Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 November 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini di Kuala Lumpur


Sabtu yang lalu.
Aku berada di Kuala Lumpur.
Aku dijemput menghadiri persidangan.
Bukan Persidangan ASEAN ke 27.
Persidangan lain.
Yang tarikh dan tempatnya sama dengan persidangan yang di atas.
Masanya memang tak kena.
Presiden Obama ada di Kuala Lumpur juga masa itu.
Kedatangan aku ke Kuala Lumpur seperti masuk ke zon perang.
Di sana-sini kelihatan anggota keselamatan sedang berkawal.
Melihat aku seperti melihat terrorist.
Melihat aku seperti pengebom berani mati.
Muka suspicious sahaja tengok aku. 


Bila aku memasuki kawasan Bukit Bintang,
penunjuk jalan aku jadi kelam-kabut.
Jalan-jalan sekitar hotel yang aku nak duduk banyak yang ditutup.
Waze ajak aku ikut jalan belakang.
Ikut lorong-lorong kecil dicelah-celah bangunan.
Anggota keselamatan ada menunjukkan jalan lain.
Tetapi dua kali pusing aku masih melalui jalan yang sama.
Akhirnya anggota keselamatan beri aku masuk.
Tetapi aku kena jalan kaki 200 meter untuk menuju ke hotel.
Aku tanya selamat ke aku parking kereta di sini?
" Jangan takut encik. "
" Saya berkawal disini 24 jam. "


Ketibaanku dilobi hotel disambut oleh anggota-anggota keselamatan.
Bagasi aku discan seperti nak naik kapalterbang.
Body check up pun dibuat.
Rupa-rupanya delegasi daripada US ada menginap dihotel yang sama.
Setiap kenderaan yang nak masuk ke hotel juga diperiksa.
Enjin pun diaorang tengok.
Penakut betul orang Amerika ni.
Presiden Obama nak lalu pun,
dua jam sebelum tu jalan dah tutup.
Tapi aku takda sedikit pun rasa takut.
Walaupun duduk satu hotel dengan orang Amerika,
sedikit pun aku tak takut kena bom.
Malah aku rasa lebih selamat.
Sebab semua yang menjaga dan berkawal,
adalah orang yang sebangsa dengan aku.
Terima kasih aku ucapkan kepada anggota keselamatan kita.
Berjaga-jaga 24 jam untuk keselamatan semua.


Urusan pendaftaran masuk selepas itu mudah sahaja.
Ada kaunter khas untuk peserta persidangan sepertiku.
Bilik pun dah siap.
Aku dapat bilik ditingkat 20.
Pemandangan memandang bangunan-bangunan tinggi Kuala Lumpur.
Ada yang dah siap.
Ada juga yang sedang dalam pembinaan.
Ini hotel 5 bintang.
Peluang yang sukar nak dilepaskan bila ada orang mengajak.


Selepas Maghrib aku turun ke bawah.
Didepan hotel ada Pavillion.
Disebelah hotel ada Starhill Gallery.
Aku berjalan kaki sahaja.
Kehadiran anggota pasukan keselamatan langsung tak menjejaskan kemeriahan Bukit Bintang.
Manusia memang ramai.
Terutamanya dipintu masuk Pavillion.
Penuh dengan warga asing sedang duduk-duduk dibawah pokok krismas yang berwarna-warni.
Selfie dan wefie dah jadi kemestian mereka.
Walaupun ramai orang yang lalu lalang,
mereka tanpa segan berposing dengan monopod panjang mereka.
Keluar daripada Pavillion,
hujan turun renyai-renyai.
Kalau masa masuk tadi aku disambut oleh warga asing meminta sedekah,
kini aku disambut oleh para penjual payung pula.
Hebat sungguh orang Kuala Lumpur.
Pandai sungguh mengambil kesempatan.
Tapi aku tak puashati dengan para peminta sedekah warga asing ini.
Menghulur surah yaasin kecil untuk sedikit sumbangan derma.
Agama diperalatkan.
Ayat-ayat suci dipermainkan.
Ayat Quran tak sepatutnya diperlakukan begini.


Atas cadangan seorang kawan,
aku singgah di Starhill Gallery.
Ada pameran jam tangan.
Tapi bukan sebarang jam tangan.
Ini jam tangan golongan ada-ada.
Golongan yang sanggup membayar berapa sahaja untuk menambah koleksi mereka.
Kedai-kedai yang ada didalam itu pun sangat eksklusif.
Ini bukan level aku.
Ada juga peragaan jam tangan oleh model-model dipentas.
Jatuh bertaburan iman aku bila tengok pakaian mereka.
Cepat-cepat aku berlalu walaupun teringin jugak nak tengok berapa harga jam yang dipakainya.


