerita pasal ubat-ubatan. Lokasinya di Hotel Doubletree By Hilton Johor Bahru. Kebelakangan ini aku memang banyak dapat undangan. Tetapi tak semua aku pergi. Aku pilih tajuk. Aku pilih masa. Aku pilih lokasi. Aku juga pilih jenis makanan yang akan dihidangkan. Kalau semuanya kena, barulah aku akan menghadirinya.

Dinner Talk ini diadakan secara Web Cast. Penceramahnya seorang pakar Nephrologi daripada USA. Tajuknya berkenaan dengan kerosakan buah pinggang akibat pengambilan painkillers. Memang kebelakangan ini ramai juga pesakit aku yang sebegini. Jadi bolehlah aku tambah ilmu sedikit sebanyak. Aku tiba di lobi hotel kira-kira jam 7.40 malam. Beberapa kali drug rep yang incharged ingatkan aku. Datang jangan tak datang katanya.
Bilik persidangannya bukan terletak disekitar lobi hotel. Letaknya di tingkat 11. Masa aku sampai, ada kira-kira 30 orang peserta lain sudah sedia menunggu. Tak seora…

Aku dan Wordless Wednesday

Nota kaki:
Johor cuti umum hari ini.




Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki berusia 23 tahun.
Menjadi pesakitku semenjak berusia 13 tahun lagi.
Bermula dengan penyakit Asthma.
Diikuti dengan penyakit radang sendi.
Penyakit Gout untuk diagnosis lebih tepat.
Itu yang aku agak hairan.
Muda-muda lagi dah kena gout.
Beliau pernah dimasukkan ke wad kerana masalah buah pinggang pada tahun 2012.
Doktor ada menyatakan bahawa buah pinggangnya kecil sebelah.
Tetapi beliau tak hadir untuk rawatan susulan.
Mulai tahun 2013,
beliau semakin kerap diserang radang sendi.
Kadang-kadang berhari-hari beliau tak boleh jalan.
Makan ubat penahan sakit pun tak berkesan dah.
Lalu beliau beralih ke rawatan alternatif.
Pun tak berkesan jugak.

Akhir tahun 2013,
aku buat ujian darah ke atas beliau.
Buah pinggangnya sudah menunjukkan kemerosotan.
Paras Ureanya tinggi ( 14.7 )
Paras kolesterolnya sangat tinggi ( 7.0 ).
Paras Asid Uriknya tinggi ( 530 ).
Aku rujuk beliau ke Klinik Kesihatan.
Berharap beliau akan dirujuk ke klinik pakar.
Namun doktor pesakit luar tak buat apa…

Aku dan Kundasang Unplugged Hari 3

Ketibaanku di Kota Kinabalu disambut oleh hujan lebat.
Jadi lepas checked in,
aku duduk memerap didalam bilik sahaja.
Hotel Cititel Express tidak seperti yang aku harapkan.
Aku pilih hotel ini kerana lokasinya ditengah bandaraya.
Juga diskaun 30 peratus yang menarik minatku.
Tak sangka biliknya sangat kecil.
Hanya muat katil dan laluan sempit depan pintu masuk.
Tiada tempat nak duduk.
Nak bentang sejadah pun susah.
Lagipun tiada pemisah antara bilik air dan ruang tempat tidur.
Air boleh mengalir keluar jika tidak disekat dengan tuala.
Wife panggil housekeeping pun takda penyelesaian.
Dia sekadar suruh call housekeeping untuk dapatkan tuala baru.


Selepas Maghrib aku turun ke bawah.
Wife nak pergi ke pasar malam.
Mencari ole-ole untuk saudara-mara.
Memandangkan hujan baru teduh,
gerai-gerai lambat dibuka.
Tetapi keseluruhan pasar malam menjual barang-barang perempuan.
Selepas tawaf satu pusingan aku tinggalkan wife.
Aku duduk melepak kat tingkat atas McD sambil melihat pemandangan.
Kot…