Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 November 2015

Aku dan Desa Dairy Farm Sabah


Antara sebab utama aku nak ke Kundasang.
Melihat pemandangan dikawasan ini.
Ada yang kata suasananya seperti berada di New Zealand.
Lembu-lembu tenusu dibiarkan bebas meragut rumput dengan latarbelakang gunung.
Khabarnya kalau masuk ke dalam kawasan,
boleh melihat cara-cara memerah susu lembu.
Untuk orang bukan ada-ada yang tak mampu nak ke New Zealand,
dapat tengok di sini kira jadilah.


Aku sampai di sini kira-kira jam 7.30 pagi.
Perjalanan daripada rumah homestay ke sini mengambil masa 10 minit sahaja.
Tetapi jalannya memang teruk.
Jalannya berbatu dan bertanah merah.
Kalau takda Waze yang menunjuk arah,
rasanya aku dah berpatah balik dah.
Jalan menuju ke lokasi tidak seperti yang dibayangkan.


Ketika aku sampai,
cuaca memang sejuk dan nyaman.
Walaupun belum pernah sampai ke New Zealand,
aku terasa seperti berada di sana.
Pemandangan 360 darjah yang sangat menakjubkan.
Banjaran Gunung Kinabalu terasa sangat hampir.
Sementara menunggu pintu pagar dibuka,
puas aku dan anak-anak mengambil gambar.
Dan sampai pukul 8.15 pagi,
pintu pagar masih belum dibuka.
Cuti ke hari ini?


Aku ada dua pilihan.
Nak datang lagi kemudian hari.
Ataupun,
terus sahaja ke New Zealand.
Aku tak dapat nak membuat pilihan.
Tetapi aku dah berpuashati.
Aku dah berjaya merakam gambar yang selama ini aku idamkan.


Bersambung.




1 ulasan:

  1. Waktu perahan susu lembu rasenye pukul 3 petang setiap hari...saya tahun lepas sampai tepat pkl 3 ptg...kikiki...best jugak dalam tu banyak xtvt dan aiskrim yg sedap...huhuhu...takpe lain kali bole terjah lagi atau seperti kata Doc terus aje ke New Zealand je lepas ni...lagi best kan ^_^

    BalasPadam