Keesokan paginya.
Iaitu pagi hari Ahad.
Hari cuti am di Johor.
Hari Keputeraan Sultan Johor.
Tetapi aku kena mendengar ceramah mengenai susu.
Ceramah mengenai alahan kepada susu lembu.
Mereka yang menaja penginapan aku.
Mereka yang menaja perjalanan aku.
Jadi hari cuti ke tidak,
aku kena daftar dan duduk mendengar ceramah mereka.
Persidangan, bengkel ataupun simposium ini adalah peringkat antarabangsa.
Penceramahnya ada yang daripada luar negara.
Tetapi pada aku ini bukan level aku.
Terlalu advance untuk level GP sepertiku.


Kedatangan adalah sangat menggalakkan.
Dewan penuh dengan peserta.
GP seperti aku pun ramai juga.
Tetapi tak seorang pun yang aku kenal.
Persidangan dimulakan agak lewat.
Ada briefieng keselamatan dahulu oleh pihak hotel.
Bercerita kalau ada kebakaran atau kecemasan.
Pintu mana nak ikut,
tangga mana nak ikut.
Menakutkan betul.
Penceramah pertama bukan seorang doktor.
Bercerita tentang kefahaman ibu-ibu moden mengenai susu formula.
Jadi perkataan-perkataan yang digunakan simple sahaja.
Aku mudah faham dan menghadamnya.
Tetapi masuk penceramah kedua aku dah mula bingung.
Hal-hal imunologi yang aku lulus cukup-cukup makan sahaja mula dibincangkan.
Lebih banyak tak faham daripada faham.
Lebih banyak lupa daripada ingat.


Masuk penceramah ketiga,
aku dah hilang fokus.
Lepas keluar bilik air,
aku terus balik bilik.
Aku nekad tak nak tunggu sampai petang.
Cukuplah dengan sedikit ilmu yang aku dapat.
Kalaulah company susu tu minta refund balik duit hotel,
aku sanggup bayar.
Sememangnya aku memang tak nak tunggu sampai petang.
Ada banyak urusan yang perlu diselesaikan di rumah.


Pukul 1.30 petang aku meninggalkan Kuala Lumpur.
Perjalanan balik tak susah.
Keluar hotel terus masuk Terowong SMART menuju Sg Besi.
Pukul 2.30 petang aku dah sampai di Bandar Baru Bangi.
Mencari makan tengahari.
Aku memang dah lama teringin nak repeat restoran ini.
Ada masakan kampung.
Ada ikan bakar.
Ada ikan patin masak tempoyak.
Ada aneka ulaman.
Ada Air Limau Nipis Special.
Dan yang paling penting ada nasi panas.


Pukul 3.30 petang.
Aku meneruskan perjalanan untuk pulang.
Semakin ke selatan,
kenderaan semakin banyak dijalanan.
RnR pun sesak dengan kenderaan.
Pukul 7 malam.
Aku tiba dikampung.
Anak-anak aku tumpangkan dirumah kakak ipar aku.


Ada yang bertanya.
Ada dapat CME point ke menghadiri kursus-kursus sebegini?
Ada keperluan ke untuk renew lesen Sijil Amalan Tahunan?
Dulu memang ada ura-ura.
Mewajibkan doktor-doktor GP untuk menghadiri kursus-kursus sebegini.
Kena kumpul point.
Tak cukup point tak boleh nak renew lesen.
Tapi sampai sekarang masih senyap sahaja.
Belum nak diwajibkan lagi.
Jadi terpulang kepada individu.
Pada aku,
kalau kena tarikhnya.
Kalau kena tempatnya.
Kalau kena lokasinya.
Aku pasti setuju nak pergi.
Ada yang kata kursus-kursus seperti ini sebagai satu imbuhan.
Satu pemberian 'rasuah'.
Satu pemberian 'gula-gula'.
Tetapi pada aku tidak.
Aku tiada ikatan apa-apa dengan mereka.
Aku beli dan pakai ubat mereka sebab ianya memang terbukti bagus.
Bukannya sebab aku mengharapkan imbuhan apa-apa.

Salam hari isnin kawan-kawan.










1 ulasan:

  1. hebat tu pengalaman doktor ke kuala lumpur time obama dtg ....
    kami pun tak berani masuk kl kot sangkut dlm jem semata-mata the beast nk lalu

    BalasPadam