Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 November 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini


Hujung minggu yang sangat meriah.
Terutamanya di negeri Johor Darul Takzim.
Kejayaan JDT memasuki final Piala AFC memang tidak dijangkakan.
Hanya selepas 3 tahun TMJ melakukan perubahan,
hasilnya sudah mula kelihatan.
Haters will be haters.
Ada yang kata JDT masuk final sebab nasib.
Sebab team Kuwait kena disqualified.
Tetapi cuba tengok masa mereka bermain di Kuwait,
cukup lengkap pasukannya.
Cukup berdisiplin para pemainnya.
Pasukan JDT kali ini banyak melakar sejarah.
Pasukan pertama Malaysia layak ke pusingan separuh akhir.
Pasukan pertama Malaysia layak ke pusingan akhir.
Sesuatu yang boleh dilakukan dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Kita tunggu FAM nak kata apa.


Bibit-bibit kemenangan sebenarnya telah lama kelihatan.
Komitmen seluruh skuad.
Komitmen keluarga di raja.
Komitmen kerajaan negeri.
Komitmen para penyokong.
Andaikata JDT tewas sekalipun,
kita sebenarnya telah menang.
Bukan setakat menang sorak.
Tetapi menang dalam menyatukan bangsa Johor.
Disana- sini aku nampak semangatnya.


Petang Sabtu.
Aku ke Hospital Pakar Puteri di Larkin.
Melawat abang ipar yang telah menjalani pembedahan.
Membuang kelenjar parathyroid yang mengganggunya sekian lama.
Syukur Alhamdulilah.
Pembedahannya telah selamat.
Keadaannya selepas pembedahan pun sangat memuaskan.
Tidak seperti masa pembedahan lututnya tempohari.
Selepas habis melawatnya,
aku berjalan-jalan sekitar Johor Bahru.
Anak mencadangkan kita singgah di Dataran Bandaraya.
Ada pesta sempena Piala AFC.
Pukul 7.30 malam.
Aku menghampiri Dataran Bandaraya.
Jalan dah mula sesak.
Banyak kenderaan diletak ditepi-tepi jalan.
Bila aku sampai depan dataran,
memang sah aku tak dapat nak masuk dah.
Hampir semua tempat dipenuhi dengan kenderaan dan lautan manusia.
Masing-masing dengan baju merah-biru-hitam juga putih.
Rasanya suasananya semeriah di Stadium Larkin.


Pukul 8 malam.
Aku tiba di rumah.
Perlawanan telah berlangsung.
Siaran langsung di tv9.
Gambarnya cantik.
Ulasan selari pun cantik.
Cuma angle kameranya sangat tak menarik.
Bawah sangat.
Tak boleh nampak keseluruhan padang.
Tetapi bila replay,
baru cantik pemandangannya.
Kenapa macam tu ya?


Minit ke -23.
JDT berjaya menjaringkan gol awal.
Gol permulaan yang sangat-sangat dinantikan.
Gol pertama.
Juga gol kemenangan.
Pasukan lawan berjaya menjaringkan 2 gol selepas itu.
Tetapi kedua-duanya dikira offside.
Separuh masa kedua.
JDT menerima tekanan maha hebat.
Namun disiplin pasukan tetap utuh.
Kata-kata semangat dan azimat daripada Sultan dan TMJ.
Juga iringan doa daripada seluruh rakyat Johor,
menjadikan impian satu kenyataan.
Alhamdulilah.
Impossible is nothing.
Minit ke 97 wisel penamat dibunyikan.
Aku tabik kepada seluruh pasukan.
Aku tabik kepada pengadil perlawanan.
Aku juga tabik kepada pasukan tuan rumah.
Ini perlawanan yang adil.
Tiada berat sebelah.
Ikut ulasan daripada FoxSports,
pasukan lawan agak memandang rendah pasukan JDT.
Itu antara punca kekalahan mereka.
Maklumlah selama ini hanya pasukan Asia Barat yang memenangi piala.
Belum sekali pasukan Asia Tenggara masuk perlawanan akhir.
Apatahlagi menang piala.
Lagipun pasukan Pahang kalah 4-0 dengan mereka.
Jadi mereka tak menjangka semua ini agaknya.


Sebagaimana Safiq Rahim tidur lena malam tadi,
aku pun tidur lena juga.
Hari ini Johor diisytihar cuti umum pulak tu.
Apa-apa pun.
Sekali lagi,
Tahniah JDT.
Tahniah TMJ.
Tahniah BoysOfStraits.
Tahniah Bangsa Johor.
Ini baru permulaan.
Untuk satu perjalanan yang lebih sukar.
Kerana satu Asia sedang memandang kita.
JDT bukan lagi pasukan underdog.
Tiada siapa yang berani memandang rendah kita lagi.

Luaskan Kuasamu.



3 ulasan:

  1. tahniah jg kepada malaysia ..sbb ranking naik ..hihi

    BalasPadam
  2. Tahniah JDT -- Luaskan KuasaMu..
    (Tapi Selangor, Perak & Penang akan beri tentangan hebat... hehe :D )
    )saya lahir di Penang, besar & tinggal di KL & Selangor, kawin dgn org Perak... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam ini ada perarakan sambut kepulangan piala ke Johor.
      Mari beramai2 memeriahkan majlis.

      Itupun kalau tak hujan ler...

      Padam