Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 November 2015

Aku dan Hujung Minggu Ini

Beberapa yang lalu.
Salah seorang sahabatku menghubungiku.
Mengajakku.
Menjadi salah seorang AJK.
Untuk satu program CME ( Continuous Medical Education ) tajaan PERDIM JOHOR.
Dia tak suruh aku buat apa-apa.
Cuma datang bawa kamera sahaja.
Tolong ambil gambar sepanjang seminar tersebut.
Mula-mula memang agak keberatan.
Aku tak suka menghadiri mesyuarat.
Aku tak suka berprotokol.
Aku juga tak suka bersosial.
Tetapi demi kebosanan menghadap warga Nepal sepanjang hari,
aku beri persetujuan.
Syaratnya aku nak kebebasan.
Aku tak nak jadi part of AJK.
Aku datang sebagai salah seorang peserta juga.
Dan ambil gambar sebagai sebahagian assignmentku.


Petang Khamis.
Sahabatku menghubungiku lagi.
Dia mengajak aku untuk hadir mesyuarat terakhir AJK.
Aku hadir bukan untuk mesyuarat.
Aku hadir untuk memperkenalkan diri.
Juga untuk melihat-lihat kawasan seminar.
Maklumlah ini pertama kali aku digelar official photographer.
Kena tengok lokasi.
Kena tengok suasana.
Kena tengok pencahayaan.
Kena kenalpasti angle dan view.
Ada banyak beza.
Antara photographer dan camera owner.
Lagipun aku dah lama sangat tak pegang DSLR aku.
Jadi malam itu aku buat test shot sikit.


Ketika aku sampai,
mesyuarat dah separuh jalan.
Aku memang langsung takda kepentingan.
Tapi aku dapat berkenalan dengan AJK yang ada.
Kebanyakannya aku pernah jumpa.
Terutama masa perjumpaan JDT GP United awal tahun ini.
Habis mesyuarat,
aku meninjau-ninjau sekitar tapak seminar.
Sementara menunggu kedatangan AJK PERDIM pusat,
aku membantu membungkus goodies bag untuk peserta hari esok.


Aku perhatikan.
AJK yang ada bekerja dengan penuh dedikasi.
Masing-masing ikhlas membantu tanpa mengharapkan pulangan.
Semata-mata untuk kemajuan dan perkembangan persatuan.
Aku cukup respek dengan mereka.
Walaupun dah hampir tengahmalam,
mereka masih bersengkang mata untuk memastikan seminar berjalan lancar.


Pukul 11.30 malam.
Aku meminta mengundurkan diri dahulu.
Aku kena rehat.
Ada tugasan besar menanti aku.
Sebelum tidur,
aku minum air ini.
Air minuman yang telah diperkayakan dengan ion Hydrogen.
Mengandungi anti oksidan.
Bagus untuk awet muda.
Percaya atau tidak,
kita minumlah dulu.



Bersambung.



3 ulasan:

  1. assalam DR, da lama ikut blog DR.
    bila DR sembang psl air hidrogen saya share 1 blog ni, dia guna air hidrogen ni utk rawat masalah anaknya. DR boleh baca lebih lanjut kat blog mommy chinese ni:
    http://healthfreakmommy.blogspot.com/search/label/Izumio%20Hydrogen%20Water%20and%20Super%20Lutein

    BalasPadam
  2. Hahaha..
    Lepas ni boleh jadi permanent official photographer lah for PERDIM

    BalasPadam