Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 November 2015

Aku dan Kundasang Unplugged Hari 1

Awal pagi hari Khamis yang lalu.
Lepas subuh aku dah sampai di airport.
Ada kapal terbang tambang murah dah menunggu.
Untuk membawa aku sekeluarga ke Kota Kinabalu.


Pukul 7:25 pagi.
Kapal terbang berlepas ikut jadual.
Dan tiba 20 minit lebih awal.
Perjalanan memang lancar.
Cuaca sangat baik.
Cuma proses nak lepas kastam di KKIA agak kelam-kabut sedikit.
Maklumlah ada satu lagi kapal terbang yang turun serentak.


Pukul 10 pagi.
Ada staf klinik hantar mesej.
Tanya aku kat mana?
Dia kata dah ramai pesakit menunggu.
Rasanya macam aku dah pernah beritahu.
Aku akan bercuti hari ini.
Tetapi mungkin juga aku tak beritahu.
Aku tak berapa pasti.
Teruja sangat sebab dah lama tak jalan jauh rasanya.
Kasihan pesakit aku.
Khabarnya penuh klinik masa itu.


Pukul 10.45 pagi.
Kereta sewa yang aku sewa tiba di balai ketibaan Terminal 2 KKIA .
Aku sewa sebuah Proton Exora daripada kawan wife.
Kereta baru.
Kereta berkilat luar dan dalam.
Minyak pun penuh tangki.
Mileage baru 30 ribu.
Lokasi pertama sasaranku.
Pasar Besar Kota Kinabalu.
Nak cari barang-barang dapur.
Nak cari makanan laut yang katanya sangat murah.
Kami cadang nak memasak sendiri sepanjang 2 hari di sini.
Aku dan wife dah biasa pergi pasar di JB.
Memang terkejut dengan harga ikan, udang juga ketam di sini.
Semuanya segar-segar belaka.
Dan harganya?
Kurang separuh daripada harga di JB.
Kalau ikut hati,
Semua aku nak beli.
Ada lobster besar-besar.
Yang masih hidup pun ada.
Tetapi itu makanan orang kaya.
Tak tergamak nak membeli seekor 130 ringgit.


Pukul 11.30 pagi.
Aku mula bertolak ke lokasi utamaku.
Pekan Kundasang.
Perjalanan alhamdulilah lancar.
Jalannya cantik.
Pemandangan pun cantik.
Kenderaan pun tak banyak.
Ketika hampir sampai di Kundasang,
Hujan mula turun.
Tetapi sempat juga aku singgah ke Gunung Kinabalu Heritage Park.
Cuaca yang sejuk berkabus mengingatkan aku suasana di Cameron Highlands.
Walaupun dah tengahari,
Suhu hanya sekitar 26 darjah.
Sama seperti suhu penghawa dingin dalam bilik diklinikku.
Tiada apa yang menarik di sini.
Kecuali anda peminat flora dan fauna.
Kecuali kalau anda berminat nak panjat gunung.


Pukul 2 petang.
Aku tiba di pekan Kundasang.
Berhenti dahulu digerai-gerai tepi jalan.
Wife mencari sayur dan buah-buahan pulak.
Sangat segar.
Sangat murah.
Bila semua barang dah cukup,
Barulah aku bertolak ke rumah penginapanku.
Aku menyewa sebuah rumah homestay di jalan menuju ke Desa Cattle Dairy Farm.
Adik aku yang cadangkan.
Rumah 3 bilik.
Ada 2 bilik air.
Ada ruang tamu.
Ada juga disediakan dapur serta peralatan memasak.
Dan yang paling penting.
Ada pemandangan Gunung Kinabalu di depan pintu.


Lepas pendaftaran,
Aku terus menuju ke dapur.
Membantu wife menyediakan  makanan untuk makan tengahari.
Aku suka cabaran begini.
Memasak dengan peralatan yang terhad.
Memasak dengan bahan-bahan yang terhad.
Juga masa yang terhad.
Nasib baik kat depan homestay ada kedai runcit.
2-3 kali juga berulang alik mencari bahan yang tak cukup.


Pukul 4 petang.
Barulah kami dapat makan tengahari.
Masing-masing hampir kebuluran dah.
Nasi panas beras Sabah.
Tomyam Seafood.
Sayur Baby Kailan Goreng.
Cuaca pun mendung dengan suhu 26 darjah.
Rasa udang segar juga kaki ketam yang lemak manis memang 'heaven'.
Berbaloi kami datang jauh-jauh.


Kundasang.
Waktunya terawal sejam banding di Johor.
Pukul 6 dah masuk maghrib.
Pukul 7 malam,
Dah takda apa2 nak tengok di pekan Kundasang.
Satu yang aku perasan.
Harga barang makanan basah memang sangat murah.
Untung betul kalau memasak sendiri.
Nak makan diluar pun aku agak skeptik.
Walaupun kedainya nampak macam kedai islam,
Anjing-anjing berkeliaran diluar kedai.
Gereja-gereja pun sangat banyak disepanjang jalan menuju Kundasang.


Pukul 8 malam.
Aku masak sekali lagi untuk makan malam.
Kali ini aku goreng kobis dengan sos tiram.
Kaki ketam masak pedas.
Guna baki pes tomyam campur sos tiram.
Memang macam 'invention test' kalau dalam Masterchef.
Pukul 9 malam.
Kami makan malam sambil tengok live JDT vs Perak.
Tapi sebelum game habis,
Aku dah masuk tidur.
Sejuk gila beb...


Bersambung...



2 ulasan:

  1. seronok nye masak pedas2 time waktu sejuk..heaven!

    BalasPadam
  2. Yeay....dah ada story. Best..best....

    BalasPadam