Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 November 2015

Aku dan Kundasang Unplugged Hari 3

Ketibaanku di Kota Kinabalu disambut oleh hujan lebat.
Jadi lepas checked in,
aku duduk memerap didalam bilik sahaja.
Hotel Cititel Express tidak seperti yang aku harapkan.
Aku pilih hotel ini kerana lokasinya ditengah bandaraya.
Juga diskaun 30 peratus yang menarik minatku.
Tak sangka biliknya sangat kecil.
Hanya muat katil dan laluan sempit depan pintu masuk.
Tiada tempat nak duduk.
Nak bentang sejadah pun susah.
Lagipun tiada pemisah antara bilik air dan ruang tempat tidur.
Air boleh mengalir keluar jika tidak disekat dengan tuala.
Wife panggil housekeeping pun takda penyelesaian.
Dia sekadar suruh call housekeeping untuk dapatkan tuala baru.


Selepas Maghrib aku turun ke bawah.
Wife nak pergi ke pasar malam.
Mencari ole-ole untuk saudara-mara.
Memandangkan hujan baru teduh,
gerai-gerai lambat dibuka.
Tetapi keseluruhan pasar malam menjual barang-barang perempuan.
Selepas tawaf satu pusingan aku tinggalkan wife.
Aku duduk melepak kat tingkat atas McD sambil melihat pemandangan.
Kota Kinabalu memang sibuk.
Sesibuk bandaraya JB pada malam minggu.
Kenderaan banyak.
Manusia pun ramai.


Pukul 10 malam aku naik ke bilik.
Layan tengok tv sampailah tertidur.
Awal pagi aku dah bangun.
Kena turun dan cari sarapan.
Pakej yang aku ambil tiada disediakan sarapan.
Lagipun cafe hotel sedang dalam proses renovasi.
Nasib baik diluar hotel ada jualan pasar tani.
Lega.
Tak payah jalan jauh-jauh.
Dapatlah merasa masakan orang Sabah.
Nasi Lemak.
Nasi Goreng.
Nasi Campur.
Aku dah rindu masakan orang Johor.

Pukul 12.30 tengahari.
Aku checked out daripada bilik hotel.
Dan sebelum ke airport,
kena tunaikan hajat anak-anak.
Nak masuk shopping mall.
Nak ambik udara bersih dalam shopping mall.
Lalu aku ke Suria Sabah.
Shopping mall terbesar di KK buat masa ini.


Pukul 2.30 petang.
Aku bertolak balik ke T2 KKIA.
Tuanpunya kereta sewa dah sedia menunggu.
Percutianku berakhir bila aku masuk ke Balai Berlepas.
Walaupun flight pukul 5.25 petang,
pukul 3.30 petang aku dah duduk depan pintu.
Senai Airport jauh lebih selesa banding dengan KKIA.
Balai Berlepasnya kecil.
Walaupun ada 4 pintu,
ruang menunggu hanya satu.
Semua yang nak berlepas,
luar negara atau dalam negara,
flight pukul 1 atau pukul 1.30,
semuanya tertumpu ditempat yang sama.
Tetapi dengan adanya gajet,
masa berlalu sangat cepat.
Diam tak diam aku dah naik pesawat.
Penerbangan balik sepantas penerbangan pergi.
Kali ini aku tiba 10 minit lebih awal.
Seat pun hanya 3/4 penuh.
Dunia ini kecil sahaja.
Pergi balik aku jumpa orang yang mengenaliku.
Mungkin pesakit aku.
Mungkin orang kampung aku.
Ingatanku dah tak kuat.

Pukul 8 malam.
Aku selamat keluar daripada Senai Airport.
Sebelum sampai rumah aku kena cari makan dulu.
Aku singgah di Nasi Ayam Penyet 3 Abdul di belakang Econsave.
Rindu dengan masakan orang Johor.
Walaupun yang masak orang Indon,
aku tak kira.
Yang penting aku dah sampai di Johor.


Demikianlah akhirnya.
Bersambung di puncak Gunung Kinabalu nanti.


Tamat.



8 ulasan:

  1. kalau dah org indon masak confirm rasa indon2 jgk..heheh
    sy org johor jgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau dimana kita berada,
      JDT tetap dihati

      Luaskan kuasamu...

      Padam
  2. hotel cititel mmg kecik sgt..hnya sesuai utk pelancung yg byk jln..dan plh hotel utk tidur skjb..byk hotel murah dgn dgn psr kk..sebelah cntre point kk..shoping mall terbesar yg terbaru ialah imago...dkt dgn airport..1borneo hypermall lg besar..tp jauh ckit dr kk town..sblh dgn UMS..suria kk x besar ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih info.
      Akan jadi peringatan bila ke sana lagi nanti.

      Padam
  3. aduhai.. kelakar pulak baca..
    rindu masakan Johor
    walaupun tukang masaknya indo.. hehehehe

    BalasPadam
  4. Blog dah berubah wajah kah...cantik...makanan johor tetap di hati...hehehe

    BalasPadam
  5. Chop...entah2 yg tegur tu pembaca blog ke? Yer...kalau ke sabah, saya rindu makanan semenanjung jugak..

    BalasPadam